CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7296|Reply: 62

[Jenayah] Kompleks Kota Raya ditutup, Bergaduh Lagi & Fei Mao Dihenyak

[Copy link]
Post time 20-12-2015 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 21-12-2015 12:28 AM

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Satu pergaduhan kecil tercetus di Kompleks Kota Raya di sini apabila beberapa individu cuba menuntut bayaran dalam kes jual beli telefon bimbit kira-kira jam 4.55 petang tadi.

Kejadian turut menyebabkan beberapa peralatan kedai berkenaan rosak dan berjaya dileraikan orang ramai yang berada di lokasi kejadian. Insiden yang berlaku tidak sampai lima minit itu menyebabkan kompleks Kota Raya ditutup.

Menurut seorang aktivis, Roslan Ismail berkata, kekecohan tersebut berlaku berikutan tindakan peniaga tersebut yang enggan membayar duit yang diminta selain turut menghilangkan diri.


"Tindakan tersebut yang menyebabkan orang ramai marah dan situasi menjadi tidak terkawal," katanya.

Beliau yang juga mewakili beberapa orang mangsa yang dipercayai telah ditipu berkata, terdapat peniaga yang bertindak memaki dan menghalau orang ramai yang turut sama berada di tempat kejadian.

"Tindakan (peniaga) itu seperti kami pula yang salah. Kami tidak menggalakkan provokasi dan apa yang berlaku adalah kerana kemarahan orang ramai. Kami datang secara aman," katanya.

Kata Roslan, beliau menghormati pihak berkuasa dan tindakannya tidak melanggar undang-undang kerana kedatangannya mewakili mangsa yang telah ditipu.Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2015 11:04 PM | Show all posts
Edited by _______ at 22-12-2015 09:19 AM

Peniaga telefon & pekerja mereka semua orang susah gak . Kalo nak kaya mesti usaha gigih. Jangan malas asyik nak menipu saja
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah ....selama ni kami dah cukup bersabar..... inilah dia akibatnya bila aircdah naik kepala..tak semua penipu tapi ada yg penipu....itu yg sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
http://m.youtube.com/watch?v=ArROXLIBkHk

sapa guna pc tlg edit... guna hp payah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 11:56 PM | Show all posts
kasi #repeat la
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 12:08 AM | Show all posts
jofizo replied at 20-12-2015 11:55 PM
http://m.youtube.com/watch?v=ArROXLIBkHk

sapa guna pc tlg edit... guna hp payah...

TQ very much. Seronok aku tengok dua ekor penipu kena belasah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2015 01:00 AM | Show all posts
bagus mamat roslan ni. kiranya vigilante la untuk kes2 tipu penggguna camni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 01:25 AM | Show all posts
Membohong je keja nya kasi balun sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka menipu lagi...mendapat LA lepas ni musti org ramai serang sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 07:52 AM | Show all posts


lpas kompleksk kota raya...
kompleks menipu yg mana akan kena plak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 07:55 AM | Show all posts
Polis sahkan pergaduhan berlaku di Kota Raya
Pergaduhan yang tercetus menyebabkan pihak pengurusan menutup sementara Kompleks Beli-belah Kota Raya, hari ini. - Foto ihsan



[size=100%]KUALA LUMPUR, 20 Disember:
Sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah Kompleks Beli-belah Kota Raya, hari ini.
Klip video pergaduhan itu selama dua minit dan 30 saat, telah dimuat naik ke YouTube.
Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit, dengan ada yang bertindak membalingkan kerusi ke dalam kedai berkenaan.
Klip video itu turut menunjukkan seorang lelaki berkemeja biru, dipercayai jurujual, terbaring di lantai sambil menutup mukanya dengan tangan.
Ketika dihubungi Bernama hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan pergaduhan itu berlaku pada jam 4.55 petang tadi.
“Kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya.

Media dalam talian melaporkan, kejadian itu menyebabkan pihak pengurusan kompleks berkenaan menutup sementara premis itu hari ini.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 07:57 AM | Show all posts
jofizo replied at 20-12-2015 03:55 PM
http://m.youtube.com/watch?v=ArROXLIBkHk

sapa guna pc tlg edit... guna hp payah...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 08:01 AM | Show all posts
Apa nak jadi la Malaysia ni dek
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 08:05 AM | Show all posts
Tak sangka di Kompleks Kota Raya pun ada pokok Krismas. Tempat tu agak pprt juga





Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 21-12-2015 08:01 AM
Apa nak jadi la Malaysia ni dek

Polis n pihak berkuasa xnk buat kerja..nk wat mcm mana??
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 08:10 AM | Show all posts
Gile kena debuk ngan helmet..aiyoo....agaknya aduan di derk kan je ngan  pihak berkuasa....

hari hari dengar berita tak best..bunuh...mati....lemas....bunuh diri...eksiden..gaduh.....

sedih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak masuk kota raya pun malas. Gelap & penuh cina. Apatah lg nak shopping situ
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 08:20 AM | Show all posts
asek menipu je keje peniaga ni.. nk untung express....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 08:24 AM | Show all posts
tahniah kpd mereka2 yg menyerbu dan membaling kerusi
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Waa.......Feimao!!!!...

Ghost, spelling feimao tu - FEI MAO...

Baru nmpak up sikit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053054 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list