|
Masker perlu dioles pada wajah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Anda boleh pilih masker berasaskan bahan alami seperti sayuran, buah-buahan, madu mahupun putih telur. Pilih masker mengikut keperluan kulit anda. Jom selongkar manfaat masker untuk kulit...
1. Tegangkan kulit
Adakah anda tahu khasiat yang terkandung dalam masker boleh membantu menegang dan menganjalkan kulit wajah. Masker mampu mengurangkan kedutan dan garis halus. Hasilnya, kulit akan menjadi mulus dan tampak awet muda.
2. Kecilkan pori-pori
Apabila usia semakin meningkat, pori-pori kulit cenderung menjadi besar. Terlalu kerap melakukan stim wajah juga antara faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Masker adalah penyelesaian terbaik untuk mengatasinya. Penggunaan masker secara konsisten akan menjadikan kulit wajah lembap dan mengecilkan pori-pori.
3. Buang sel kulit mati
Masker juga bertindak sebagai detoks wajah. Ia membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit secara semula jadi. Apabila sel kulit mati dibuang, wajah tampak berseri dan kulit tampak remaja.
4. Redakan tekanan, atasi lesuMasker perlu dioles pada wajah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Anda boleh pilih masker berasaskan bahan alami seperti sayuran, buah-buahan, madu mahupun putih telur. Pilih masker mengikut keperluan kulit anda.
Tekanan dan gaya hidup yang sibuk membuatkan kulit wajah terlihat lesu serta kusam. Bagi mengatasi masalah ini, gunakan masker dua kali seminggu. Pilih masker berasas coklat, baunya mampu meredakan tekanan dan membuatkan kulit relaks serta tampak segar.
5. Cerahkan wajah
Masker juga berfungsi untuk mencerahkan wajah. Ketika memakai masker, wajah berehat dan kulit menyerap khasiat alami yang menjadi ramuan utama. Kulit akan beransur cerah dan sihat secara perlahan-lahan.
6. Lembapkan kulit
Kulit kering akan kelihatan tua dan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat. Pilih masker berasas buah-buahan seperti tomato. Dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah.
7. Tona kulit sekata
Masker berasas emas 24 K, madu dan putih telur antara yang dapat membantu menjadikan tona kulit lebih sekata. Ia jua penyelesaian terbaik untuk golongan yang berdepan dengan masalah sunburn.
INFO: Jangan memakai masker melebihi 35 minit kerana ia akan menyerap kembali kelembapan kulit. Akhirnya kulit menjadi kering.
mingguanwanita
|
|