View: 10711|Reply: 86
|
[Dunia]
Pegawai Tentera Darat Malaysia hilang di Amerika!UPDATE #62#63#64
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 30-12-2015 07:38 AM
Pegawai Tentera Darat Malaysia hilang di AmerikaMenurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat, Hasman yang sedang berkursus Engineer Captains Career Course di Fort Leonard Wood mulai 1 Oktober lalu hingga 15 April depan, disahkan hilang setelah menerima maklumat daripada pihak Kedutaan Malaysia di Washington DC.
[size=100%]KUALA LUMPUR, 29 Disember: Seorang Pegawai Tentera Darat, Kapten Hasman Hussin dilapor hilang setelah kenderaan yang dinaiki dihanyutkan arus banjir semasa bercuti dalam tempoh berkursus di Missouri, di Amerika Syarikat pada 28 Disember lalu. Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat, Hasman yang sedang berkursus Engineer Captains Career Course di Fort Leonard Wood mulai 1 Oktober lalu hingga 15 April depan, disahkan hilang setelah menerima maklumat daripada pihak Kedutaan Malaysia di Washington DC. “Beliau dikhuatiri bersama-sama empat lagi rakan kolej telah pergi bercuti pada hari Sabtu, 26 Disember 2015 dengan kenderaan yang dilaporkan telah dihanyutkan banjir semasa mereka mengharungi laluan/jalan di Pulaski Country, Missouri. “Keempat-empat mayat telah ditemui, walau bagaimanapun Kapten Hasman Hussin masih belum ditemui,” menurut kenyataan itu.
Kata kenyataan itu lagi, pihak kedutaan Malaysia masih sedang mengesan pegawai tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
sangka baik
dia gi berak kt rumah org ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga harap anggota tentera hilang di Amerika Syarikat ditemuiBernama | Disember 30, 2015 07:23 MYT
Kapten Hasman Hussin (gambar) dikhuatiri hilang selepas kereta dinaiki bersama empat yang lain dihanyutkan banjir ketika mengharungi laluan di Pulaski Country, Missouri, Amerika Syarikat. - Foto Angkatan Tentera Malaysia
ALOR GAJAH: Keluarga Kapten Hasman Hussin, yang dilaporkan hilang selepas kenderaan dinaikinya dihanyutkan arus banjir di Missouri, Amerika Syarikat pada 26 Dis lepas, amat berharap agar pegawai Tentera Darat itu dapat ditemui selamat.
Adiknya Mohd Hairi, 29, berkata beliau dan anggota keluarganya sentiasa berdoa agar Hasman, 33, dapat ditemui dengan selamat.
Keluarganya turut mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan anak ketiga daripada enam beradik itu.
"Beliau ke sana (Amerika Syarikat) pada Oktober lepas kerana berkursus, dan kali terakhir berhubung melalui grup WhatsApp keluarga kami pada 26 Dis lepas.
"Kami semuanya terkejut bila dapat tahu perkara ini...kami sekeluarga jadi tidak keruan," katanya kepada pemberita di Masjid Tanah di sini, malam tadi.
Mohd Hairi berkata berita kehilangan Hasman amat mengejutkan bapa mereka Hussin Mat, 60, hinggakan beliau tidak dapat berniaga.
Markas Tentera Darat dalam kenyataannya pada Selasa berkata pihaknya sedang berusaha mengesan Hasman, yang bertugas di Rejimen Askar Jurutera Diraja.
Beliau bersama-sama empat lagi rakan kolejnya pergi bercuti pada 26 Dis dan kenderaan dinaiki mereka dilaporkan telah dihanyutkan dalam banjir semasa mengharungi laluan di Pulaski County, Missouri.
Hasman sedang mengikuti kursus 'Engineer Captains Career Course' di Fort Leonard Wood, yang bermula dari 1 Okt hingga 15 April depan.
