CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
 Author| Post time 22-2-2016 07:19 PM | Show all posts
Jumaat,4.2.2016, demam still tak kebah. Atas nasihat doktor panel, aku ke klinik government pulak untuk ambil darah. Katanya kalau by Friday aku tak elok juga demam, kene pi amek darah takut denggi plak demam lama-lama nih. Takdela aku cerita punca aku demam ni sebab pi berubat kat darul shifaa sampai lebam-lebam anggota badan bagai.

Cerita di klinik kesihatan, bila bagitau aku demam dah lima hari, macam biasalah doktor suruh pi makmal amek darah. Sambil tu jugak doktor suruh aku buat UPT. Aku like..huh??? Ape hal plak ke situ peginya doktor ni. Bendera japang aku baru tiga hari kot delay, ntah tang mana tersangkutnya. Tapi delay sehari dua, even seminggu ni stendek kot aku rasa bagi wanita-wanita yang idup bergelumang dengan tekanan. Perubahan hormon, normal kot.

Tapi dah dia expert, dengar jelah. Ok fine. Cara laki aku pandang aku pun dah semacam..penuh harapan. Ye..aku tak nafi dah lama dia ngarapkan anak. Awe pun dah 6 tahun. Aku jelaa dok rasa dalam zon selesa so nak kata mengharap tu takdelaaa aku nye..haha. Pada aku dah ada sepasang ni padan dah koooottt…nak buat apa banyak-banyak? Quality is prevailed than the quantity kekdahnya…ngagagagaa.

Buat apa yang patut, then serahkan specimen kat lab. Sementara menunggu result, borak-borak la aku dengan tok hubbi sambil tenyeh-tenyeh tempat amek darah tadi. Mencik tul aku part amek darah ni tapi sempat jugak aku membayangkan keadaan ni lah yang akan aku lalui kalau betul upt tu positif. Adehhhh…lemah semangat den.

Dalam pada dok menunggu tu, tetiba jerk tok hubbi aku bersuara..
“abang rasa yang u mimpi pasal werewolf tu, agaknya dia nak pulangkan apa yang dia penah amek dari u tak..?” Aku macam..amek dari I? Ape yang dia dah amek..? Biasalah, aku ni kan bangsa blur.

“Yelah..mana tau selama ni dia dok pinjam ur soul, your body..now dia dah kembalikan semula pada u…”

Aku..ermmm..ntah lerrrr..ape-ape jeelaaaaa. Malas nak semak dengan benda-benda yang belum tentu sahih nih.

Then namaku dipanggil. Sikit pun takde dukdakdukdak ape. Stedi medi jah aku sambar kertas result. Yang tang darah tu tak reti la aku nak describe apa. Aku bukan budak medic pun after all. Tang UPT tu…errrrrrrrrrrr……….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2016 09:43 PM | Show all posts
Edited by Clover_Hill at 22-2-2016 09:48 PM

Hubbi  tengok. Dia macam nak senyum ke, tak nak senyum. Takpe..kita jumpa doctor dulu apa-apa hal.


Di bilik doctor, tengok jerk result tu..darah semua ok..takde denggi..viral feverpun bukan. But….



“Congratulation,sir..you wife is pregnant!” Kemain kuat doctor tu shake tangan tok hubbi,sambil lebar senyum deh. Heh.


Aku…rasa terawang-awang.

“Betul ke doctor..result ni tak salah?” “Ni result lab, accurate” kompiden jerk doctor Sadhu tu jawab sambil sengeh lagi.


Aku tengok hubbi kemain berseri muka dia. Ada linangan airmata di kelopak mata,tapi aku tahu dia sedang cuba mengawal emosi lelakinya….


Yang aku ni pulak, dari tadi dah terawang-awang..dengar pulak kata doctor tu gitu,makin melayang-layanglah jiwa.
Seriusly, aku memang tak expect untuk semua ini!Aku dah dalam comfort zone kot…nak start it all over again..? Alahaaaiiiii….


Tapi still lah aku panjatkan kesyukuran. Kang kufur nikmat pula. Just aku rasa macam tak caye..sebab memang takde plan apa. But that moment aku mula nak kaitkan dengan mimpi baby ape semua tu maybe sebab hormon. Kan orang kata kalau kita ada tendency mengharap nak anak, ia akan terbawa-bawa sampai dalam mimpi. Tapi aku kata, aku tak fikir pun pasal nak baby, sikit pun tak penah terlintas untuk semua ni. Urmmm..entahlah.


