CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2197|Reply: 0

Gayakan Fesyen Rambut Lelaki Terkini

[Copy link]
Post time 18-12-2015 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Mengetahui tentang stail atau trend rambut yang popular untuk lelaki adalah hanya sebahagian daripada apa yang anda perlukan untuk tampil berbeza. Yang penting adalah
kunjungan anda ke salun rambut yang betul.

Ini kerana penampilan anda akan tampak lebih segar dan menyerlah. Perubahan kadangkala perlu agar anda akan menjadi lebih bersemangat.  

Mari ikuti langkah ini agar impian rambut mengikut fesyen terkini anda berjaya.

Rujukan
Jangan terlalu bergantung pada 'hairdresser' untuk mendapatkan yang terbaik untuk anda. Anda pasti tahu apa yang sesuai dan apa yang anda mahukan selagi ia bersesuaian dengan bentuk muka dan juga fesyen terkini. Jadi digalakkan untuk anda membuat sedikit rujukan terhadap gaya rambut yang berbeza. Ikutilah perkembangan dunia artis contohnya untuk gaya yang pasti tidak akan menghampakan anda.

Bawa gambar
Sudah dapat apa yang anda mahu? Nak gayakan rambut baru seperti siapa dan ada rujukan untuk dibawa ke salun rambut adalah yang terbaik.

Biar jelas
'Hairdresser' tidak pandai membaca fikiran anda. Jelaskan pada mereka apa yang anda mahu dan tidak mahu serta tegaskan perkara itu agar mereka tidak tersalah memotong
rambut anda nanti. Mahupun anda lelaki, ini adalah salah satu aset penting anda terutama jika anda sudah hampir dengan hari berbahagia nanti.




Bertekad
Jika anda tidak suka dengan cara rambut anda di gunting sebelum ini, pastikan perkara yang sama tidak berlaku lagi. Jelaskan pada dia untuk mengikut kemahuan anda tapi
pastikan anda maklumkan dengan cara yang sopan kerana anda membayar sejumlah wang untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Gunakan gunting
Kini, digalakkan untuk menggunakan gunting jika anda mahu menggunting rambut daripada menggunakan alat pencukur. Ini adalah untuk memastikan rambut anda sekata.
Kekemasan adalah sangat penting buat lelaki agar tampil bergaya nanti. Dengan mendapatkan potongan rambut yang baru dan tidak sama seperti sebelum ini bakal memberikan kepuasan kepada anda dan juga pasangan anda.

sumber gambar:internet

Gayakan Fesyen Rambut Lelaki Terkini

pesonapengantin


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051658 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list