CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: de_ikea

Al fatihah : Seniwati Mariani meninggal dunia

  [Copy link]
Post time 2-12-2015 11:14 PM | Show all posts
xtremexfactor replied at 2-12-2015 11:10 PM
Aik! Dah jadi adik angkat lak...
Tak silap dulu pernah kluar dlm majalah (sori x ingat nama)..L ...

semoga lea bertemu maknya semula.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2015 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
xtremexfactor replied at 2-12-2015 11:10 PM
Aik! Dah jadi adik angkat lak...
Tak silap dulu pernah kluar dlm majalah (sori x ingat nama)..L ...

Muda lg ke lia marini ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 11:17 PM | Show all posts
hiburan

ARKIB : 20/06/2007
Mariani dibenci kerana watak
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
TIADA secebis pun kenangan pahit yang terpalit di minda seniwati Mariani tatkala ditanya tentang pengalamannya sewaktu menjadi anak wayang di Studio Jalan Ampas, Singapura.

Bagi Mariani sepanjang tempoh berkampung di Jalan Ampas dari tahun 1953 hingga 1970, adalah saat yang membahagiakan kerana ditatang bagai minyak yang penuh.

Katanya, pemilik Studio Jalan Ampas, Tan Seri Run Run Shaw sentiasa mengutamakan kehendak pelakon.

“Semua pelakon disediakan rumah, api atau air tidak perlu bayar. Cakap sahaja nak kereta apa, mesti disediakan. Begitu juga kalau nak beli baju, taukeh kedai akan datang bawa baju untuk kami pilih.

“Ketika itu kami mendapat layanan kelas pertama. Kalau ada pelakon Hollywood atau Bollywood yang datang, pasti kami akan makan malam bersama. Setakat Elizabeth Taylor, John Wayne, Marlon Brandon dan Alfred Hitchock semuanya telah datang ke Studio Jalan Ampas,” cerita Mariani sewaktu ditemui di kediamannya di Jalan Peel, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Cuma satu sahaja katanya, sepanjang tempoh menetap di kawasan studio Jalan Ampas, para pelakon tidak bebas untuk bergaul dengan orang luar.

Mariani yang lebih senang membahasakan diri sebagai Mami berkata, dia pernah mendapat tunjuk ajar menari daripada pelakon Bollywood, Gita Bali iaitu isteri kepada aktor Shammi Kapoor.

Jelasnya, ketika Gita melawat studio, dia sedang menjalani latihan tarian untuk filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di bawah pimpinan Siput Sarawak.

“Rupa-rupanya dia tertarik dengan gerak tari Melayu dan akhirnya mami menarikan tarian gabungan Melayu dan Hindi untuk filem tersebut,” katanya yang pernah mendapat tunjuk ajar menari daripada allahyarham Normadiah.

Normadiah merupakan guru tarinya yang kedua dan sering menggunakan rotan untuk melatih pelakon menari.

Bakat tarian Mariani dapat dilihat menerusi filem pertama lakonannya, Cemburu arahan S.Ramanathan yang diterbitkan pada tahun 1953.

“Biasalah pelakon dulu mesti tahu berlakon, menari dan menyanyi. Sebenarnya mami tidak pernah terfikir untuk buat semua itu. Cita-cita mami hendak menjadi doktor tapi terjebak dalam dunia seni kerana didesak oleh Saloma.

“Dia yang menyuruh mami berlakon. Sewaktu mami menang pertandingan ratu cantik pada tahun 1951 (usia 17 tahun), Shaw Brothers tawar untuk berlakon tapi mami tolak kerana mami nak masuk Raffles Girls School sebab nak jadi doktor. Bagaimanapun dua tahun kemudian bila Saloma paksa mami supaya cuba berlakon, mami ikut,” imbasnya semula.

Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail, 74, berkata kemunculannya dalam filem Cemburu mendapat reaksi baik daripada orang ramai sehinggakan ada yang membencinya.

“Bagi mami berlakon dalam filem Cemburu itu biasa sahaja. Bila buat promosi, ada yang meludah mami kerana benci melihat mami sebagai wanita jahat.

“Bila mami cerita pada bos yang mami kena ludah, dia ketawa dan kata itu tanda mami berbakat. Sejak itulah mami ambil serius bidang lakonan,” katanya yang pernah bergandingan dengan allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Labu Labi.

Dia yang sering diberi watak jahat itu pernah berlakon filem Hong Kong berjudul Black Gold pada tahun 1953 yang menjalani penggambaran di Cameron Highlands.

Pada tahun lalu, Mariani turut mendapat tawaran berlakon filem Hindi namun terpaksa ditolak kerana ada komitmen lain.

“Mami ditawar berlakon filem Hindi kerana Mami boleh bercakap Hindi. Mami belajar dari TV sahaja. Kalau sudah bertahun asyik tengok filem Hindi, mestilah tahu. Bahasa Tamil pun mami tahu sebab sewaktu di Singapura, mami bergaul dengan kaum India,” katanya yang dilahirkan di Tanjung Pagam, Singapura.

Dia yang mempunyai 13 orang anak hasil daripada tiga perkahwinan, 25 cucu dan empat cicit itu telah hidup menjanda sejak 25 tahun lalu ketika Melissa Saila berusia 9 tahun lagi.

Bersama suami pertama, Allahyarham Darus, Mariani dikurniakan dua anak, Noraini dan Normala. Bersama suami kedua, Allahyarham HM Rohaizad, Mariani mendapat enam anak - Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, kembar Syed Marhain dan Syed Nazran serta Syed Hasnidan. Bersama suami ketiga, Alias, Mariani memperoleh lima anak - Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melissa Saila.

