CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7701|Reply: 36

Berbeza agama, mungkin lambat lagi Hazama kawin

[Copy link]
Post time 7-12-2015 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Oleh krn TT dah ketandusan idea utk memeriahkan bod ni setelah thread kesayangan disolex.. iols bukak thread yg tak berapa nak hadoo ni...

HAZAMA belum fokus kahwin kerana beza agama

PENYANYI Hazama,31, sudah cukup faham pertanyaan tentang jodoh akan sering ditanyakan kepadanya setelah ramai mengetahui hubungan cinta dengan pemuzik, Genervie Kam, 35.

Sekali pun menyatakan dirinya cukup bersedia bergelar suami, Hazama tidak mahu meletakkan perkahwinan sebagai fokus utama buat masa ini. Malah beliau tidak menolak jika berkahwin di usia tua sekali pun.

“Saya tidak kisah apabila orang asyik bertanya soal kahwin kerana memang sepatutnya dalam usia begini saya sudah berumah tangga.

“Secara tidak langsung pertanyaan orang itu memberi peringatan pasal jodoh. Ada juga sedikit rasa tertekan menerima banyak soalan tentang jodoh.

“Bagaimanapun perkahwinan bukan fokus utama dalam hidup. Sebab itu saya tidak meletakkan sebarang sasaran umur untuk berkahwin. Jika jodoh saya sampai ketika usia 40 tahun pun saya OK sahaja. Saya lebih fokus untuk menjadi manusia yang lebih baik.

“Kalau ikutkan memang saya sudah bersedia nak kahwin sekarang ini, namun perjalanan saya untuk berkahwin agak sukar kerana saya bercinta dengan seseorang yang berbeza agama.

“Meski saya sudah bersedia, namun keadaan belum benar-benar siap lagi untuk saya bergelar suami. Ini adalah dugaan dan saya harus tabah menghadapinya,” ujar Hazama kepada Mangga Online.



Sementara itu bercakap soal kerjaya Hazama bakal tampil dengan album terbaru yang dijangka berada di pasaran pertengahan tahun 2016. Sebagai permulaan sebuah lagu berjudul Di Amaran Mama ciptaan Ajai dan lirik oleh Ad Samad.

Hazama juga kini sedang mencari bakat baru berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun untuk dipilih sebagai protege dalam program terbaru Mentor Milenia yang akan mula bersiaran pada 3 Januari depan di TV3. Hazama akan bersaing dengan Black Hanifah, Akim Ahmad dan Azlan Typewriter mempertaruhkan bakat protege mereka.

“Dengan pengalaman menyertai program realiti tv sebelum ini, saya boleh gunakan untuk dikongsi bersama bakat baru yang bakal menjadi protege saya nanti.

“Fokus utama saya dalam pencarian protege adalah vokal dan bakat. Paras rupa adalah satu pakej dan saya tidak kisah jika kurang dari segi penampilan kerana saya ada pasukan sendiri dalam membentuk protege itu nanti.

“Ini adalah percubaan pertama menjadi mentor dan ia cabaran hebat buat saya. Strategi saya bergantung pada protege yang dipilih nanti. Kalau boleh saya mahukan seseorang yang boleh diberikan lagu-lagu mencabar,” jelas Hazama.

Hazama akan mengadakan sesi ujibakat pada 13 Disember ini bertempat di Sri Pentas 2, Shah Alam. Selain itu beliau juga bakal membuat persembahan sempena Hazama The Penglipur Lara pada 20 Disember ini bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berbahagia hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh itu ke gf nya. Dah lama ye?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
semogsemoga berbahagia
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:34 PM | Show all posts
Kalau dah bersedia on aje lah Hazama oi..dari ko angkut anak dara org ke sana ke mari
Tapi that girl looks so kakak to him although age difference cuma 4 tahun jer
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahwinla awal2 dpt zuriat awal kalau ade rezeki..

