CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2462|Reply: 1

Gemar Tonton Filem Ganas, Cenderung Suka Berbohong & Curang!

[Copy link]
Post time 7-12-2015 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Ketika kecil, ramai anak-anak yang dilarang menonton filem ganas, keras dan sebagainya kerana dikatakan boleh membentuk peribadi tidak baik.


Ternyata ia sebenarnya satu fakta, malah turut memberi pengaruh besar kepada orang dewasa. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Business Ethics mendapati kebiasaan menonton filem ganas dan kekerasan boleh menyebabkan perilaku curang dan suka berbohong.


Dalam kajian itu, sekitar 1,000 orang dijadikan responden. Untuk eksperimen pertama, setengah responden diberikan buku teks yang berisi kata-kata kotor dan kasar. Mereka diminta untuk memperbaiki kesalahan di situ.






Separuh responden yang lain pula diberikan teks yang tidak berisikan kata-kata kotor. Daripada kajian ini, 24 peratus mereka yang mendapat teks berisi kata-kata kotor cenderung untuk berlaku curang.


Dalam eksperimen lain, responden dibahagi dua dan satu bahagian mendapati filem yang ganas dan satu kumpulan lagi, mendapat filem yang lebih baik.


Daripada kajian itu, mereka yang menonton filem ganas akan cenderung untuk berbohong ketika ditanya tentang filem itu.


Oleh itu, lebih baik perbanyakkan menonton dan membaca perkara yang baik untuk menjadi individu yang lebih baik. Setuju? - CARI Infonet




(Sumber foto: carian google)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 07:40 PM | Show all posts
salah kot.. biasa laki suke tgk porn yang suke curang. nuff said
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048339 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list