CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6179|Reply: 2

[KBS2] Oh My Venus (So Ji-Sub & Shin Min-Ah)

 Close [Copy link]
Post time 15-12-2015 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by MellyNad at 15-12-2015 05:40 PM

OH MY VENUS(오마이비너스)


Profile:

§  Drama: Oh My Venus
§  Revisedromanization: OMai Bineoseu
§  Hangul: 오 마이 비너스
§  Director:Kim Hyung-Suk
§  Writer:Kim Eun-Ji
§  Network:KBS 2
§  Episodes: 16
§  ReleaseDate: November16, 2015 - January 5, 2016
§  Runtime: Mon & Tue 21:55 (Korea Time)
§  Language: Korean
§  Country: South Korea
§  Ongoing(Current Ep 9)
*internetsource (Asianwiki)
Plot:
Kim Young-Ho (So Ji-Sub) adalah pelatih peribadi untuk bintangHollywood. Walaupun dia dari keluarga yang kaya, dia mengalami kecederaan yangburuk semasa zaman kanak-kanaknya. Tetapi dia percaya sebarang masaalah dapatdiatasi dengan kesabaran dan keazaman. Di Hollywood Young-Ho menggunakannama sebagai John Kim. Selepas skandalnya bersama pelakon terkenal di Hollywoodmendapat perhatian, Young-Ho kembali ke Korea. Keadaan menjadi lebih rumitapabila dia dihalang oleh neneknya untuk kembali ke Amerika, Nenek Young-hoberharap dia menjadi penggantinya sebagai Ketua Pengawai Eksekutif di syarikatmereka.

Kang Joo-Eun adalah seorang peguamberusia 33 tahun dan sebelum ini dikenali sebagai "Venus Daegu" dikampungnya. Sangat dicemburui oleh rakan-rakan perempuan sekolahnya keranamempunyai wajah yang cantik dan tubuh badan yang menarik. Menjadi kegilaansemua pelajar lelaki di sekolahnya. Semasa di sekolah tinggi Joo-Eun mempunyaicita-cita untuk menjadi peguam. Kang Joo-Eun mempunyai teman lelaki bernama ImWoo-Shik seorang perenang wakil Negara, mereka mula menjalinkan perhubungansemasa zaman persekolahan lagi.

Selepas tamat sekolah tinggi  Joo-Eun mempunyai masaalah berat badan danmerasakan dia tidak lagi cantik. Selepas ditinggalkan oleh teman lelaki padaulang tahun ke 15 tahun mereka, Joo-Eun mengambil masa satu lawatan ke luarnegara ke Amerika untuk bekerja. Dalam perjalanan kembali ke Korea dia pengsanselepas terlalu banyak alkohol, ubat-ubatan dan korset menyebabkan dia mengalamimasalah pernafasan. Young-ho menyelamatkan beliau dan mereka bertemu beberapakali, semasa Joo-Eun dalam keadaan yang memalukan. Selepas mengetahui identiti Young-hosebagai John Kim, Joo-Eun meminta  Young-Hountuk membantu beliau mengurangkan berat badan dan sebagai balasan untuk tidakmemberitahu sesiapa mengenai identiti dua beliau iaitu Kim John. Beliau adalahseorang yang bekerja keras.

Kang Joo-Eun mengupah Kim Young-Ho untuk mencabar beliau dietdan mengurangkan berat badan. Semasa proses untuk mengubah berat dan bentukbadan Joo-Eun, mereka jatuh cinta dan mengubati luka emosi maing-masing.

CAST - OH MYVENUS:

So Ji Sub    (KimYoung-Ho)
Kim Young-ho adalah pelatih peribadi bintang Hollywood diAmerika *Iollscair kalau tgk oppa workout. Badan ketul-ketul, so sexxxy…hihihi.. Walaupunisu-isu peribadi dan keluarganya, Young-Ho mempunyai hati yang baik dan cubauntuk membantu orang lain.

Shin Min Ah (Kang Joo-Eun)
  

*Dah lama tak tgk si cantik ni belakon drama. Excited tgk,gemuk pon cantik minah ni..
Kang Joo-Eun (Shin Min_A) seorangpeguam berusia 33 tahun. Pada zaman persekolahaan Joo Eun adalah seorang yangsangat cantik dan menjadi kegilaan pelajar lelaki disekolahnya. Kini, diamengalami masaalah berat badan dan mempunyai bentuk badan yang tidak menariksetelah di sahkan oleh doctor mempunyai isu-isu kesihatan dan ditinggalkan olehteman lelakinya.
  
Jung Gyu Woon (Im Woo-Shik)
·        2ndtime jadi pasangan yg keji, putus hubungan sebab factor saiz badan.
ImWoo-shik adalah bekas perenang negara. Selepas pertemuan ketika masih disekolah tinggi, Woo-shik jatuh cinta dengan Joo-Eun, mereka bercinta selama 15tahun. Walaupun mendakwa Joo-Eun adalah cinta pertamanya, Woo-shik mula hilangminat dalam Joo-Eun dan diam-diam keluar dengan Oh Soo-jin, bekas rakan baikJoo-Eun. Akhirnya Woo-shik memutus hubungan dengan Joo-Eun. Walaupun merekasudah putus cinta, dia terus bimbang tentang Joo-Eun dan sentiasa mengawasiJoo-Eun. Dia tertanya-tanya tentang hubungan antara Kim Young-ho dan Joo-Eun.

Yoo In Young    (OhSoo-jin)
Sebagaiseorang wanita yang berlebihan berat badan di sekolah, Soo-jin sangat peka dankesepian sehingga mengenali Joo-Eun. Kini seorang peguam berjaya, Soo-jin telahmengurangkan berat badan dan mempunyai tubuh seorang supermodel. Beliaumengambil pekerjaan di syarikat yang sama dengan Joo-Eun untuk membalas dendampada Joo-Eun, yang Soo-Jin merasakan Joo-Eun seorang yang sempurna.

Sung Hoon(Jang Joon-sung)
Seorangpeninju profesional dilatih oleh John Kim, yang dikenali "Ular Korea”. Diaseorang anak yatim tetapi John Kim dengan senang hati mengambil beliau sebagaimuridnya dan melatih beliau untuk menjadi peninju yang berjaya.

Henry Lau(Kim Ji-woong)

Ji-woongsecara semula jadi seseorang yang lurus dan baik. Dia bekerja sebagai pengurusJoon-sung.

Jin Kyung(Choi Hye-ran)

Hye-ranadalah isteri kedua bapa Young-ho, yang berkahwin dengan bapa Young-Ho selepasibu Yong-ho meninggal dunia. Hye-ran mempunyai seorang anak lelaki dan mahukananaknya mendapat perhatian daripada keluarga Young-ho tetapi beliau tidakdianggap sebagai yang sama kerana dia tidak mempunyai hubungan kepada mereka (adikYoung-ho adalah bukan keturunan Gahong)

OST- OH MY VENUS:


                                    
MOMENT/PREVIEW-OH MY VENUS



PHOTO- OH MYVENUS


@ismaha @dauswq sila lah tgk..






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2015 06:46 PM | Show all posts
nape de kat sini?bukan ke dah der umah ni??
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 09:27 PM | Show all posts
salam mellynad
benang ni sudah ada di bod asian, telenovela
--> http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

sambung moyan di sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.419006 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list