CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2181|Reply: 1

Banyaknya Rahsia Lelaki

[Copy link]
Post time 1-12-2015 08:04 PM | Show all posts |Read mode

Rahsia Lelaki. Berikut adalah 13 kebenaran tentang rahsia lelaki yang mungkin akan mengubah pendapat anda selepas membacanya.
Mengenali insan bernama lelaki ini sebenarnya tidak sukar dan rumit seperti tanggapan ramai wanita. Lelaki mungkin tidak kerap melahirkan perasaan sayang secara langsung, namun mereka cuba menyampaikannya melalui tindakan mereka.
Banyak rahsia lelaki yang perlu anda ketahui. Berikut ini  adalah rahsia  yang dimiliki seorang lelaki:
1. Tidak Berterus Terang
Secara genetik, lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap seperti perempuan. Menurut seorang pakar, perempuan boleh mengeluarkan antara enam hingga lapan ribu perkataan sehari. Sementara lelaki rata-rata berkata-berkata antara dua hingga empat ribu patah perkataan  sahaja.

2. Hanya Kerana  Hobi
Disebabkan  di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakan wanita, seperti untuk mengukur sudut pandang (angle), kecepatan dan jarak, lelaki sanggup tidak tidur malam semata-mata kerana hobinya.

Ini kerana peralatan elektronik atau aksesori kereta boleh dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa. Bagi lelaki, benda tiga dimensi terlihat lebih menarik dan mensimulasikan Visual Spatial Awareness atau VSA otak mereka.

4. Lelaki Jarang Bergosip
Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi, cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada seseorang yang hendak digosipkan berada berhampiran kamu. Kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka akan mendiamkan diri atau melupakannya sahaja.

5. Selalu ‘Mengagungkan’ Ibu Mereka
Bagi lelaki, ibu mereka adalah wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibu.

6. Pelbagai Koleksi Peribadi
Suka mengumpul barang-barang seperti komik, jam tangan, CD, seluar denim dan sebagainya. Dia  sanggup mencari barangan ini walaupun sukar untuk mendapatkannya.

Lelaki memang  suka melihat perempuan seksi tetapi dia tidak suka jika teman wanitanya berpakaian seksi dan menjadi perhatian lelaki lain.

Ekstra!
Wajib Tahu! Rahsia Lelaki –  Lelaki Suka Wanita…
1. Yang selalu berfikiran positif
Wanita yang selalu ceria ketika berjumpa kekasih hatinya mampu membuat suasana di setiap pertemuan menjadi lebih berkesan. Meskipun anda bukan dalam kategori wanita terlalu cantik, namun anda tetap dianggap sebagai sesuatu yang paling bermakna dalam hidupnya.

2. Yang Fleksibel
Lelaki  paling tidak suka dengan wanita yang keras kepala dan mementingkan dirinya sendiri. Lelaki bukan sekadar mahu dihormati, tetapi mereka memang menyampah dengan wanita yang tidak kisah dengan perasaan orang lain.

3. Yang Jujur, Sederhana & Setia
Lelaki selesa berada di sisi wanita yang jujur dan setia dalam perhubungan. Mereka amat menghormati wanita yang tidak berpura-pura dan  menjadi seadanya diri sendiri.  Lelaki akan lebih terpesona pada wanita yang bersikap wajar, serta pandai menyatakan apa yang ada dalam fikirannya tanpa ‘perasan bagus’.

4. Yang Suka Berjimat-Cermat
Lelaki paling tidak suka dengan wanita yang boros. Mereka menyenangi wanita yang pandai dan bijak menentukan perbelanjaan.

5. Yang Berbudi Bahasa & Baik Hati
Hampir semua lelaki menyenangi wanita yang berbudi bahasa dan baik hati. Bagi mereka, itu lebih berharga daripada material. Lelaki berasa kagum pada wanita yang menunjukkan perhatian dan sikap peduli pada hubungan mereka.

6. Yang Bijak
Kebijaksanaan ibarat pancaran cahaya yang memukau sesiapa sahaja. Wanita jenis ini memiliki kuasa magnet yang kuat untuk menebar pesona. Keperibadian wanita sebegini sering menarik ramai lelaki untuk mendekatinya.


http://www.wom.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 02:14 PM | Show all posts
Good Posting ..  Me like !!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.095591 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list