CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
 Author| Post time 28-1-2016 12:14 PM | Show all posts
hest replied at 28-1-2016 11:52 AM
tak.. memang ada.. dari kecik.. jadi masa kena tu aku ley rasa perubahan diri sendiri. jadi bila t ...

Anugerah Allah pada ko hest..ada sixth sense..at least bila terperasan kelainan pd diri terus berubat..
yang aku ni pulak...maybe tuhan dh kasik hint2 tapi aku sendiri yang macam in ignorance..aku caya semua ni berlaku dan boleh berlaku tapi sedari kecik aku dah hadap bende2 mistik ni, so aku sebolehnya taknak terbelenggu dah dengan kejadian pelik2 ni. sementelah belah laki aku memang tak penah laa depa encounter sihir santau segala maknenek ni..laagiii la payah kot untuk depa serap. walau aku x kata hubbi aku totally tak caya, dia caya..kawan2 dia pun ramai dari kalangan perawat (ustaz sharhan tu salah sorng kawan dia gak) tapi agak susah untuk aku cerita pada dia dan nk kasik dia faham. end up aku banyak diam.

contoh yang mcm jari bergerak nih. bende ni dh lama sebenarnya aku hadap. dari last year lagi.
tapi aku buat2 bodo buat2 tak reti. abeh takleh tahan, aku amek minyak panas, sapu. dok gedik2 gitu lama2 jadik lenguh. dari jari membawak ke bahu.
tak cakap kat sesapa pun, hatta mak abah aku sekalipun. mcm ko la hest, tak nak depa susah ati.
dan aku dok pujuk ati kata..maybe sbb stress kot..maybe sbb penat kot..maybe itu maybe ini..
sama mcm mimpi jugak..sume aku kata kat diri sendiri..mainan tido jah tu.." mimpi..bukan betul pun..ko jangan risau..kita hanya bersama dalam mimpi.."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 12:26 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 28-1-2016 12:14 PM
Anugerah Allah pada ko hest..ada sixth sense..at least bila terperasan kelainan pd diri terus beru ...

seriously dia cakap yg belakang tu macam tu?


memang mengarut betul dah ni......

wooooii!! orang tu dah ada suami... yang kau sibuk nak kacau dah kenapa?? kaum korang yang betina dah habes ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 12:48 PM | Show all posts
kakak clover qarinku.. saya mohon hakak pergilah berubat yer.. dengan ustaz syarhan tu pun ok, maybe lg senang sebab kawan2 tok batin hakak je..

jangan in denial lagi tau.. baca2 kisah hakak ni, macam simptom2 gangguan.. bukan based on pengalaman tp based on bacaan dari kawan2 yang pernah terkena..

moga urusan dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 01:13 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 28-1-2016 12:48 PM
kakak clover qarinku.. saya mohon hakak pergilah berubat yer.. dengan ustaz syarhan tu pun ok, maybe ...

Inshaa allah..qarinku...tengah dok berperang dgn diri..nak tangkis mcm2 bisikan..setan sungguh.
Tangan pijar panas, muka pun dah panas..nak rukyah sndiri tak berani juga..sbb sorng2 kat opis ni...
aduuh..nak buat keje pun tak dpt...jari tergedik2..pijar..nasib laaa keje dh byk setel awal...

Dah call bagitau tok batin..tak tau reaksi dia mcm mana sbb dlm phone..tapi dia kata akan call kawan dia tuh..
Duhhhhh..makin berdenyut2 kepala
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 01:35 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 28-1-2016 01:13 PM
Inshaa allah..qarinku...tengah dok berperang dgn diri..nak tangkis mcm2 bisikan..setan sungguh.
T ...

aduii.. risau pulak.. sambil meremang bulu roma segala.. jaga diri ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 01:42 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 28-1-2016 01:35 PM
aduii.. risau pulak.. sambil meremang bulu roma segala.. jaga diri ok..

In shaa allah..innallaaha ma'aana..aameen..thanks munge..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2016 03:27 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 28-1-2016 01:13 PM
Inshaa allah..qarinku...tengah dok berperang dgn diri..nak tangkis mcm2 bisikan..setan sungguh.
T ...

sorang2 je kat opis tu??
ishh, bahaya tu.

opis katner? i nak dtg teman bleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 03:44 PM | Show all posts
bangcak replied at 28-1-2016 03:27 PM
sorang2 je kat opis tu??
ishh, bahaya tu.

Sorang2 dlm bilik..tapi member opis ada jah dalam bilik memasing...

Bangcak tlg ingat ku dalam doa mu cukup dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 03:49 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 28-1-2016 03:44 PM
Sorang2 dlm bilik..tapi member opis ada jah dalam bilik memasing...

