CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15402|Reply: 111

Program tribute Pak Yus dikritik

[Copy link]
Post time 6-12-2015 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Program tribute Pak Yus dikritik


Program tribute Pak Yus dikritik Antara pengisian dalam program Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan

ISNIN lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Yus Jambu atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Yus ke Rahmatullah akibat serangan jantung.

Lebih dirasai, rata-rata peminat dan rakan baik yang baru sahaja berjumpa dan melihat aksinya dalam rancangan Juara Parodi, di mana Pak Yus atau nama sebenarnya, Yussry Edoo merupakan ahli kumpulan Kobis Pedas yang turut dianggotai oleh rakan karibnya, Tauke Jambu dan Misha Omar.

Tidak sanggup untuk meneruskan perjuangan pada minggu kelima Juara Parodi, pihak penerbit, Vision Works bersama Astro Warna bersepakat untuk menangguhkan program pada minggu kelima.

Ia kemudiannya digantikan dengan Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan yang menghimpunkan kesemua 10 kumpulan dalam program Juara Parodi serta rakan-rakan artis yang lain, di mana mereka menyampaikan persembahan khas buat Allahyarham Pak Yus.

Menerusi program yang disiarkan secara langsung di Saluran 132 Astro Warna, Jumaat lalu, rata-rata hadirin dan teman seperjuangan tidak dapat menahan juraian air mata kerana terkesan dengan pemergian seorang penghibur yang jujur dan rakan baik yang setia.

Bahkan komen menerusi laman sosial turut berkongsi kesedihan sama yang dirasai penonton di Theater Shah Alam.

Namun di sebalik kesedihan itu, ada beberapa pihak yang seolah-olah tidak bersetuju dengan program Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan dan menyifatkan ia sebagai keterlaluan.

Tidak melatah dengan kritikan sesetengah pihak terhadap program berkenaan, penerbit Juara Parodi, Afdlin Shauki berkata, sesebuah program yang tidak pernah dilakukan bukan bermakna tidak boleh diwujudkan.

Katanya, tujuan utama program itu diadakan adalah untuk menghargai Allahyarham Pak Yus dan dalam masa sama mengingatkan penonton tentang kematian.

“Saya terima beberapa mesej menerusi aplikasi WhatsApp termasuk daripada ustaz yang memuji pengisian program tersebut yang membawa penonton mengingati kematian.

“Saya tahu hidup mesti diteruskan dan kita buat program itu bukan untuk meratap, tetapi berkongsi kebaikan arwah yang pada hayatnya tidak diketahui ramai.

“Mereka tidak meratap pada malam itu, sebaliknya air mata yang keluar adalah ikhlas dari hati kerana terkesan dengan kehilangan Pak Yus,” ujarnya kepada Zass.


Afdlin berkata, orang ramai juga perlu berfikir positif bahawa pelawak juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

“Beberapa hari selepas arwah meninggal, ada yang bertemu dengan kami (pelawak) dan meminta untuk selfie serta suruh kami senyum. Tapi kami minta maaf kerana tak dapat beri senyuman seikhlas hati.

“Begitu juga dengan malam tadi (Jumaat), kami tak mampu tersenyum kerana apa yang kami sampaikan itulah yang kami rasai.

“Malah, saya cuba menampilkan sebuah program secara sederhana. Sebab itu saya mulakan dengan tazkirah dan diikuti sesi luahan. Ada yang memilih untuk menyampaikan menerusi sajak dan nada juga lagu.

“Tapi lagu itu bukan lagu yang mendayu, tapi ada mesej yang tersendiri,” ujarnya.

Tambah Afdlin, sekiranya Juara Parodi diteruskan juga pada Jumaat lalu, pihak penerbit tetap menerima kecaman ramai.

Oleh itu, Afdlin berkata, apa yang menjadi kepentingannya adalah peminat Pak Yus yang terkesan dengan pemergiannya.

