|
Edited by fynnkakiblock at 29-12-2015 07:33 AM
Jika sebut nama Harris Baba, 24 tahun, mesti ramai yang tidak kenal. TT sendiri pun tidak kenal sebenarnya tetapi selepas layan drama Alien Planet Cinta, ehem teringin juga nak tahu tentang salah seorang watak (sebagai Dini) dalam drama itu (bukan Fattah Amin ya). Selidik punya selidik, namanya Harris Baba, seorang penyanyi R&B berasal dari Singapura. Kini di bawah pengurusan Awi Rafael.
Tidak mudah untuk Harris melonjakkan nama sebagai penyanyi, kerana sebelum ini usaha beliau tidak begitu menyerlahkan bakatnya. Harris mencuba nasib dalam Singapore The Final One 2013 tetapi terkandas di Top 40. Kini Harris merupakan penyanyi utama dalam 'boyband' Carla, di samping Ariff Aziz (penyanyi kedua), Neal Bainz (rapper) dan Daniel Lim (penari).
Kalau dilihat pada rupa, TT agak Harris mempunyai darah kacukan, iya lah nama penuhnya pun, Khawaja Mohammad Harris Baba, kedengaran kacukan sangat, kalau bercakap pun siap ada slang bagai. Peminat-peminat memanggil Harris dengan gelaran Zayn Malik Malaysia kerana rupanya persis penyanyi tersebut. TT lihat adalah iras-iras cuma kalau Harris ini tinggi sedikit lagi ehem pasti lagi ramai yang melting. Eh?
Menyanyi sedap, berlakon pun' not bad'. Semoga maju jaya kepada Harris Baba! Mari kita enjoy gambar-gambar Harris
Kredit Instagram @harrisbaba
FKB
|
|