CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27918|Reply: 397

[Tempatan] Malaysia: Noor Farida, Khalwat tidak boleh dianggap jenayah – G25

[Copy link]
Post time 7-12-2015 02:48 AM | Show all posts |Read mode



Noor Farida mendakwa tiada negara Islam lain yang mempunyai undang-undang khalwat. Foto TRP/ Azrol Ali

KUALA LUMPUR, 6 Disember: Kumpulan pesara kerajaan Melayu berorientasi sederhana G25 mendakwa `dosa peribadi’ seseorang itu tidak sepatutnya dihukum oleh negeri.

Jurucakapnya, Datuk Noor Farida Arif, berkata dosa seseorang seperti khalwat tidak sepatutnya dihukum oleh pihak berkuasa negeri.

“Itu dosa peribadi. Dosanya dengan tuhan. Antara orang itu dengan tuhan.

“Mengapa harus dijadikannya sebagai satu jenayah?

“Islam kata kita tidak boleh kacau ruang peribadi,” katanya pada sidang media selepas Forum G25 Mengenai Islam Dalam Demokrasi Berperlembagaan.

Beliau berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara yang mengenakan hukuman terhadap kesalahan khalwat.

“Tiada negara Islam lain yang mempunyai undang-undang khalwat.

“Ini bertentangan dengan Islam. Kamu tidak boleh mengetuk pintu rumah orang pada jam 3 pagi dan menangkap mereka.”

Noor Farida berkata, undang-undang syariah lain akan turut dikaji tetapi hanya akan dipilih kemudian.

“Terma rujukan akan dilihat di setiap lapisan.

“Mana-mana yang mengganggu Perlembagaan Persekutuan akan dikaji semula.”

Beliau berkata, mereka yang bukan Islam akan turut terkesan dengan undang-undang syariah.

“Jika kita kaji semula mengenai perebutan jenazah dan hak penjagaan kanak-kanak apabila pasangan menukar agama memasuki Islam, ketidakadilan seperti ini yang kita mahu elakkan.”

Noor Farida berkata, Islam adalah agama yang adil, penuh rahmat dan belas kasihan.

“Cara Islam dilaksanakan di bawah Undang-Undang Syariah mengakibatkan banyak ketidakadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.

“Kerana itu, ramai mengatakan Islam dirampas oleh pihak berkuasa negeri.”

Noor Farida berkata, objektif utama forum itu adalah untuk mengkaji Undang-Undang Syariah dan sempadannya selain penubuhan Jawatankuasa Perundingan Pakar bagi menasihatkan kerajaan untuk memudahkan pindaan kepada undang-undang syariah negeri.

Beliau berkata, pindaan itu haruslah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Ahli G25 yang juga bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Sheriff Kassim, berkata Jawatankuasa Perundingan harus dimulakan oleh G25 tetapi kemudian akan dilampirkan kepada kerajaan.

“Ia tidak boleh dilakukan oleh G25 sendirian tetapi perlu diletakkan di bawah payung organisasi negeri,” katanya pada sidang media.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/uncatego...#ixzz3tYPAjGnh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 02:56 AM | Show all posts
hmm tetiba teringat pulau batu putih...sayang , kan ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:57 AM | Show all posts
CENTHRA people ....you job now
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:04 AM | Show all posts
'
Kerajaan cuba membendung genjala maksiat, khalawat, zina for me itu dah bagus walaupun terdapat sedikit kepincangan. Niat nak mencegah tu penting.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:05 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 6-12-2015 12:57 PM
CENTHRA people ....you job now

I cant find the thread semalam kenapa ada pergaduhan ke? or terlalu sensitive?


Thanks

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:13 AM | Show all posts
DARSITA replied at 7-12-2015 06:05 AM
I cant find the thread semalam kenapa ada pergaduhan ke? or terlalu sensitive?

you have to ask the mod, i havent got a clue as to why such thread being isolated and placed under thread bermasalah. I nampak civilise je perbincangan dan kebenaran tersingkap.

i dunno Dar, hahaha.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2015 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Undang-undang syariah adalah dibawah kuasa sultan dan agong. Mencabar undang-undang syariah adalah ibarat mencabar kuasa raja-raja melayu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:28 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 7-12-2015 02:56 AM
hmm tetiba teringat pulau batu putih...sayang , kan ...

Untuk mengubat kesedihan, maybe boleh ingat kepada Sipadan-Ligitan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 07:33 AM | Show all posts
khalwat penjara 2 thun, songlap bebas
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:38 AM | Show all posts
Datuk Noor Farida Arif nie related dgn @Maideen.   kaaa?  
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:55 AM | Show all posts
Acong replied at 7-12-2015 07:38 AM
Datuk Noor Farida Arif nie related dgn @Maideen.   kaaa?

ade rupe anak mami .... mamak .... ?

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:57 AM | Show all posts
Islam itu agama yg adik makcik Parit ... dah ... tp yg melaksanakan undang2 Islam, mcm kat Msia ni yg masalahnya .... how do u figure that, madam parit ... dah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab khalwat tu iols setuju ngan beliau....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Agreed..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:12 AM | Show all posts
kalau menjadi realiti maka impak pada kebejatan sosial - adakah ini membantu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:23 AM | Show all posts
kalau boleh mereka mahu panjat bumbung untuk lihat orang buat apa dalam rumah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 08:25 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 7-12-2015 08:26 AM

kalau nak tegur kepincangan untuk penambah bikan dalam usaha amal makruf nahi mungkar yes dialu alukan tapi kalau hal lain bagus untyuk deterrent  supaya muda mudi islam lah jgn buat benda tak soleh , selama ni pun dah ada penguatkuasaan kes kes zina, salah laku pun banyak jugak , walau serbuan tu semua ini kan kalau tak ada tapi tak apa lah kena jaga anak anak masing dan tawakkallah ...

well...kalau depa tak buat kenapa concern sangat pasal khalwat ni ?hairan i ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
For some reason mzz setuju ja dgn makcik ni
Tapi at the same time nnt bersepah pula baby2 kena buang..kesian huhuh

So how?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:30 AM | Show all posts
dubuk replied at 7-12-2015 08:23 AM
kalau boleh mereka mahu panjat bumbung untuk lihat orang buat apa dalam rumah

apasal tak pasang je cctv setiap ceruk kawasan.. boleh monitor 24 jam....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:31 AM | Show all posts
ni msti keturunan umno,  menteri jago agamo pun xbrani nk komen, jilake dna umno
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.109101 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list