CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 27-3-2018 09:49 AM | Show all posts
tak sabar tunggu ...cerita dammerung ni macam my escapism from the office shits
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2018 09:27 AM | Show all posts
thanks to dammerung, im now addicted to horror story.. harap cerita bisnes baru ayah ni akan ada kesudahannya.. kalau boleh tak nak cerita cerita tt berakhir seperti kisah nenek kamsiaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2018 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bro damm
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2018 05:12 PM | Show all posts

Aku rasa memang dah tamat dah tu.
Berbulan dah tak update.
Beliau pun dah bizi buat novel skang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2018 05:12 PM | Show all posts
Aku rasa memang dah tamat dah tu.
Berbulan dah tak update.
Beliau pun dah bizi buat novel skang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2018 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kivio replied at 15-4-2018 05:12 PM
Aku rasa memang dah tamat dah tu.
Berbulan dah tak update.
Beliau pun dah bizi buat novel skang.

aduuhh
kalau betul kuciwa nye daku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2018 05:51 PM | Show all posts
belum ada sambungannyaaa..
ok..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
All hail to the king
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 12:30 PM | Show all posts
bahagian IV bisnes ayahku tiada ker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2018 12:47 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 27-4-2018 12:58 PM

Salam semua.
I am back. Sorry sebab lama tak update kerana empat sebab.

Pertama, aku baru jadi ayah.

Kedua, ofis block Forum Cari.

Ketiga, aku dalam proses untuk penempatan ke luar negara, InsyaAllah bulan Jun ni aku akan spend the next couple of years di bumi asing. So banyak gila barang nak kena packing.

Keempat, aku terpaksa memberhentikan sementara Bisnes Baru Ayah sebab aku tak boleh deal dengan rakaman tu lagi. There is a reason why I put it on Reject folder, should've just deleted it. Nantilah bila aku ada semangat sambung balik, then you all now.

Untuk tidak mengecewakan semua, this is my apology token untuk semua.

Kisah 37: Seleksi Cerita -Cerita Pendek Terpilih – Nostalgia 1989 hingga 1992 (Bahagian I)

Kaki - 1989
Jentera bomba membelah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan seperti Nabi Musa membelah Laut Merah. Ini merupakan kes ketiga Rasul yang baru bertugas sebagai penyelamat bomba. Dia bersengayut di sisi kenderaan merah yang pantas menyusuri sebatang jalan di pekan Tawau.

Asap hitam berkepul-kepul naik ke langit membuatkan Rasul tidak dapat menahan senyuman. Masih lagi dengan romantisme kerjaya sebagai bomba, dia amat menanti-nantikan bencana-bencana seperti itu, lagi parah, lagi best katanya.

Trak bomba memasuki perkarangan setinggan yang dibina berdekatan airport lamaTawau dan tanpa membuang masa Rasul dan lain bergegas memulakan tugas.

Tiga jam kemudian api berjaya dipadamkan. Rasul dan rakan-rakan memeriksa kawasan kejadian. Sepasang kaki kelihatan terjulur dari timbunan kayu rentung.

“SINI! SINI!” jerit Rasul dan meluru ke arah kaki tersebut.

Sebaik tiba, dia mendapati kaki itu mungkin milik kanak-kanak berdasarkan saiznya. Tersentak Rasul apabila dia baru sedar yang kaki terjulur itu bersih sebersihnya tanpa secalit kekotoran pun.

Rasul melihat sekelilingnya. Tiada apa yang tinggal. Semua rentung. Macam mana kaki budak ni boleh tak terbakar?

Tiba-tiba kaki tersebut bergoyang. Kata Rasul, macam kau tengah syok baring atas katil sambil goyang-goyangkan kaki.

“ADIIKK!! ADIKK!!” Jerit Rasul lalu pantas meninjau-ninjau dari rekahan timbunan. Reflek sebagai anggota penyelamat hendak menyelamatkan mangsa kebakaran,walaupun naluri kuat mengatakan ada benda yang tak kena.