“Kalau orang nak kutuk ke apa, terpulanglah. Apa yang saya peduli adalah peminat yang terkesan dengan pemergian arwah. Kalau saya teruskan Juara Parodi, tak mustahil kami mendapat kecaman juga,” jelasnya.

Konsep tuju lagu

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Kamal berkata, pihak Astro bersetuju mengadakan program tersebut kerana sedar dengan semangat peserta lain yang masih belum pulih sepenuhnya.

Katanya, idea program tersebut berdasarkan tagline ‘boleh tuju lagu’ yang selalu diucap oleh Pak Yus ketika menyertai program Maharaja Lawak Mega.

“Pihak Astro memang sudah berkesan supaya semua yang terlibat tidak meratapi pemergian arwah. Tapi apa yang terjadi (tangisan) bukan boleh ditahan dan ia adalah semula jadi.

“Sejujurnya pihak Astro juga turut terasa dengan pemergian arwah dan kerana itu kita merasakan tidak wajar untuk meneruskan pertandingan.

“Pada saya program Mengenang Pak Yus adalah salah satu cara untuk menaikkan semula semangat peserta yang terlibat dalam Juara Parodi,” ujarnya.

Tambah Ema, selain program ini, pihak Astro Warna juga sudah mengadakan bacaan surah Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Pak Yus yang diadakan pada Khamis lepas.

“Kita bukan buat program seperti ini semata-mata, tapi ada juga bacaan Yasin dan tahlil yang dibuat secara tertutup Khamis lalu,” katanya.

Ema berkata, selain Juara Parodi yang masih berjalan, Pak Yus juga akan muncul menerusi program Sembang Pacak, di mana penggambaran program berkenaan sudah dilakukan beberapa minggu lalu.

Selain itu, Pak Yus juga sepatutnya terlibat dalam program Maharaja Lawak Mega tidak lama lagi, namun semua itu tidak kesampaian.

Menerusi Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan Jumaat lalu, rata-rata teman baik mendedahkan sikap Allahyarham yang suka memberikan hadiah dan gemar mencium pipi tanpa disedari.

Bahkan, kesemua mereka mengakui terkesan dengan pemergian seorang rakan yang cukup baik dan jujur dalam persahabatan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2015 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
betul a ape afdlin ckp..bukn tribute kosong.ade tazkirah,bacaan doa semua.rancngan neh lebih kepada semngat setia kawan bgi aku..menangis bukn sebb gatal2 nk meratap hiba segala.mmg dorang terkesan dgn pemergian arwah.bukn tanhisan dibuat2..semua dri hati.dorang pon manusia.ade raa sedih walaupon dorang pelawak..neh kire mcm penghormatan terakhir dorang buat sahabat seperjuangan..aku yg da berhari2 sedih pon,agak lega lpas ade tribute tu..sbb dpt tgok rmai yg menghargai pak yuih..APE PON X BLEY!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nothing wrong dgn program.tu. byk mesej n positif yg penonton boleh amik ikhtibar.

Especially sikap arwah yg suka menderma walaupun dalam keadaan susah dan xpernah menunjuk2 smpy dia dah kembali menuju ilahi. Rezki Allah bagi dan nikmat nyawa tiada gantinya.