Hasil jasa hubbi aku, berita ni tak dan apa, cepat jerk tersebar ke family kitorang.Yela aku taula dia excited, tapi aku tak brape nak setuju lah awal-awal dah gebang serata alam. Benda ntah mana-mana lagi kot. Plus, aku masih caya tak caya jer lagi. (Aku ni tak habeh-habehlaaa 50-50…payah nau nak terima kejutan demi kejutan!) Si kakak dan si awe pun kemain gembira. Adik-adik ipar dan Mak mentua aku lagi laaa…kalau boleh melompat lama dah depa melompat. Asyikla dok hadap cucu dan anak buah orang, tetiba nak dapat cucu dan anak buah sendiri lagi setelah sekian lama, bole imejin tak camne terujanya mereka?


Bila ingat ni balik, sedih sangat aku rasa. Why sedih? Nanti di akhir cerita korang akan tau lah kenapa aku sedih…Bukan takat sedih, malu, hiba, sendu….semua ada.

Lagi sedih bila awe tanya.."Mama sakit lagi ke...abak nak baby..." huhu..SI kakak...seharian moody...
Aduhh...menusuk-nusuk plak hati aku sambil menaip nih.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2016 09:51 PM | Show all posts
Memandangkan estimationnya baru dalam 4 weeks plus gitu, aku tak dibenarkan buat keja sangat. Itu tak boleh, ini tak boleh. Sampai naik rimas aku. Hubbi plak kejap-kejap Tanya nak makan apa. Kejap-kejap lagi Tanya aku ok ke tak. Alahai…..(makin sedih lak aku bila terkenangkan ini).

Ahad,7.2.2016: ada kenduri umah sedara di Kuala Pilah. Sebelum tu aku bagitau aku rasa tak larat nak keluar rumah. Hubbi aku ok kan saja dan suruh aku rehat jerk at rumah. Sebab Isnin 8.2 tu nak pegi kenduri lagi kat Tampin, tempat yang lagi jauh. Takut aku letih, maka dia kata ok takpe..kalau letih tak perlu ikut.

Tapi last-last aku ubah fikiran. Bila fikir-fikir balik, kesian pulak hubbi aku nak pegi pilah lepas tu nak balik umah semula, then nak naik lagi sekali ke Tampin. Dok pi mai pi mai semata kerana aku jerk. Kalau aku ikut sekali, kitorang tak yah ulang alik dan boleh bermalam kat Pilah jerk. Isnin tu bole terus gerak dari Pilah jer ke Tampin. Banyak dah save masa kat situ. Kesudahannya, aku ikut.

Malamnya, aku mimpi lagi. Asyik ler mimpi, kan??huhu.. Nak caya sangat pun, tak jugak. Tapi aku just bagitau apa yang berlaku.

Dalam mimpi tu aku dah sarat sangat, just tunggu masa nak deliver. Tetiba keluar air ketuban yang banyak yang aku sendiri tak jangka. Dan aku masih bole rasa hangatnya air ketuban yang aku pegang tuh. Tapi aku cakap..eh baru jer doctor kata pregnant, takkan dah nak beranak?? Then perut aku kempis tapi babynya aku tak tahu pegi mana.

Habis gitu jerk mimpi tuh.

Esoknya, Isnin 8.2.2016: dari Pilah kami ke Tampin, kenduri rumah kawan tok hubbi. Kat situ aku makan tapai dengan seleranya. Kenduri kat pilah sehari sebelum tu pulak kemain melantak aku makan ikan semilang.Sedap sangat makannya sampai terlupa yang aku ‘preggy’.

Habis kenduri, kami tuju kampung tok hubbi. Kat sana dah berkumpul dah mak ayah mentua dan adik-adik ipar aku. Family mak sedara tok hubbi pun ada sekali. Kami sampai jerk mereka dah senyum-senyum. Aku agak mesti dorang dah bergosip sesama sendiri pasal hal ni. No komen lah aku, nak kata apa lagi. So berlagak biasalah aku macam takde apa.

