CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79066|Reply: 573

Kisah Seorang Wartawan ( Page 29)

[Copy link]
Post time 23-12-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by zira_blackjack at 24-7-2016 09:23 PM

Keep Move On
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2015 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama aku Zira. Life aku susah. Susah kerana ada manusia yang suka bagi orang lain hidup susah. But still aku bersyukur dengan hidup aku. I'm tried to be a good human than before. Tapi dugaan terus datang. Hampeh. Dari dulu aku Rasa dunia aku berbeza Dari kawan2. Aku memang tak boleh masuk dengan diorang. Since then aku susah nak percayakan orang 100%. Susah untuk jumpa orang yang aku boleh percaya 100%. Di akhir zaman Ni ramai yang kuat berlakon baik but yang sebenarnya hampeh. Today aku nak cerita yang dalam hidup kita we can't believe people 100%.

/CERITA DI BAWAH BUKAN SUATU REKAAN TERPULANG KORANG NAK KATA APA TAPI KEJADIAN NI BENAR-BENAR JADI DALAM HIDUP AKU\

Bismillahirahmanirahim....

Kisah 1: Mom ?

Suatu hari kawan baik aku Ash called aku. Aneh tak pernah dia called pukul 2-3 pagi. Aku picked up called dia.

Ash: Zira tolong aku zira
Me: Asal weh?
Ash: Kau datang jumpa aku dulu boleh?
Zira: okay2 aku datang sekarang.

Jam 3 pagi. Kereta aku meluncur laju atas jalan raya. Dada aku berdebar laju. Suara Ash menangis tadi seolah-olah terus bermain di telinga aku. Aku berdoa supaya tiada apa yang berlaku pada dia.

Sampai rumah dia. Gelap. Aku bagi salam. Ash keluar. Dalam gelap aku teliti wajah dia. Pucat. Seolah-olah sesuatu dah terjadi. Tanpa berlengah aku tanya dia.

Me: Asal weh pucat semacam muka kau ni. Ada apa-apa jadi ke
Ash: Khairul tak guna zira aku gugurkan anak aku. Aku ikut cakap dia then dia tinggalkan aku weh. Aku dengar suara baby kat mana-mana je zira aku rasa nak bunuh diri...

Aku mengucap panjang. Bodohnya kau Ash memperjudikan diri kau semata-mata untuk seorang lelaki...

Terang Ash lepas 4 bulan hamil dia mengikut arahan khairul untuk gugurkan janin itu. Sebenarnya dalam diam dia tak nak. Tapi sayang punya pasal dia buat juga.

Lepas 2 minggu gugurkan janin tu khairul minta putus. Puas Ash merayu tapi Khairul tetap tinggalkan Ash. Malah semenjak gugurkan janin tu Ash dengar suara bayi asyik menangis. Ash tak tahan dengar suara tu sampai dia berhenti kerja.

Aku ? Aku memang tak pernah tahu apa-apa. Malah selama ni dia chat aku macam biasa. Kali terakhir aku jumpa dia pun aku nampak dia masih okay. Sebab tu aku tak syak apa-apa.

Berdosakah aku? Kalau aku tahu aku boleh halang dia. Tapi itu lah takdir. Dia yang memilih jalan tu.

Selepas kejadian tu aku mula cuba 'menormalkan' Ash. Aku ajak dia keluar. Bawa dia pergi usrah. Dekat kan balik Ash kepada Tuhan. Tapi suara bayi tu terus menghantui Ash.  Seolah-olah bayi itu ingin membalas dendam pada Ash. Kerja syaitan untuk menyesatkan manusia.

Tak lama lepas tu Ash pulang ke kampung. Mak dengan Ayah dia dah tahu. Diorang nak bawa Ash pergi berubat. Yang dah lepas tu lepas lah. Tapi 'bayi' tu terus mengikut Ash.

Sebulan selepas Ash duduk di kampung dia bunuh diri. Bunuh diri? Bunuh diri?

Ya dia bunuh diri.

Malam tu Ash keluar dengan bawa kereta ayah dia. Alasan nya nak pergi kedai. Ash langgar lori balak. Bukan tak sengaja tapi di sengaja kan. Kerana Ash masuk lorong bertentangan. Bengkel check kereta Ash tiada apa-apa masalah. Tapi kes ni tetap di klafasikan sebagai 'kemalangan' semua ni kerana nak menjaga hati Ibu Ash. Apa-apa pun Allah Maha Mengetahui.