Semoga rohmu dicucuri rahmat Yusri Edoo. Legend
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 12:07 PM | Show all posts
pada aku tak perlu isi nyanyian walaupun lagu2 slow.semasa penceritaan semula tu isi background music slow tu ok la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak pengajaran yg aku dpt dr program tu.pertamanya tentang kematian, kita hak milik Allah, bila2 masa sj kita akan kembali kepada Pencipta, kedua membuat kebaikkan dan kebajikan sesama manusia, ketiga sentiasa menghargai rakan2 taulan, keempat tidak  sombong diri..banyak la nilai2 murni yang boleh dijadikan pengajaran dr program tersebut..kebaikkan yang telah di buat oleh Pak Yus semasa hayatnya amatlah terkesan dihati mereka yng pernah pak yus tolong..Akhir sekali Al Fatihah untuk arwah Pak Yus
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 12:13 PM | Show all posts
Mudah jer... Yg baik kita ambek... Yg burok kita smpan dn ambe ikhtibar... Masalah nyer org kita ni mmg suka kondem... Cer tgk sudut positip... Betul lar kata afdlin tu... Klau teruskn ngan JP kena kutuk jugak... Betul lah yg arwah selalu sebut ... Apa pun xbleh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2015 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia ni semua tak boleh. Mcm2 hal. Kalau bende yg nyata2 terang lagi bersuluh salah tu boleh pula.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau x buat disuruh buat..dah buat..mcm2 cengkadak...org malaysia la ni..semua tak boleh...itu takboleh..ini berdosa... sampai taip alfatihah kat ruang komen pun jadi isu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2015 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade aje yg tak kena.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I tgk ok jer. Byk pengajaran yg boleh diambil. Golongan IS ajerkot nk ckp bnda mcm ni merapu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 12:40 PM | Show all posts
x sempat nak tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 12:43 PM | Show all posts
Apa Pun Tak Boleh #APTB
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau program mcm ni pun dikritik pergilah duduk dalam gua.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Program mengenang arwah pak yus bagus tp mungkin caranya dah macam majlis dlm gereja bila orang kristian mati deme nyanyi2 lagu sedih..y dont deme2 rakan pelawak baca surah2 yg berkaitan kematian n so on..selain dpt pahala baca qur'an berbaloi jua la menangis sb tkesan dgn makna ayat qur'an tu dlm kata lain insoffff gitu... sekian, mode setazah jadian.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk tribute Pak Yus ni rasa lebih insaf dan lebih tersentuh dan lebih berkesan sampai ke hati paling dalam dr mana2 program keagaaman yg pernah aku tengok..

Aku paling terkesan dan insaf bila Pak Yus ni yatim piatu dan hidup susahtapi hati baik dan redha dgn kehidupan, sentiasa berbuat baik pd org lain,sedangkan aku yg ada mak bapak dan hidup agak senang selalu salahkan cara aku dibesarkan (selalu kena marah kena pukul etc) dan selalu rasa mak pak aku tak sayangkan aku dan tak pedulikan aku yg menjadi punca aku jadi hati keras dan pernah gagal (dulu)..aku jarang bersedekah sebab pikir utk diri sendiri pun tk cukup..aku selalu bersangka negatif...kawan pun sikit..

Sedangkan Pak Yus mak ayah pun tkde..hati tetap baik je..pandang positif tak kira siapa..betapa tamparan buat aku.. Insaf dan sesal teramat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 01:38 PM | Show all posts
Saya kira arwah yus ini punyai hati yang baik lah sms hayatnya kerana ramai yang bersedih dengan kematian nya. Tidak spt selebriti lain yang sekadar angin lalu shj apabila beliau meninggal, sehari dua shj orang sebut kemudian lupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2015 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ok je program tu..bukannya nyanyi lagu2 rancak ke apa..lagipon dorang masih bertanding..takleh xnak tunda2 camtu je..

pakyus ni orang yg baik..sbb tu ramai sayang dia..iols dlu tak suka lawak blur dia..tapi bila dia dah takde nj rasa bersalah lak..bila dgr cite2 kebaikan dia lagi la rasa menyesal tak suka dia..tak suka tapi tak benci..so dimaafkan la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 02:17 PM | Show all posts
Aku tgk sat ja..boring plak pastu x tgk lah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 02:51 PM | Show all posts
ada bebarapa pihak yang keritik wartawan bodoh pun nak tulis....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejap jerrr sok luse cam biasa. , jap lai krismas, pastu new yearrrrhaa

Klo marsha strip show nu yer aku mmg akan meratappp whoaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.147223 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list