CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1305|Reply: 2

[Tempatan] Rasuah dalam PTD Cameron Highlands bukan khabar angin

[Copy link]
Post time 2-12-2015 05:49 PM | Show all posts |Read mode



Petani dari Kampung Raja, Kaliyappan Perumal menunjukkan dokumen bertarikh 27 Ogos 2014 sebagai bukti bahawa pemaju hartanah cuba mengusirnya dari tanah yang diusahakannya. Foto TRP/ Fernando Fong

BRINCHANG, 2 Disember: Dakwaan rasuah dan berpakat dengan pemaju timbul selepas Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Cameron Highlands memusnahkan sebuah ladang, Khamis lalu.

Seorang petani dari Kampung Raja, Kaliyappan Perumal, 33, mendakwa rasuah berleluasa di Cameron Highlands yang mencapai kadar yang endemik dan jika lewat ditangani akan menjadikannya mustahil untuk diatasi.

Bosan dengan ugutan bertahun dan desakan supaya membayar rasuah, Kaliyappan akhirnya memutuskan sudah tidak boleh lagi menahan karenah terbabit selepas ladang seluas 1.2 ekar miliknya dimusnahkan pihak berkuasa.

Dia mendakwa PTD cuba menghapuskan ladangnya bagi membolehkan pembangunan hartanah dijalankan.

Ketika memberitahu Rakyat Post semalam, dia menunjukkan dokumen bertarikh 27 Ogos 2014 sebagai bukti bahawa pemaju hartanah cuba mengusirnya dari tanah berkenaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen menolak kes pemaju hartanah itu dengan kos.

Kaliyappan mendakwa pemaju hartanah kini cuba mendapatkan tanah berkenaan dengan menggunakan pengaruh PTD.

“Keluarga saya sudah mengusahakan tanah ini selama 63 tahun.

“Selama itu, kami terpaksa membayar pegawai dari PTD untuk memperbaharui lesen operasi sementara (TOL) setiap tahun.

“Saya membayar sekurang-kurangnya RM50,000 setahun kepada pegawai berlainan di sana,” katanya.

Petani itu berkata, dia tidak faham mengapa TOL itu tidak perbaharui ketika pejabat Menteri Besar sendiri sudah memberi pengesahan terhadap mengesahkan surat permohonan ibunya, Palaniamah Palaniandy, dengan satu surat sokongan bertarikh 14 Mac 2014.

Dia menunjukkan surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob iaitu Datuk Hamdan Hussin.

“Kerajaan mesti mengubah sistem di sini kerana pegawai tertentu mempunyai terlalu banyak kuasa.

“Rasuah dalam PTD bukan khabar angin. Ia benar-benar berlaku.

“Malah, saya sudah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua tahun lalu tetapi tiada tindakan diambil,” dakwanya.

Kaliyappan mendakwa, malah, beberapa pegawai berpangkat rendah di PTD memandu kenderaan pacuan empat roda.

“Bagaimana seorang kerani mampu memiliki kenderaan seperti itu? Sudah pasti ada yang tidak kena ketika gaya hidup mereka mengatasi jumlah gaji yang diperolehi. SPRM harus menyiasat perkara ini dari akar umbi.”

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa adalah mustahil untuknya membuktikan dakwaan itu kerana rasuah dibayar secara tunai dan tiada transaksi bank.

“Semua rasuah dibayar secara tunai, kadangkala dimasukkan dalam guni baja, di bawah kotak sayur atau dalam beg di dalam kereta yang tidak berkunci.

“Mereka turut berjumpa di tempat yang dijanjikan lebih awal seperti di kawasan perkuburan,” dakwanya.

Pada masa sama, Presiden Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), Ramakrishnan Ramasamy memberi amaran sekiranya kerajaan gagal bertindak pantas dengan rasuah, badan dan petani tidak bertanggungjawab akan terus mengambil kesempatan terhadap situasi itu.

“Ia mesti dihentikan, sementara masih ada peluang untuk berbuat demikian,” tambahnya.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2...#ixzz3t7QdfBTf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2015 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang lalu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 06:43 PM | Show all posts
surat pengesahan bukanlah surat kelulusan kannnn???
nama pon TOL...sementara kotttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 1.580956 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list