CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1765|Reply: 18

[Tempatan] Pulangkan derma RM1.2 juta Taib, kata pemimpin Penan

[Copy link]
Post time 29-12-2015 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 30-12-2015 10:01 AM

Pulangkan derma RM1.2 juta Taib, kata pemimpin Penan


Hari ini, 3:59 petang      Hari ini, 4:09 petang


      
Sebelas pemimpin Penan menuntut Universiti Adelaide di Australia supaya mengembalikan sumbangan derma A$400,000 (kira-kira RM1.2 juta) yang dihulurkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tun Taib Mahmud.
Surat yang dihantar kepada naib canselor universiti itu, Warren Bebbington ditandatangani mereka dengan menggunakan cap jari.
Mereka mendakwa sumbangan itu harus dikembalikan kepada Sarawak kerana wang itu diperolehi secara haram oleh Taib.
"Apabila Taib belajar undang-undang di Adelaide, dia seorang anak muda yang miskin seperti kita hari ini. Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk menjadi ahli politik.
"Tetapi bukan bantu kami penduduk pribumi. Taib jadi tamak dan hanya minat kumpul duit untuk diri sendiri dan ahli keluarganya," petik surat itu yang ditandatangani oleh bekas penghulu Penan James Lalo Keso.
Katanya, segala yang mereka perlukan sebelum ini adalah mencukupi sehingga Taib (kini Gabenor Sarawak) mengadaikan tanah mereka kepada syarikat pembalakan dan perladangan.
"Bukan satu rahsia lagi, bahawa syarikat pembalakan banyak memberikan rasuah kepada Taib dan ahli keluarganya," petik surat itu lagi.
Justeru, pemimpin Penan itu berkata, Bebbington harus "mengambil keputusan berani" dan memulangkan semula sumbangan daripada Taib untuk membetulkan ketidakadilan yang dilakukan selama ini.
"Kita perlu wang ini segera untuk bangunkan Taman Aman Penan dan hantar anak-anak kita ke sekolah dan dapatkan pendidikan tinggi.
"Bagi kamu, A$400,000 tidak banyak, tetapi bagi masyarakat Penan, ini jumlah wang yang boleh bantu mengubah kehidupan generasi muda kami," petik surat itu lagi.
Masyarakat Penan adalah pemburu-pengumpul hasil hutan nomad sehingga hutan khatulistiwa mereka sebahagian besarnya dimusnahkan oleh pembalakan dan perladangan sepanjang tempoh perkhidmatan Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak bermula pertengahan 1980-an.
Penduduk pribumi telah sekian lama berjuang untuk melindungi hutan mereka selama hampir 30 tahun. Taman Aman Penan ini adalah cubaan terbaru mereka untuk mengekalkan hutan simpanan yang bakal ditadbir oleh penduduk pribumi.
Sumbangan derma Taib kepada Universiti Adelaide didedahkan oleh wakil rakyat Parti Hijau Australia, Mark Parnell melalui akta kebebasan maklumat negara itu.






Penan want Aussie university to return Taib’s ‘donation’
William Mangor
| December 29, 2015


In a letter to Vice-Chancellor Warren Bebbington, eleven Penan headmen claim that the Taib donation of AUD400,000 had been illegally acquired by him from Sarawak.


KUCHING: Orang Asal leaders in Sarawak are urging Adelaide University to pay back AUD400,000 in donations received between 1987 and 2006 from Taib Mahmud, the former Chief Minister who is now Governor.

Taib studied law in Adelaide in the late 1950s.

In a letter to Vice-Chancellor Warren Bebbington, eleven Penan headmen have demanded that the Taib donation be returned to Sarawak as they had allegedly been illegally acquired by him. Taib’s donations to Adelaide University had been disclosed in November under a Freedom of Information request by South Australian Greens MP Mark Parnell.

The letter was signed by the community leaders with their thumbprints, according to the Bruno Manser Fund (BMF).

The Penan demanded that Vice-Chancellor Bebbington “take a courageous decision” and restitute the Taib funds in order to correct injustices done by the former Sarawak Chief Minister: “We need this money urgently to develop the Penan Peace Park and send our children to school and for higher education. For you, AUD400,000 is not much, but for the Penan this is a lot of money which can help change our young generation’s lives.”