Bangcak tlg ingat ku dalam  ...

msh sakit kepala?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 03:51 PM | Show all posts

Masih..tambah dgn sakit dada sekali...lps cuba nak 'communicate'..
Ingat nak balik dah..tapi mcm lps tak lepas jah nak drive....
Tunggu sikit2 lagi..ok kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 03:54 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 28-1-2016 03:51 PM
Masih..tambah dgn sakit dada sekali...lps cuba nak 'communicate'..
Ingat nak balik dah..tapi mcm  ...

mmmm.. pelan2.. yg ptg, tenangkan diri dulu..
selawat.. mana yg blh sebut dgn jelas sempurna..
x kira panjang ke pendek je.. trskan bselawat.. jgn putus..
just fokus pada selawat bkn pd sakit..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 04:00 PM | Show all posts
halimi78 replied at 28-1-2016 03:54 PM
mmmm.. pelan2.. yg ptg, tenangkan diri dulu..
selawat.. mana yg blh sebut dgn jelas sempurna..
x ...

Saya dok ulang baca selawat shifaa jer ni...sambil2 tu tiup kat tangan...
Thanks abam limim..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 04:46 PM | Show all posts
@Clover_Hill I luv your thread. Terima kasih dah berbagi kisah2 yg menarik. Saya doakan tt ditemukan dengan penawarnya, insya Allah. Get well soon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2016 05:05 PM | Show all posts
mamigonzales replied at 28-1-2016 04:46 PM
@Clover_Hill I luv your thread. Terima kasih dah berbagi kisah2 yg menarik. Saya doakan tt ditemukan ...

Syukran mamigonzales..sudi dropping by dan bui kata2 semangat..in shaa allah jika Allah berkehendakkan sesuatu, tiada apa yang mustahil bagiNya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 05:08 PM | Show all posts
Kembali kasihnya @Clover_Hill
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 12:00 PM | Show all posts
Today i feel better. Tangan yang pijar panas pun takde..alhamdulillah..
Maybe berkat hari jumaat.
To @halimi78 ambe rasa tips abam limim kasik tu menjadi..syukran2
To @hest tocei2 kasik semangat kat aku...in shaa allah akan aku kekalkan amalan yang ko titipkan tuh..

Sementara mood dah naik ke darat nih, tidak menjadi kesalahan rasanya untuk aku meneruskan perkongsian cerita yang ada dalam 'kocek' nih, walau semalam aku dah dikhutbahkan dengan panjang lebar dek tok batin (aka tok hubbi)... "kita ni kalau semangat lemah, jangan suka sangat layan cerita-cerita hantu..baik tengok cerita mahupun baca cerita seram..benda-benda roh ni kalau semangat tak kuat memang mudah nak kena.."

Yelah...saya terima lahhhh kelemahan saya. Tapi i just cannot stop my hand from typing and sharing our stories...

Kisah ni aku berikan tajuknya..."BILIK". Bukan bilik rumah yang sedang diduduki sekarang ni, tapi rumah yang pernah kami duduk beberapa tahun nan lepas di negara Prince george.

Bilik tu adalah home office aku. Sesuai dengan ruangnya yang agak limited, jadinya tak berapa sesuai untuk dibuat bilik tidur. Bilik solat pun boleh tapi muat takat imam dengan sorang makmum. After all rumah kat sinun bukan besar-besar mana pun. Ada laa yang besar kalau bungalow, tapi overall rumah-rumah sana memang kemetot jah space nye, especially rumah teres. Boleh nak besar, tapi time winter standby lah pound bebanyak skit  bayar utility bills

Aku memang suka buat keja lewat malam, bila si awe dan si kakak dah tidur. Kalau dua insan kerdil ni masih berkeliaran sana sini, memang tak dapek lerrr den nak buat apa. On lappi, depa laa yang konker. Dan selalunya aku akan tidur dulu dengan dorang, kengkununnya nak lelap seketika dan akan bangun sejam lepas tu. Tapi yang selalunya akan terbabas jugalah sampai 3-4 jam!

Satu malam, aku terjaga. Tengok jam..alamakkk dah nak pukul 2am! Duhhhh..apsal laa lama sangat lelapnya nih? Padahal masuk tidur tadi seawal jam 8 malam. Untuk pengetahuan, kalau musim winter waktu malam amatlah panjang. Maghrib pukul 3++, isyak pulak pukul 5++. By the time pukul 8 malam tu dah rasa jauuuh malam sangat dah. So aku target tidur pukul 8, dalam pukul 10/11 gitu boleh dah bangun semula. Ini lajak sampai pukul 2..adehhhh lah.

Dah bangun dan setelkan apa yang perlu dulu, aku on kan lappi. Jengah di luar tingkap, suasana amat sunyiii sekali. Dengan sejuk bekunya, memang heaven kalau meneruskan pembungkusan dalam selimut. Tapi memandangkan ada kerja yang masih belum selesai, haruslah menjihadkan diri melawan kesedapan tidur.