Aku balik kampung Ash sebab nak tengok arwah. Apa yang jadi dekat arwah tak payahlah aku cerita. Tapi  hati aku meraung BFF aku meninggal kerana Lelaki. Ahh setan. Walaupun kejadian ni dah 4 tahun berlalu aku akan ingat sampai aku mati. Masih terbayang aku wajah Ash yang pucat dan memberikan aku senyuman palsu. Kenapa hidup nya kena berakhir begini? Itulah nama nya takdir. Manusia mempunyai kuasa untuk memilih jalannya. Tapi malang. Ash tersilap langkah.

Al-Fatihah .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 09:45 PM | Show all posts
Alahai dik..sedihnya kisah kawan ko ni..apsal laaa sebegitu pengakhirannya..

Apa-apapun al fatihah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah aku bagitahu terus terang. Aku seorang penulis bebas. Sebelum ni aku ada berkerja di sebuah syarikat penerbitan sebagai wartawan tapi aku berhenti sebab Husband aku suruh. Now aku jadi seorang penulis bebas. Kalau ada bahan aku hantar. Kalau takde takde lah huhuhu....

Kisah 2 : Human Or ?

Jam dah tunjuk pukul 10 malam. Lelaki itu masih tak muncul-muncul. Dah hampir 2 jam aku menunggu di situ. Dah dua gelas sirap limau aku balun. Tapi lelaki itu masih tak muncul-muncul.

Hati aku dah mula panas. Tapi di sebabkan fikir deadline aku terus menunggu di situ kalau balik ke Selangor bawa tangan kosong buat apa aku memandu sampai ke Kedah?

Mira juga dah mula resah macam aku. Duduk nya pun dah menyenget. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Makin rimas aku melihatnya.

Mira: Betul ke orang yang appoiment dengan kau ni Zira?
Zira: Betul lah. Dia yang suruh aku tunggu kat sini.
Mira: Cuba kau call dia balik. Dah 2 jam kita tunggu kat sini balik je lah.
Zira: Kau gila ? Deadline nak dekat dah kita baru buat 1 story. Kau nak ***** mengamuk ke =_=

Akhirnya Mira diam. Aku pun cuba call lelaki itu.

Hampeh. Hanya ada deringan saja. Cukup 3 deringan terputus sendiri.

Darah aku mula menyirap. Aku cuba call untuk kali yang terakhir.

Truttt trutt trutt yes berjawab

Zira: Err Encik dah dekat 2 jam ni encik di mana?
Lelaki: Ohh maaf ye Cik saya sibuk sangat ni boleh Cik datang ke alamat ni?
Zira: Okay2 saya datang encik mesej alamat itu yeah.

Berbekalkan alamat yang lelaki itu bagi aku terus gunakan GPS bagi sampai ke alamat itu. Aneh kami tiba ke sebuah kampung yang sunyi.

Mira: Betul ke ni tempat nya Zira?
Zira: Betullah ni lah alamat yang dia bagi.

Gps mengarahkan kami masuk ke simpang kanan. Aku memberi signal ke kanan lalu masuk ke lorong itu. Makin lama makin jauh ke dalam Sekeliling jalan di penuhi semak. Aku dah mula saspens

Dan penghujung jalan nya ada lah Kubur.

Mira: Weh zira ni kubur ni weh
Zira: Okay2 kita keluar balik.

Masing- masing cemas. Terketar-ketar tangan aku memulas stereng untuk keluar dari jalan puaka itu. Hempeh memang hampeh kami betul- betul rasa di tipu. Sudah lah dari Selangor. Dengan jem nya lagi aduhh memang malang.

Keluar dari jalan puaka aku terus menelefon lelaki itu. Niat aku, aku nak maki habis habisan. Tapi.....

Zira: Encik ni tipu kami ke apa ? Itu kubur encik. Penatlah kami macam ni. Janganlah menipu begini.
Encik: Nak tipu buat apa saya tinggal kat situ.
Zira: Ni tak lawak lah encik jangan lah menipu macam ni penatlah kami.
Lelaki: HEHEHEHEHEHEHE

Aku terus campak telefon ke bawah. Mira terkejut. Tanpa buang masa aku terus tekan minyak. Mira pula terkebil-kebil apa yang dia tanya aku tak jawab. Masuk highway berhenti di sebuah RNR. Barulah aku cerita dekat Mira.

Mira ingat aku aku tipu tapi melihat muka aku yang pucat dia mula percaya. Akhirnya kami pulang ke Selangor bawa tangan kosong. Lusa nya kena marah dengan *****.

