CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5900|Reply: 47

[Tempatan] Anak Peniaga Cerita Kisah Sebenar Mengapa Dia Mengamuk

[Copy link]
Post time 4-12-2015 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Anak Peniaga Cerita Kisah Sebenar Mengapa Dia Mengamuk

http://www.mynewshub.cc/2015/12/03/164410/
Dec 3, 2015



BEBERAPA hari lalu, insiden yang melibatkan seorang lelaki mengamuk apabila perniagaan yang diusahakan bersama ayahnya diganggu oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah menjadi viral di media sosial.

Lelaki terbabit dikatakan bersikap demikian akibat tidak mampu mengawal emosi apabila melihat tengkuk ayahnya dipaut oleh penguatkuasa sehingga menyebabkan ayahnya itu pengsan.

Kejadian bermula apabila sekumpulan penguatkuasa MPSP mahu merampas peralatan berniaga milik ayahnya serta pisang yang hendak dijual.

Saya memang tak boleh kawal emosi lagi bila tengok penguatkuasa itu paut tengkok ayah saya. Ayah saya pula ada penyakit lelah (susah nafas),” tulisnya dalam status yang dimuatnaik di Facebook, semalam.

Katanya lagi, dia dan keluarganya berasa sangat sedih dengan kejadian yang berlaku dan menyifatkan tindakan anggota penguatkuasa MPSP itu sebagai zalim dan jahil.

Menurutnya, tauke hotel yang juga pemilik tapak tempat ayahnya berniaga dikatakan telah membenarkan mereka menjalankan perniagaan pisang di situ.
Katanya, ayahnya menjual pisang untuk mencari duit kocek bagi menampung perbelanjaannya menunaikan umrah.

Memang saya sekeluarga sedih sangat la, emak ngan ayah saya berhajat nak pi buat umrah… 5.12 tarikh mak ngn ayah berangkat pi umah.. harap-harap dapat la kumpul duit sikit untuk belanjer kat sana,” tulisnya.

Dia turut mempertikaikan mengapa anggota penguatkuasa MPSP terbabit tidak mengenakan tindakan sama terhadap beberapa peniaga lain yang turut menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kawasan meletak kenderaan.

Tambahnya lagi, ayahnya ada mendaftar sebagai penjaja dengan pihak berkuasa tempatan namun, sehingga hari ini tidak mendapat sebarang jawapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 09:11 AM | Show all posts
tak pe la dik, umrah tu tak wajib pun, kalau tak de duit tuhan tak paksa pun suruh pi...even haji pun kalau x mampu pun tak jatuh wajib....

kalau pihak mpsp salah, biarlah diorg dpt [embalasan nnt
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:13 AM | Show all posts
dik ganas, ko gi apply permit niaga dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:18 AM | Show all posts
sabar dik....benda tak wajib tak yah nak kalut.....apa pun pihak penguatkuasa pun tak patut wat cam tue....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:28 AM | Show all posts
Mungkin penjelasan dia betul. Tapi takkan la penguatkuasa tiba-tiba je nak terus paut leher ayah dia. Mungkin ayah dia pun mengganas macam dia sebelum pengsan.

Pastu nampaknya dia cuba bagi alasan macam-macam. Nak pergi umrah, ayah dia ada lelah, ayah dia dah daftar sebagai penjaja tapi takde jawapan.

Hakikatnya, hidup kena ikut la undang-undang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:29 AM | Show all posts
umrah wajib...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2015 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Org lain suap...ko tk suap mendapat la...

Cuba tengok...mana ada penjaja cina kena kacau sngt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:46 AM | Show all posts
baik apapon keje ..kalau melibatkan otiriti jgn main redah je dek..ikut procedure. apa nk takut..jgn kesah org lain ikut law..yg penting ko dh buat jalan betul. ni tidak mengamok psal tk puashti org lain tk kena ko plak kena..prinsip dh jauh terpsong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 09:47 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 4-12-2015 09:13 AM
dik ganas, ko gi apply permit niaga dulu...

kau baca lagi sekali bagi faham
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:48 AM | Show all posts
Tak payah la selit nk buat blnje g umrah ke apa, kan dh kena hencap kt sini

Ko ckp jela ank mana boleh tgk ayh dikasari, salah ke tak salah ke, ko hentak jelah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:50 AM | Show all posts
kenapa perlu paut leher? gari tangan je la
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:03 AM | Show all posts
ayah ganas, anak pun uturut ganas......

xkan tiba2 je penguatkuasa tu nak paut leher.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
aku simpati..

as he said permit dah apply tapi xdpt2..aku paham bila ada pengalaman deal dgn gov servant ni..

kita dah cuba follow procedure..nak cari jalan ikut law tapi permohonan tak approve2..bila tanya ada banyak lagi permohonan kita nak proses..tungu punya tungu org pun fed up..ni nak cari rezeki nak tmpung kehidupan..peluang dah ada..rembat je lah..kng dtg baitulmal ke jkm minta sedekah org hencap pemalas pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:15 AM | Show all posts
Dari segi undang2 mungkin perbuatan dia mmg salah...

Cuma dari segi hubungan anak dan ayah, aku rasa apa yg dia buat itu adalah kewajaran.
Aku pun mungkin akan buat perkara yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:19 AM | Show all posts
lr7 replied at 4-12-2015 10:14 AM
aku simpati..

as he said permit dah apply tapi xdpt2..aku paham bila ada pengalaman deal dgn gov  ...

adik aku pun berniaga gak..ada menyewa premis sendiri..tu pun kemain payah nak mintak lesen dgn perbandaran..memanjang asyik meeting jer..bila kol staff asyik takde
last2 berniaga dulu..yela sewa kedai jalan jugak..mana nak cekau duit
dah setahun berniaga baru selesai urusan dapat lesen semua..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:26 AM | Show all posts
selalunya mpsp akan dtg serbu bila ada org wat aduan saja..mungkin ada yg bwt aduan sbb tu yg lain tak kena..diorg ja yg kena..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengkok ayah dicekak bukan lesen ko nk jadi pengganas bro... Guna sikit akhlak Islami.  Lagi satu jgn lupa mohon permit.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:31 AM | Show all posts
kat malaysia ni bukan nak senangkan orang,menyusahkan orang lagi ada la...semua nak bersuap....nak buat secara sah,ikut undang2 susah,lambat,perlahan,lembap sampai ke tua menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai bangla kena rampas tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:43 AM | Show all posts
kat sini melambak rumah2 dijadikan kedai mkn

jenuh tu nak rasuah pbt & jiran2 supaya tak repot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.087078 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list