CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10665|Reply: 93

[Tempatan] Pemaju perlu betulkan bumbung rumah berbentuk ‘salib’

[Copy link]
Post time 24-12-2015 10:26 PM | Show all posts |Read mode


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x929.

Viral bumbung rumah yang terdapat simbol salib sejak 22 Disember lalu.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri mahu pemaju sebuah syarikat perumahan di Langkawi memperbetulkan semula struktur binaan pada bahagian bumbung rumah yang kelihatan seperti simbol salib supaya ia tidak menjadi isu yang berlarutan.

Exco Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memandang serius perkara itu dan berharap pihak berkenaan dapat memberi kerjasama sewajarnya.

“Saya minta pemaju syarikat perumahan berkenaan lihat semula masalah ini supaya tidak nampak lagi bentuk seolah-olah salib pada bahagian bumbung rumah.

“Saya tidak mahu ia dipanjangkan kerana ia isu sensitif melibatkan keagamaan. Pemaju perumahan harus pastikan ia dapat diperbetulkan semula,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memantau masalah itu dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, seorang pengguna laman sosial Facebook memuatnaik gambar rumah teres dua tingkat di Langkawi yang kelihatan seakan-akan simbol salib pada bahagian bumbung.

Berdasarkan pandangan kasar, simbol salib itu terbentuk pada dinding pembahagian antara rumah dengan lubang pengudaraan di tingkat atas.

Viral sejak 22 Disember itu turut mendapat kecaman ramai selain dikongsi lebih 2,322 pengguna Facebook lain.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/...salib-1.465400



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Menggelupur penganut agama melayu tengok bumbung persis salib

Terus tuduh kata agenda jarum halus tersembunyi segala
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah siap bru nmpk..awatla hampa tk perasan kt plan msa lulus tu jam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:35 PM | Show all posts
ada yg tergugat iman ke nampak salib tersusun cantek sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:37 PM | Show all posts
jarum2 halus sis..
ahkak speku pemaju yg bernama john, andrew kuat berpilgrim ke vatican sis
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Penganut agama islam juga harus membuang huruf t kecil drpd semua dokumen dan hapuskan huruf itu utk selama2nye karana ianya menyerupai salib kristian dan dikhuatiri ianya akan merosakkan akidah umat islam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2015 10:39 PM | Show all posts
Saya masih ingat lagi beberapa tahun lepas ada sati mosque kat uk ada lambang salib besar kat dinding mosque tu. Asalnya banggunan tu adalah church. Orang Islam kat uk tiada masalah dengan lambang salib tu..  tapi akhirnya lambang salib tu diturunkan kerana orang Christian sendiri yang meminta lambang salib tu diturunkan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:39 PM | Show all posts
kalu zaman dulu ada kerusi karan...simbol kristian sekarang gerenti simbol keruis..

karan punyer..





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2015 10:40 PM | Show all posts
abangbikerz replied at 24-12-2015 10:37 PM
Penganut agama islam juga harus membuang huruf t kecil drpd semua dokumen dan hapuskan huruf itu utk ...

bodohnya cadangan lu...supo budak tadika mak pak antar tadika sebab tarak masa mau ajar anak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 10:42 PM | Show all posts
Tapi setengah orang melayu sememangnya terlalu prejudice dengan benda berbentuk salib.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 la rumah org kot. Kalau yg dah beli,sekali naik macam ni, hadap je la cercaan.

Kalau gereja nak letak salib sebesar patung di batu caves pun kebanyakan org isle x kisah. Dah namanya tempat sembahan masing masing. Ikut la nak letak lambang apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cat je sikit bagi kurang nampak bentuk tu..settle
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau ummah cepat sentap buat lagi  design camtu apasai ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 11:02 PM | Show all posts
Sesaja jer dia orang nak merosakkan akidah ummah.....

Ali Tinju dengan Persatuan Pengguna Isle mana?
Takbirrrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 11:03 PM | Show all posts
mesti arkitek tu ingat dgn adanya simbol salib tu...rumah tu kalis air kalis tsunami..

setan pun takut masuk...fikirnya lagi..



Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 11:04 PM | Show all posts
Maideen. replied at 24-12-2015 11:02 PM
Sesaja jer dia orang nak merosakkan akidah ummah.....

Ali Tinju dengan Persatuan Pengguna Isle ...

bodoh cam lu gak la dorang tu kalu fikir benda bodoh cam ni boleh rosakkan akidah ummah..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2015 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pergi multifaith room kat uk nak sembahyang. Terpampang salib besar arah kiblat lak tu... X der la pulak aku sembahyang ingat kat jesus
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Alor Setar? Hokeh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 11:27 PM | Show all posts
hai bongok betul.....
mengelupor mcm lahanat.....
bukan sesaja nak design rumah macam tu....
garis kebawah tu party wall....utk tahan api....
yg melintang tu...tempat letak water tank...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 11:32 PM | Show all posts
ctaz replied at 24-12-2015 11:27 PM
hai bongok betul.....
mengelupor mcm lahanat.....
bukan sesaja nak design rumah macam tu....

baru saya terfikir. rumah saya di ttdi pun bentuk lebih kurang seperti salib bila tengok dari atas. kat atas tu letak tong air dan untuk bagi cahaya masuk kedalam rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.088145 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list