Sebenarnya memang susah nak percaya di akal. Tapi lelaki itu yang telefon aku dulu. Tak tahu lah dia manusia ke hantu. Yang aku tahu hari tu teruk kami kena marah. Namun apakah daya hampeh. Semenjak tu aku cuba tak nak terima tugasan luar. Takut kena tipu lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 23-12-2015 09:45 PM
Alahai dik..sedihnya kisah kawan ko ni..apsal laaa sebegitu pengakhirannya..

Apa-apapun al fatiha ...

Tu lah pasal CH air mata aku menitik masa tulis story ni tapi akhirnya aku story juga pasal nak bagi pengajaran dekat orang lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 3: Pejabat

Kusutnya otak aku. Esok dah lah deadline. Otak ni rasa nak pecah. Dengan story yang belum habis taip lagi ahhhhhhh.

Aku terus menaip sepantas mungkin. Aku kerling jam dah pukul 2.00 pagi. Tapi deadline punya pasal sanggup aku overnite dekat office. Mujur si Mira sanggup temankan aku.

Aku kerling ke Mira. Tengok kusyuk dia main game. Lepas tu siap layan Youtube lagi. Agak jeles di situ......

Tengak kusyuk menaip tiba - tiba rasa nak terkucil. Sebenarnya bukan aku tak tahu cerita kat pejabat ni. Tapi deadline punya pasal aku hadamkan je. Janji story aku habis dulu. Kalau tak habis kena bahan dengan *****.

So nak tak nak aku kena juga pergi tandas. Ajaklah Mira ni teman aku pergi Tandas.
Masuk tandas tegak bulu roma aku. Tapi aku ignored je. Settle hal aku cepat-cepat keluar.

So start dari sini benda tu mula nak mengusik kami. Aku okay kalau dia takat usik. Jangan menjelmakan diri sudah...

Kalau tadi Mira buat free show duduk kat sofa dengan gaya nya. Tapi sekarang Mira dah mula menyendeng kat aku. Makin lama makin dekat.

Bunyi-bunyi makin kedengaran. Mula-mula kerusi kena tarik. Lepastu komputer lepas tu lampu kat pantry terbuka sendiri. Aku dah mula cuak. Mira pula dah takut.

Mira: Weh cepatlah sikit asal lambat benau.
Me: Kejap lah bagi sette dulu lah.

Sambil menaip mulut aku mula membaca ayat kursi. Mira pula pasang ayat kursi dekat telefon. Tangan aku makin pantas menaip. Sampai keyboard tu nak jahanam dah.

Yes akhirnya selesai juga. Terus aku save dekat fail. Fuhh lega. Segala beban macam terbang dari aku. Cepat-cepat aku kemas barang dan terus keluar. Aku dan Mira terus kunci pintu. Dan masa nak turun tu terbau kapur berus. Apa lagi berlari lah....

Apa-apa pun aku bersyukur sebab takde nampak apa-apa. Hanya bau dan usikan manja saja. Kalau tak mau pengsan kami. Malah tugasan aku bulan tu di siapkan dengan jaya nya huhuhuhu 3 story wehhhhh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2015 10:14 PM | Show all posts
zira_blackjack replied at 23-12-2015 09:57 PM
Tu lah pasal CH air mata aku menitik masa tulis story ni tapi akhirnya aku story juga pasal nak ba ...

Aku doa mana-mana pompuan yang sengaja buat illegal abortion tu dihantui cerita yang sama seperti arwah ash ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 10:17 PM | Show all posts
zira_blackjack replied at 23-12-2015 10:00 PM
Kisah 3: Pejabat

Kusutnya otak aku. Esok dah lah deadline. Otak ni rasa nak pecah. Dengan story y ...

Bule lagi ko stay fokus menaip cerita lepas dengar mende-mende usikan gitu..
semangat tak nak kene bahan ye dak..

Kalau akulah di situ...memang lepas subuh esok lah datang balik sambung keje..x daye nak hadap huih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2015 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih lagi berkisar tentang Ash.

Kisah 5 : Ash

Bagi aku kisah hidup Ash agak unik. Dia seorang yang pendiam dan susah nak bergaul dengan orang. Persamaan itu membuatkan kami jadi rapat. Kami saling bergantung antara satu sama lain. Tapi....