Habit aku ni pulak, sebelum buat kerja, aku akan menulis 'diari' dulu. Kira catit dulu apa yang buat siang tadi, aktiviti apa anak-anak buat, makan apa etc. Pendek kata apa saja yang berlaku siang tadi akan aku catit dalam 'diari' tuh, kononnya akan jadi sweet memory lane di masa hadapan.

Namun malam tu entah kenapa tergerak hati nak menulis pasal kejadian sehari sebelum tu. Waktu yang lebih kurang sama, pukul 2 am juga.."dalam waktu gini jugaklah semalam tengah aku buat kerja, tetiba terdengar ketukan demi ketukan di dinding bilik office aku tuh" Atas dasar tak mahu ia lupus dari ingatan, aku mula mencoret dalam diari tentang ketukan yang aku dengar malam semalamnya.

Sedang aku menaip, tiba-tiba...

"Tokk tokkk tokkkkk" Bunyi yang sama aku dengar sebelum itu.

Dalam hati berkira-kira, siapa pulak dok bertukang malam-malam gini? Setahu dan seingat aku, jiran sebelah rumah ni dah lama tak balik jengah rumah dia ni. Dan petang tadi pun memang takde kereta jiran di garage. Kalau dia balik dari rumah satu lagi di London, dia akan park keta dia di garage sebelah dengan garage kami. Untuk dia balik situ malam-malam amatlah mustahil sebab kami penah sembang dengan jiran tu, dia kata dia tak berani nak drive kereta malam-malam sebab mata tak nampak.

Aku berhenti menaip sambil telinga cuba menangkap sebarang bunyi lagi. Mana tahu kot pendengaran aku tersilap. Sepi seketika. Ok aku rasa lapang dada, maybe ketukan yang aku dengari tadi terhasil dari mainan perasaan sendiri. Maklum saja tengah malam yang sepi..macam-macam perasaan ada.

Penulisan yang tergendala aku teruskan. Baru dua tiga patah perkataan ditaip...

"Tooookkk..tokkkkk..tokkkkkkkk..!!!!" Kali ini dengan daya dentuman yang lagi kuat!

Haih...marah nampak..??

Ok tak payah nak tunjuk berani sangat, kerja yang tergendala tu aku save dan lappi terus aku shut down kan.
Cepat-cepat aku tutup suiz lampu dan keluar dari situ. Ingat boleh nak masuk tidur terus, tapi dahhh rasa nak terkucil lerrr pulak! Nak marah betul la aku time-time emergency gitu laa nak rasa terkucil sangat!

Masuk toilet, qodo' apa yang dihajati selaju yang mungkin. But of kos lah takes time jugak nak selesainya kan? Tengah aku buat apa yang patut tu..tetiba..

"toookkk tokkkk tokkkkkkkkk...!" wallaaaaa..dia berbunyi lagiii!
Tapi kali ni bukan dari arah bilik, tapi dari arah tingkap toilet yang aku sedang dok guna sekarang! (masa tu laaa)
Rasa macam dekattt jerk bunyi tu dengan aku. Tak tunggu lama lagi, terus aku persudahkan hajat lepas tu terus keluar dari toilet.
Bulu roma usah katalaaa meremang mencanak mencacak mencapang mencapah semua men men lah!

Masuk bilik tidur, terus bungkus kepala dengan duvet dan tidur. Pukul berapa tak tau aku lena, sedar-sedar alarm dah berbunyi tanda jam sudah pukul 6 pagi. Alhamdulillah tidur ku malam tu aman walau sebelumnya itu agak haru biru keadaannya....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2016 03:07 PM | Show all posts
waaaaaaaaah siap gambar... amboi besarnya weyh tingkap bilik air tu.. orang luar ley jengah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 03:11 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 29-1-2016 12:00 PM
Today i feel better. Tangan yang pijar panas pun takde..alhamdulillah..
Maybe berkat hari jumaat.
...

pasal kat atas tu .. tak yah le berterima kasih... ... belanja pizza pun ok gak... wakakakaka... laaaaaaaaaaarrrriiiiiikkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 03:15 PM | Show all posts
hest replied at 29-1-2016 03:07 PM
waaaaaaaaah siap gambar... amboi besarnya weyh tingkap bilik air tu.. orang luar ley jengah ke?

Bukti bergambar..gitu..

Kalau orang lua bule jengah, rasanya aku masih bule steadi lagi dok dalam tu bila dengar ketukan.
Ini..toilet ni kat tingkat dua...agak2 bule lagi ke nak menpositifkan diri yang mengetuk itu adalah dari tangan manusia..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 03:17 PM | Show all posts
hest replied at 29-1-2016 03:11 PM
pasal kat atas tu .. tak yah le berterima kasih...  ... belanja pizza pun ok gak... wakak ...

Hahaaa...bule bule... <---- imejinkan saja ini adalah pizaa...



Haruslaa aku berterima kasih...byk membantu kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.244147 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list