Mohd Hairi berkata seorang pegawai kanan Tentera Darat mengunjungi rumah nenek mereka di Masjid Tanah kira-kira 1 tengah hari tadi bagi memaklumkan perkara itu.
"Pihak Tentera Darat beritahu bahawa abang tidak dijumpai, tiada dalam kenderaan itu...pegawai (tentera) akan beritahu kami perkembangan perkara ini daripada semasa ke semasa," katanya.
Isteri Hasman, Siti Hazwani Ahmad, 29, pula berkata beliau berbual dengan suaminya menerusi telefon pada 10 malam, 26 Dis lepas, yang antara lain berpesan kepadanya supaya tidak meninggalkan solat.
"Beliau juga berbual dengan anak sulung saya...beliau ada kata tiada rancangan pergi jalan-jalan cuma nak belajar bagi melengkapkan kursus enam bulan itu. Saya amat berharap beliau ditemui selamat," katanya.
Hasman dan Siti Hazwani mempunyai tiga anak lelaki - yang sulung berusia tiga tahun dan sepasang kembar berusia tiga bulan.
Sementara itu nenek Hasman, Jamaah Ahmad, 79, pula berkata beliau sentiasa berdoa agar cucunya itu dapat ditemui dengan selamat.
"Sebelum ke Amerika Syarikat, beliau beritahu nenek nak ke sana... memang sedih kerana beliau rapat dengan nenek. Nenek mohon pada Allah supaya beliau selamat," katanya. -Awani
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah hampir confirm meninggal kan.Dlm laman website amerika ada disebut pasal tentera dari luar negara mati lemas tapi tidak disebut dari negara mana |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 dia ditemui sama ada hidup atau mati |
|
|
|
|
|
|
|
mayat kawan2 sekereta semua dah jumpa kann?
sedihnyaa![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ada link tak boleh saya tepekkan
|
|
|
|
|
|
|
|
adoii...x ingat baca metro ke BH
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudah semua urusan
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga dijumpai .. hidup atau pun mati. amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by duri_durians at 30-12-2015 09:27 AM
Menurut live update, mayat beliau telah dijumpai... Innalillahiwainnailaihirojiun...
Joe Millitzer 2 HOURS AGO
The Pulaski County Sheriff’s Department issued this statement about a missing international soldier’s body Recovered:
The body of a fifth international soldier that has been missing since the drowning of four other comrades on Saturday evening was recovered today in north Pulaski County. A massive search for the missing man resumed early this morning, which led to his discovery at 11:30 AM. The deceased’s body was found in Tavern Creek, after it was spotted by a Missouri State Highway Patrol helicopter. Apparently, the body had been swept approximately six miles downstream from where the incident initially took place on U-Highway on Saturday. This tragic event began shortly after 8:00 P.M. last Saturday after a vehicle that was occupied by 5 international soldiers drove into a flooded roadway after dark.
The identities of these soldiers cannot yet be released, due to notification of their family members, which is being handled by the U.S. State Department. All five men were on temporary assignment at Ft. Leonard Wood for training, at the time of this incident.
The recovery effort was a multi-agency endeavor that consisted of the Crocker Fire and Police Departments, the Pulaski County Coroner’s Office, the Waynesville Rural Fire Department, the Pulaski County Sheriff’s Department, along with the Missouri State Highway Patrol’s Marine Divisions from Troop I – Rolla, Troop A – Lee’s Summit, Troop B – Macon, Troop E – Popular Bluff and General Headquarters out of Jefferson City.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak baik kata camtu..
Lebih baik diam dari berkata2 kalau tak ada benda yg bagus/positif nak disebut..
|
|
|
|
|
|
|
|
teruknya komen ko....
esok mak pak ko mati, org ckp mcm tu pulak...ko rasa best ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai anak2 askar tak menjadi...![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
dasatnya br tau ada tentera malaysia berkursus smpi amerika.
anyway takziah kepada keluarga beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah dan takziah kalau betul dah di temui tak selamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|