Masa sembang-sembang tu, terkeluarlah topik apa yang boleh makan dan apa yang tak boleh makan masa awal-awal mengandung. Dan ini mengesahkan lagi yang mereka officially dah tahu. Aku ni bukan reti mana nak menyampuk-nyampuk. Just jadik pendengar setia jah.. Then adik ipar aku cerita kawan dia penah gugur masa awal kehamilan sebab makan ikan semilang. Aku dah dukkkkkk…rasa macam kena tembak kat dada. Tersentak. Tersenyap. Bukankah semalam aku…..? Kat kenduri……Duuuhhhhhhh…! Dalam hati doa banyak-banyak, janganlah jadi yang bukan-bukan…

Petang tu……
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2016 09:54 PM | Show all posts
Edited by Clover_Hill at 22-2-2016 09:56 PM

Hipotesis yang menyatakan tak boleh makan ikan semilang seakan benar…spot darah..dan aku….meraung!


Malam tu aku mesej kawan-kawan aku yang doctor, Tanya pandangan dorang. Malas nak tulis banyak, silala rujuk yang aku attach.

Malam 8 Februari dan Pagi 9 Februari…




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2016 09:58 PM | Show all posts
Dan begitulah kesudahannya…..

So drama telenovela akasia Zahra sangat kan…???


Ya mungkin semua ni takde kaitan langsung pun dengan gangguan yang aku alami, tapi tulah..terkebetulan ia berlaku lepas berubat..lepas satu, satu kejutan…sampai aku sendiri pun nak gelak dengan nak menangis tu sama banyak..hahaha..

Tapi kejadian ni beri aku satu pengajaran jugak. Betapa aku boleh rasa camne guilty dan bersalahnya ibu yang keguguran akibat salah makan. Or bukan sebab makan jer, tapi ada factor lain. Takde ayat boleh nak gambar betapa menyesalnya rasa tuh, sementelah kalau si ibu dah lama menantikan si anak. Now aku bule bayang dah macam mana siti nurhaliza rasa bilamana dia yang dah 8-9 tahun kot tunggu zuriat, dah pregnant kompem sahih dah pun tetiba………

Mulut bole kata dah takde rezki lagi, nak buat macam mana..cuba lagi. Wahhh kalaulah semudah itu untuk menghadapi..bagus kan?

Dan syukurnya aku rasa sebab aku hanya ter’preggy’ hasil ketidak tepatan result ujian makmal di klinik itu. Cuba kalau betul-betul mengandung, then jadi apa yang telah terjadi tuh……rasanya terus bersara aku dari porum ni..hahaha…

Hidup..hidup..macam-macam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 11:45 AM | Show all posts
Takziah kak
Dugaan

Comments

cak! nampak dia..  Post time 23-2-2016 12:41 PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2016 12:57 PM | Show all posts
Edited by hatikudus at 23-2-2016 12:58 PM

Innalillah...semoga terus tabah & kuat semangat @Clover_Hill
InsyaAllah ada rezeki lain nanti
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 12:58 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 22-2-2016 09:58 PM
Dan begitulah kesudahannya…..

So drama telenovela akasia Zahra sangat kan…???

assalamualaikum..

clover.. kuat clover. jgn putus asa berubat.. aku ada pndgn sndr. tp aku rasa better aku stop dr terus menghujah.. sebab aku tahu ko tak kuat lagi nak atur semua yg dah terjadi ni. tp bila kau dah sedia.. let me know.. kita diskas.. pape pun yang aku nak cakap. kena ingat dan tahu selagi tak betul2 pergi dia.. aman itu sementara. sementara aman..kuatkan dalaman. buat benteng.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2016 02:49 PM | Show all posts

Ya..dugaan...tapi i am ok with it..sekali kenang nak tergelak pun ada..tapi malu lah dgn family...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2016 02:51 PM | Show all posts
hatikudus replied at 23-2-2016 12:57 PM
Innalillah...semoga terus tabah & kuat semangat @Clover_Hill
InsyaAllah ada rezeki lain nanti

Yang pasal UPT tu..pada saya its just human error..takpelah..nak kasi rasa camne perasaan ibu yang keguguran barangkali..

Thanks ye sudi jengah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2016 02:58 PM | Show all posts
hest replied at 23-2-2016 12:58 PM
assalamualaikum..

clover.. kuat clover. jgn putus asa berubat.. aku ada pndgn sndr. tp aku rasa ...

Wslm wbh..hesttt..mana ko pegi..?? gagau2 aku cari ko tau...