Esok2 xdela umur dah 50..anak.baru umur 10 tahun.. (Since dia ckp kawen umur 40 pon okey)

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2015 12:47 PM | Show all posts
jangan jadi macam zul ripin dah le ye
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:52 PM | Show all posts
Lambat lg tu bila nya... kena tegas la bro... Kalau tak, buang masa je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti jumpa cikki baru cikki lama ditinggalkan
Kalau betul2 nak, heshe yang kena mulakan langkah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Please hazama, asyik2 crita pasal kawin. Dah macam shetilla tu pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hazama ni pun kadang2 kene sorok sikit bimbo dia psl agama. Dia ni klu dlm tv org sembang psl agama nmpk sgt dia mudah resah. Meols x judge la iman dia..just meols nmpk dia seorang yg x brapa suka bcakap hal agama on TV. Baguslah klu camtu sbb dia retis bukan ustaz. Tp bila dh terkena sembang psl agama on TV (meols refer interview heshe vs nabil)... nmpk la dia gelabah sikit.

Hrp dia tunjukkan contoh yg baik kt genervie...sbb meols tgk genervie tu jenis keras dan susah nk diyakinkan. So hazama kene work had to convince genervie to convert dgn rela hati..bkn sbb nk kawen. Meols rasa genervie pun koser nk convert sbb nk kawen...sheols bukan mcm bimbo chinese yg lain.

Ini pendapat meols je la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 02:49 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 7-12-2015 04:34 AM
Kalau dah bersedia on aje lah Hazama oi..dari ko angkut anak dara org ke sana ke mari
Tapi that gir ...

janda gf dia ni..penah kawin before
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 02:52 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 7-12-2015 06:37 AM
Hazama ni pun kadang2 kene sorok sikit bimbo dia psl agama. Dia ni klu dlm tv org sembang psl agama  ...

genervie ni kan penah kawin..jadi mesti sheols pun bkn senang2 nak kawin semula lebih2 lagi kena tukar agama...so hazama kena lah lg kuattt dr sheols..
penah baca kat mana entah, hazama kata gf dia ni ada mcm kurang senang,risau dan takut dgn bbrp isu psl islam..so hazama mmg amik masa nak kasi clear sama itu isu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 02:53 PM | Show all posts
mzzenma replied at 7-12-2015 04:56 AM
Nanti jumpa cikki baru cikki lama ditinggalkan
Kalau betul2 nak, heshe yang kena mulakan langkah du ...

ex gf dulu pun bertahun-tahun jugak..tak sangka putus..dan bila gn genervie, hazama ckp diorang sefahaman sbb sama bidang..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 02:56 PM | Show all posts
tak yah tukar agama la..
gi je kawin kat indon sana..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
d_dalia replied at 7-12-2015 02:52 PM
genervie ni kan penah kawin..jadi mesti sheols pun bkn senang2 nak kawin semula lebih2 lagi kena t ...


Rujuk kes kene hencap sbb peluk sakan dgn genervie kt new york dulu dah tau hazama ni tunduk byk dgn genervie tu...the moment dia upload pic kaki kt peminat tu meols dah agak dah hazama ni xkan naik mcm hafiz atau akim...sbb dia lagi tua..patut dia x melatah bila kene hencap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2015 03:00 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 7-12-2015 06:56 AM
Rujuk kes kene hencap sbb peluk sakan dgn genervie kt new york dulu dah tau hazama ni tunduk byk ...

nasib lah..hadap sgt nak bercinta dgn yg sealiran seindustry lebih sefahaman lagi ...mendapat lah...rempitness masih lg ada dlm diri hazama,,hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat ada poremer kata heshe wajah persisi rempit peragut perogol
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:32 PM | Show all posts
kalau dh awek tu nmpk beno brt nk tukar agama, ape la yg nk tggu lagi. kalau dia tkr pon sbb dia cinta mati sama  lu. kalau btl sbb hidayah, xde le sesusah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Another couple yg xkn menjadi lps Samdol & Syatilla :zz
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.094942 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list