Mariani yang kini menetap bersama cucu kesayangannya, Lea Marini, 14, berkata, setiap kali musim perayaan, dia akan menyambutnya di Singapura kerana kebanyakan anak-anaknya menetap di sana.

Pelakon yang begitu komited dengan dunia lakonan itu juga pernah ditawar menjadi penyanyi rakaman setelah bakat nyanyiannya dicungkil menerusi filem Darah Muda.

Bagaimanapun tawaran tersebut terpaksa ditolak kerana terikat kontrak sebagai pelakon dengan Shaw Brothers.

Namun ketika era kegemilangannya, Mariani sering mengadakan persembahan pentas dan antara lagu yang sering didendangkan ialah Idaman Kalbu dari filem Labu Labi, Jikalau Abang Merindu dan lagu dari filem Cemburu.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 3.htm#ixzz3tB1uwYBr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 11:18 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 2-12-2015 09:44 PM
melissa jawab dlm paper - adik angkat dia si leah marini tu...anak angkat mak sheols

Tengku Leah Marini hokkay !!! adik angkat kot celah mana pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 11:19 PM | Show all posts
Kalau ikut artikel tahun 2007 tu
Lea marini tu umu 14thn ms tahuj 2007
So skang patutnya sheolss dah 21thn

Napa gamba mcm dak kecik je kat atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 11:29 PM | Show all posts
Duta lover replied at 2-12-2015 11:19 PM
Kalau ikut artikel tahun 2007 tu
Lea marini tu umu 14thn ms tahuj 2007
So skang patutnya sheolss d ...

rasanya 4 tahun kot bukan 14. sbb sekarang umo dia 14-15 gitu. tapi suara dia sedap, boleh cari makan. cuma kalau nak cari makan kat malaysia kena kurus la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2015 11:50 PM | Show all posts
zuliana29 replied at 2-12-2015 08:04 AM
Mak mah aka ruminah sidek bkn geng2 zaman dowg jgk ke dulu?

Ruminah Sidek meols suka lakonan sheols dlm Anak Bapak. Citer anak bapak kelakorrr giler kot, dlm tu ada blakon skali arwah Roseyatimah isteri arwah Mustapha Maarof.


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 12:23 AM | Show all posts
Eh seingat aku Lea ni anak angkat Melissa Saila ...

Melissa kemudian tinggalkan Mariani & Lea ...  maka hiduplah diorg dlm keadaan daif ...  ada keluar paper , gambar bilik yg mereka sewa .. sempit je  ... dan si lea ni ada cakap rindukan ibunya melissa saila .......

Ingatan aku salah kah? ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 12:47 AM | Show all posts
beta_carotene replied at 2-12-2015 11:18 PM
Tengku Leah Marini hokkay !!!  adik angkat kot celah mana pulak

boleh buat drama kisah hidup sheols ni... gadis bambam bubbly, tetiba disponsor dr kaki ke ujung kepala..rupa2nya kerabat gittew
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap astro akan ulang tayang drama Anak Emak lakonan Melissa Saila n Allahyarham Mariani

Meols sgt impressed dgn drama tu.. melodrama ala2 indie style.. kisah mak vogue yg tinggal serumah dgn anak yg baru menjanda..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 06:54 AM | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
aireen24 replied at 2-12-2015 01:18 AM
seriously?

kan rosnani jamil dakwa dia berada disisi saloma semasa arwah meninggal..

Ooooo kisah tu. Mak Nani memang ada certain air about her. Tapi kalau ada dalam circle diorang ni (yang semakin sedikit tinggal sekarang ni) diorang ni forgive and forget easily.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:23 AM | Show all posts
Edited by sara_thrash at 4-12-2015 10:28 AM

aku baru terbaca thread ni.. sori guys klu aku upkan thread ni balik..

sampai hati melisaa tu boleh kata lea tu adik angkat dia kan sedangkan itu anak dia dgn tengku rahman dulu.
  1. Kisah Lydiawati...... berpeluk ngan Shah Rukh.  Kisah Lydiawati gaduh
  2. ngan Melissa pasal Tengku Rahman.  Dedua rebutkan si Rahman ni.  Yang
  3. malangnya........ si Melissa sampai lahirkan anak dan anak tu dijaga
  4. oleh Mariani.  Then, si Lydiawati berskandal lak ngan Azli
  5. Senario.  Mujur si Azli tu cecepat disedarkan oleh kuarga dia dari MIMPI
  6. NGERI.  Tapi, bertepuk sebelah tangan pun memang tak bunyi
  7. gakkkkkk.........

  8. (peti dari thread gossip2 tahun 80an dan awal 90an)
Copy the Code

kalau tidak takkan lah sesenang budak tu bernama tengku..

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:51 AM | Show all posts
ramai anak arwah kan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalilah, moga arwah tenang di sana

Mati2 ingat lea tu anak angkat melissa rupa2nya ermmn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sara_thrash replied at 4-12-2015 10:23 AM
aku baru terbaca thread ni.. sori guys klu aku upkan thread ni balik..

sampai hati melisaa tu bol ...

Oh iols baru tahuuuu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 12:46 PM | Show all posts
aku selalu gak pasang video dak Lea ni menyanyi.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
eely_shana replied at 2-12-2015 08:13 PM
Haah..rasanya 1 jek filem dia
Dia pon kerabatkan. Sharifah hanim syed hamzah jamalullail kan nama ...

dia princess uols.anak raja perlis
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 02:42 PM | Show all posts
kontang replied at 3-12-2015 12:23 AM
Eh seingat aku Lea ni anak angkat Melissa Saila ...

Melissa kemudian tinggalkan Mariani & Lea ... ...

saya pun pernah baca mcm tu....mariani sedih bila melissa tak pedulikan anak angkat dia tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.548235 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list