Sesi berubat aku sepatutnya berlangsung time cuti chinese new year tu lah..tapi tulah..kami sama2 ada program sndiri..ustaz tu pun sama..yela..cuti panjang kot..harusla masing2 ada pengisian sesi bersama keluarga..now bila aku ckp kat tok hubbi nak repeat detim dgn ustaz..dia kata.."nampak mcm dh ok jer tu..xyah dah kot.." huwaaa....ni buat aku down nih..at least pi klerifai nate tu ada lagi ke dak lagi..aku tak rasa dia dah fully keluar..sbb asal aku cerita jer bnda ni kt sesapa..baik kat porum or kat wasap (aku slalu sembang dgn cousin psl ni) lutut kiri yg jd port dia sblm ni msti sakit..henjut2 laa aku jalan..batang tengkuk kiri pun mula la krem..

Nntilah aku pujuk dia bebaik lagi..huhhu..

Urmm..ko nak ckp ape hest..gerun lak aku dgr..hahaha...aku dh ok kot..selow2 kuatkan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 03:31 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 23-2-2016 02:58 PM
Wslm wbh..hesttt..mana ko pegi..?? gagau2 aku cari ko tau...

Sesi berubat aku sepatutnya ber ...

huish.. ko ada carik aku ke? tak de PM pon... dalam group pun tak dop PM .. huhuhuhu... jgn berhenti. selagi ko dapat mimpi pelik.. jgn la ko abaikan.. selagi ko ada rasa..jgn la ko deny..aku slalu je ada.. limi pun selalu je ada.. aku nak ko crita sndr tk nk desak2... tp macam limi cakap. ko jgn pendam sorang2 cerita.. cerita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2016 03:38 PM | Show all posts
hest replied at 23-2-2016 03:31 PM
huish.. ko ada carik aku ke? tak de PM pon... dalam group pun tak dop PM .. huhuhuhu... jgn berhen ...

Aku tgk ko tak aktip pn kat gobok ko tu..terkebelakang dh terid tu..ingtkan ko bz kot..
ada aku pm..tpi dah taip2 ilang..ngang jerk aku..tau ajelaa bnda2 gini nak share kene ada mood..
ilang jer mood tu..nak ulang taip mmg fuhhhh... berchenta..!

Sungguh aku down smpai ke kerak bumi gak la hest masa cuti chinese new year aritu..
apesal laaa sume ni jadi cmni..
bertimpa2..plus..aku rasa mcm bodo jerk bule jadi lagutu..tu aku take time nak cerita,tak nak cerita..ke adik bradik aku pun aku x cerita semua..mak aku smpai skrng x tahu lgi apa yg jadi tuh..
mybe btul kata ko..aku masih belum kuat spenuhnya..tgkla jadi cmtu pun aku dah gegar..
cousin aku pun byk nasihat..aku ni kene kuatkan smngt..semangat aku ni lemah..haishh..nak kuatkan semangat mcm mana laaa..ko ada tips?kot bule mcm minum2 susu or milo terus jadik sihat dan kuat, mau jugak aku borong tin susu dgn milo berkodi2..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 04:01 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 23-2-2016 03:38 PM
Aku tgk ko tak aktip pn kat gobok ko tu..terkebelakang dh terid tu..ingtkan ko bz kot..
ada aku p ...

minum kacip patimah nyah...

no aku kan ada.. asal ko tak taip je terus wasap.. ko nak kasik voice menjerit pun tak pe aku layan kan aja.. paling2 pun aku cuma cakap.. sah clover dah sawan

text aku nyah kalau ko buntu sgt. brapa kali dah pesan...  benda ni memang main kan kita. bkn ko je kena. aku pun ada. aku tak tahu le. tp since ko tk rasa lagi benci atau meluat atau malas atau rasa macam tak nak cakap dgn aku..makna ok lagi. tp kalau dia buat ko rasa menda2 tu makna.. memang nak kena la jawabnya dia tu.. ada rasa or tak de rasa??? ko je tahu. dkt aku. diri aku dh ada jwpn.. kat ko tak tahu lagi..

tips yg aku blh bagi pun tips yg sama.. ko tengking je (kalau dia kata tak/jgn/toksah/atau pape yang negetif..ko lawan je balik) memang berat skit. td ko ada kata apa limi bagi tu agak berkesan jd jgn le tinggalkan.. amalkan.. aku pun tak sekuat kau sbnrnya clover. ko lagi kuat dari aku. cuma ko nak kena ada sentiasa orang 'dukung' ko kena pastikan kau sntiasa ada orang yg blh push kau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2016 04:14 PM | Show all posts
hest replied at 23-2-2016 04:01 PM
minum kacip patimah nyah...

no aku kan ada.. asal ko tak taip je terus wasap.. ko nak kasik voi ...