The Penan have been struggling to protect their rainforests against logging for close to thirty years. The “Penan Peace Park” is their latest plan for a community-administered forest reserve.

“When Taib studied law in Adelaide as a young man, he was as poor as we are today,” said the letter signed first by former Penan Penghulu James Lalo Keso.
“Our lives were good and self-sustaining until Taib gave our land away to the logging and plantation companies without our consent.”

The Penan were Borneo’s last nomadic hunter-gatherers until most of their rainforests were allegedly destroyed by the Taib government since the mid-1980s.

s

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2015 05:38 PM | Show all posts
True heroes.Betul2 berani mengambil tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:46 AM | Show all posts
Sian depa; mentang mentang la mereka orang kelas bawahan dan pelajaran mungkin tidak tinggi, mereka macam di permainkan aje... senang je amik hak depa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 08:04 AM | Show all posts
ipes2 replied at 30-12-2015 05:46 AM
Sian depa; mentang mentang la mereka orang kelas bawahan dan pelajaran mungkin tidak tinggi, mereka  ...

bkn taib org penan ke??dgr2 taib jaga orang2 dia...ke kantung2 duit dia je yang dia jaga...tak tahu lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:32 AM | Show all posts
kentel replied at 30-12-2015 07:04 AM
bkn taib org penan ke??dgr2 taib jaga orang2 dia...ke kantung2 duit dia je yang dia jaga...tak tah ...

bak kata orang sarawak... bila orang sik tauk ujung pun kelakar... nampak jak bodoh kedirik ... mun sik tauk tanyak ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 09:37 AM | Show all posts
kentel replied at 30-12-2015 08:04 AM
bkn taib org penan ke??dgr2 taib jaga orang2 dia...ke kantung2 duit dia je yang dia jaga...tak tah ...

taib org laut..melanau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 11:14 AM | Show all posts
Edited by kentel at 30-12-2015 11:16 AM
zureena replied at 30-12-2015 09:32 AM
bak kata orang sarawak... bila orang sik tauk ujung pun kelakar... nampak jak bodoh kedirik ... mu ...

iboh mok nganok kmk...bukan kmk sik paham orang kelaka swak...ya ada kmk letak "???" kmk nanyak...palui kau tok!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:15 AM | Show all posts

oh yeke...mmg dia rampas hak org la ni....isk isk isk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa istimewanya taib ni dr miskin sampai bleh jd mcm raja kat s'wak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:37 PM | Show all posts
untung taib ni, smpi mati kaya dgn rasuah2... tanpa didakwa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel posted on 30-12-2015 08:04 AM
bkn taib org penan ke??dgr2 taib jaga orang2 dia...ke kantung2 duit dia je yang dia jaga...tak tah ...

Taib ni jaga ahli keluarga dia je...orang Melanau macam disisihkan....ada satu kawasan Melanau tu pulau...populasi beribu2...jambatan takda.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:48 PM | Show all posts
Haha. Good luck
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2015 02:15 PM | Show all posts
zureena replied at 30-12-2015 01:32 AM
bak kata orang sarawak... bila orang sik tauk ujung pun kelakar... nampak jak bodoh kedirik ... mu ...

kmk pun paham klaka sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Npe minta univ tu pulangkn, depa xtau apa2..

Patutnya depa ligan mamut tu pulangkn duit yg die amik illegally..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2015 03:08 PM | Show all posts
kentel replied at 30-12-2015 03:14 AM
iboh mok nganok kmk...bukan kmk sik paham orang kelaka swak...ya ada kmk letak "???" kmk nanyak... ...

palui gilak tek
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:13 PM | Show all posts
agaknya org2 penan ni ingat seluruh hutan di negeri sarawak tu kepunyaan diorng yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 07:50 AM | Show all posts

ambui kaka...lama x bersentuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyalah..dengan org asal..penduduk pribumi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 08:21 AM | Show all posts
setiap inch tapak balak kt sarawak ada komisyen taib mahmud
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.331668 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list