Selepas Khairul tinggalkan Ash. Ash mula macam meroyan. Macam apa yang aku ceritakan aku cuba nak menormalkan balik Ash. Tapi gagal. Peratus kejayaan aku hanya 30% dan akhirnya Ash tamatkan riwayat hidupnya sendiri. Aku sebagai BFF dia yang dah kenal dia selama 17 tahun memang susah nak terima kenyataan. Tapi itulah nama nya 'takdir'

Semenjak tu aku mula susah nak percayakan orang. Bagi aku manusia adalah benda hidup yang menyusahkan. Orang yang aku percaya adalah Parents aku. Malah aku akui Husband aku pun aku cuma percayakan dia 65%. Why? Sila semak balik kejadian-kejadian yang menimpa rumah tanggan orang lain.

Selepas setahun Ash meninggal, Siti datang jumpa aku. Siti sebenarnya adalah bff kami. Siti ni agak lain sikit. Dia seorang yang peramah. Berlainan dengan aku dan Ash. Ya kami berbeza.

Mengejutkan bila aku tahu Siti mengandung 3 bulan. Barulah Siti buka cerita dia kata dia dah kahwin. Siti kata dia tak nak jemput aku sebab aku masih sedih dengan pemergian Ash. Okay agak logik di situ.

Aku rasa aku macam di tembak bila dapat tahu Siti kahwin dengan Khairul. WTF. Siti kata dia dah lama suka dekat Khairul.

Aku terus tengking Siti. Aku ceritakan apa yang dah jadi. Ash bunuh diri kerana Khairul tinggalkan dia  dan Siti kejam kerana kahwin dengan dia.

Siti: Mampuslah Ash tu. Apsal kau asyik win kan dia je. Aku ni bukan kawan kau?
Me: Kejam kau siti. Ash mengandung wei dia gugurkan kandung dia... Sampai hati kau Siti...

Akhirnya air mata aku menitik laju. Aku bangun dan aku sumpah Siti tu.

Me: Hidup kau tak kan bahagia lahanat.

Aku pergi. Hati aku macam hancur. Lelaki dan Wanita itu memang setan. Hati hitam. Habis hari tu aku carutkan mereka berdua.

Selepas 3 tahun aku rasa sumpah  benar-benar terjadi. Berdosa kah aku? Mendoakan sesuatu yang buruk menimpa Siti. Aku rasa bersalah tapi Arwah Ash bagaimana ?

Selepas 3 tahun Siti muncul.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 5 ada part 2 huihuihui
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hai zira..alhamdulillah bod mps dh kembali berseri..wah cite uolss mcm tulisan misteri sgt..

cpt smbung ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 23-12-2015 10:17 PM
Bule lagi ko stay fokus menaip cerita lepas dengar mende-mende usikan gitu..
semangat tak nak ken ...

Aku lebih rela kena usik manja dari kena tengking hshahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 23-12-2015 10:14 PM
Aku doa mana-mana pompuan yang sengaja buat illegal abortion tu dihantui cerita yang sama seperti  ...

Amin. Senanya kisah Ash masih belum habis lagi huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 10:22 PM | Show all posts
Kawan tikam kawan.
Cait sungguh!
Lepas tu guna alasan 'dah jodoh kami..takdiiiirr..."

Ok sila sambung mrs reporter..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 23-12-2015 10:20 PM
hai zira..alhamdulillah bod mps dh kembali berseri..wah cite uolss mcm tulisan misteri sgt..

cpt  ...

Ni tgh menaip ni trimas sebab sudi baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 23-12-2015 10:22 PM
Kawan tikam kawan.
Cait sungguh!
Lepas tu guna alasan 'dah jodoh kami..takdiiiirr..."

Hehehehe shabar2 tgh menaip ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 10:24 PM | Show all posts
zira_blackjack replied at 23-12-2015 10:22 PM
Amin. Senanya kisah Ash masih belum habis lagi huhuhu

Aku dok follow cite ko ni tau..
Suspention lak rasa pasal siti jalang tuh (tetiba dapat gelaran )
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 10:25 PM | Show all posts
zira_blackjack replied at 23-12-2015 10:20 PM
Aku lebih rela kena usik manja dari kena tengking hshahaha

Lampu on off sendiri..komputer kene usik..kusi gerak sendiri..
Uwaaaaaaa...tak manja mana dah tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 10:27 PM | Show all posts
zira_blackjack replied at 23-12-2015 10:23 PM
Hehehehe shabar2 tgh menaip ni

Sensitip tau bab2 rampas merampas nih
Lagi2 libatkan nyawa orang lain..

Owhh my deepest condolense to ash.
moga allah mengampuni beliyau..aameeen..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 10:28 PM | Show all posts
Menaip story guna henpong..

Sungguh ku tabik toing toing pada mereka ini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.224773 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list