CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1966|Reply: 0

8 Jenis Makanan Yang Boleh Buat Anda Bertambah Gemuk!

[Copy link]
Post time 18-12-2015 10:49 PM | Show all posts |Read mode

Makanan Yang Menggemukkan. Jika tak nak berat badan anda bertambah naik, hati-hati dengan lapan jenis makanan yang menggemukkan ini.
Jika tidak boleh menyingkirkannya daripada menu pilihan anda, cubalah gantinya dengan jenis yang rendah kalori serta bebas lemak. Tak pun, kurangkan kekerapan ‘menyantapnya’.

Berikut adalah lapan jenis makanan yang menggemukkan anda jika tidak dikawal pengambilannya. Semak!
1.Minuman berkarbonat
Biarpun mendatangkan kesegaran sesat, namun minuman yang menjadi kegemaran ramai ini sama sekali tidak mempunyai nila-nilai nutrisi. Tetapi, ia kaya dengan kandungan gula, sodium dan kalori.

2. Aiskrim
Sungguh nikmat! Namun, aiskrim merupakan sajian yang amat tinggi kandungan lemak, gula dan kalori. Anda yang sedang berdiet, eloklah berfikir dua tiga kali terlebih dahulu sebelum mahu menikmatinya!


3. Mayonis
Mempunyai kandungan lemak di dalamnya. Jadi, sebaiknya pakai sedikit sahaja jika anda mahu menikmatinya.

4. Kopi Segera
Tahukan anda bahawa secawan kopi segera itu mengandungi lebih daripada 39 lemak? Jika tidak mahu tubuh anda menjadi timbunan lemak, kira dengan teleiti berapa jumlah kalori daripada kopi segera yang telah masuk ke dalam tubuh anda?


5. Daging Olahan
Sosej dan segala jenis daging olahan mengandungi lemak yang tidak baik. Kadarnya begitu tinggi, sama banyak dengan kadar garam yang terkandung di dalamnya.

6. Makanan Segera
Di antaranya burger dan kentang goreng  Kandungan lemaknya sangat tinggi, begitu juga dengan kalorinya.


7. Krim
Whipped cream yang sering dipakai sebagai penghias pada jus strawberi dan dressing salad, mengandungi lemak tnggi, dan akan menjadi kalori tinggi jika dicampur dengan makanan sihat anda. Sebaiknya, jika anda sedang memakan makanan sihat, sebaiknya tidak dicampur dengan aneka krim atau topping.

8. Kerepek Kentang
Jajan yang ranggup ini merupakan salah satu makanan yang paling besar potensinya untuk membuatkan anda gemuk kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi. Belum kira lagi kandungan lemak dan gulanya, sehingga jumlah kalorinya menjadi lebih tinggi.  Di samping itu, kerepek-kerepek kentang ini juga mengandungi bahan pengawet, perasa dan pemanis buatan yang cukup jelas tidak baik untuk kesihatan tubuh.

http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.150971 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list