Kacip patimahhhh....yes...haa..kan ke lain plak jadiknya nnti..
(sila abaikan ayat terakhir tu..hahah)

betul kata @kelipkertas, bnda ni buatkan kita jadik pelupa dan nyanyuk sblm usia...
aku langsung bule x ingat ko penah kasik no...
tu blm kes2 lain..
penah sekali aku pi tutup lampu bilik..lps tu aku pi tanya tok hubbi..apsal u tutup lampu? dia kata..aikkks...bukan u ke yang tutup tadi..baru sat sat tadi u yg off kan lampu..
aku..ha..? ye ke..? aiseh..kenapa x ingat..? langsung tak ingat!

so hest..ampunkan aku..atas kenyanyukan di luar batasang aku nih..

honestly, ada masa aku nak sangat2 share mcm2..tpi time mari rasa "alaa cerita karut mcm ni..sape nak caye..?" terus aku beku. dgn tok hubbi pun aku tak bersuara, hest. berat gile mulut nak cerita. aku jadi paranoid..jadi insecure..jadi mcm budak2 yang takutkan orang asing..bule bayang tak cmne..? bkn dgn orng pun, dgn family sndiri..time anak n hubbi serta adik dn adik ipar aku makan reramai kat bawah..aku dok dlm bilik sorng2..lps depa sudah makan, baru aku turun makan. tk pun, aku pintas makan awal2 dari depa..


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 04:14 PM | Show all posts
assalamualaikum TT..best baca tp xleh baca malam2...satni dok tringat terbayang terdengar semua ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2016 04:21 PM | Show all posts
mimi77 replied at 23-2-2016 04:14 PM
assalamualaikum TT..best baca tp xleh baca malam2...satni dok tringat terbayang terdengar semua ada. ...

Waalaikumussalam wbh..hihi..bacalah selagi daya..dah takleh nak baca2 cerita orng macam saya, ruginye rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 04:38 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 23-2-2016 04:14 PM
Kacip patimahhhh....yes...haa..kan ke lain plak jadiknya nnti..
(sila abaikan ayat terakhir tu. ...

memang pun.. aku tak sure la. pada kajian aku.. tahap lupa2 ingat ni memang dah up stage 3 3/4 .. kalau nak ikut secara praktikalnya.. once ko buat something,ko kena pandang dan rasa betul2 contoh.. alarm kereta.. kena kena pastikan dan hafal tiap detik dari ko kuar keta,tutup pintu,tekan alarm, test tarik pembuka. then jgn terus jalan pandang dulu keta tu. yup! nampak lawak kan? cer buat.. kompem ko akan rasa tenang dan yakin. bila kita buat bnd2 dlm keadaan macam ni kita akan rasa sentiasa igt lupa. tiap biat sebut.. " ok..mati enjin..skang tutup pintu, tekan alarm, kita try tarik..ok clear..alhamdulillah..bismillah" .. jalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2016 05:05 PM | Show all posts
hest replied at 23-2-2016 04:38 PM
memang pun.. aku tak sure la. pada kajian aku.. tahap lupa2 ingat ni memang dah up stage 3 3/4 ..  ...

Apakah sbb faktor usia yang kian mengembang, makanya ia menjadi contributory element pada masalah nyanyuk sblm usia aku ni, hest?
kalau simply benda ni jadi sbb natang tu..alalalalalaaaaaaa..sedihnya diri.
selalu yg aku dgr, jadik pelupa ni salah satu puncanya sbb byk tgk popcorn (bak katanya kelipkertas)
tapi aku mende2 gitu aku loya.
but still dh mcm org layan popcorn dh aku punya pelupa nih..duhhh lah.

baca ayat ko tu  buat aku tergelak..cakap sorng2..hahaha..aduhai..tapi kalau itu tips yang berkesan meningkatkan tahap ketenangan, kene cubalah nampaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha... Petua kacip fatimah plg win... Bjaya mnambat ati ambe.. Saiya kasik lima bintang.. Hahhahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 2.365149 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list