Pantas kaki tersebut masuk ke dalam timbunan hingga Rasul jatuh terduduk.Teman-temannya sampai dan segera mereka merungkai kayu-kayu untuk mengeluarkan mangsa.

Di saat timbunan-timbunan terakhir di keluarkan, Rasul dan tiga lagi penyelamat bomba melihat depan mereka makhluk seperti bayi, dengan kulit merah-kemerahan dalam posisi mencangkung. Mata merah liar melihat Rasul dan tiga rakan sejawat yang kaku berdiri.

Apa yang Rasul tak boleh lupakan adalah apa yang terjadi seterusnya;

“Kalau kau nak hidup biarkan aku pergi” suara garau milik orang tuaberdesing di telinga Rasul.

Mereka hanya melihat bagaimana makhluk ‘bayi’ itu mengangkat timbunan kayu rentung dan menyelinap masuk, hilang dari pandangan.

Rasul dan lain berpandangan.

“Kite tak nampak ape-ape dan bende ni habis kat sini” kata salah seorang dari mereka.

Rasul memendam kejadian pada tahun 1989 itu jauh ke dalam memori. Pada tahun 2008, Rasul akhirnya menceritakan kepada anak lelaki sulung, dua hari sebelum meninggal dunia akibat menderita sakit buah pinggang kronik.


Tape Blue – 1990
Sewaktu umurnya 9 tahun, Abang Chee Seng membuka kedai sewa tape VHS yang merupakan satu-satunya premis seumpama itu di sebuah daerah kecil di Negeri Sembilan. Menurut Chee Seng, pada waktu itu pilihan tape yang ditawarkan agak terhad kepada drama-drama siri TV Cina, gusti WWF dan filem-filem klasik Melayu seperti P.Ramlee dan Studio Jalan Ampas. Ini bersesuaian dengan demografik pelanggan yang terdiri dari isteri tauke-tauke TV cina dan pemilik kedai-kedai kopi Melayu.

Kalau nak harapkan untung sewa tape drama Cina dengan gusti memang melingkuplah bisnes abangnya, jadi untuk menjana pendapatan lebih, kedai sewa tape itu juga menawarkan pinjaman tape-tape ‘bawah kaunter’ atau terma popular ketika itu, ‘tape blue’ kepada pelanggan-pelanggan terpilih.

Satu hari dia ditugaskan menjaga kedai selepas waktu persekolahan sementara abangnya keluar menguruskan sesuatu. Jangan kata orang datang nak sewa tape,orang lalu-lalang depan kedai pun tak ada. Kebosanan melanda.

Mata mengerling ke rak bawah kaunter. Tersusun sarung tape-tape putih.Untuk mengelakkan diketahui pihak berkuasa sekiranya terdapat serbuan, abang Chee Seng letak nama tape “Gusti 1” “Gusti 2” dan seterusnya.

Ada satu tape dinamakan tidak mengikut template biasa. Chee Seng masih ingat nama tape tersebut “Samut Sakhon 14/2”

Pandang kiri, pandang kanan, terus dicapai tape tersebut dan dimasukkan ke dalam pemain VCR. Selama ini dia hanya dengar tentang ‘permainan orang-orang besar’ dan ‘timun keluar masuk’, teringin pula dia nak tengok apa yang best sangat pasal tape blue ni.

Disebabkan tidak pernah menonton filem lucah, Chee Seng tiada sebarang expectation. Babak pertama ialah sekumpulan lelaki dalam kereta berbincang sesama mereka dalam bahasa tidak diketahuinya.

Salah seorang dari mereka bertindak sebagai jururakam dan bertanya soalan kepada setiap mereka di dalam perut kereta. Di luar kereta gelap, malam dan menyusuri jalan kecil tidak berlampu. Sekali-sekala kereta tersebut berselisih dengan motor kapcai, orang naik basikal, jalan kaki dan sebagainya.

Kereta tersebut kemudiannya membelok masuk ke sebuah jalan tidak berturap. Kamera tergoncang-goncang setiap kali melalui keadaan jalan yang tidak terurus. Makin lama makin jauh masuk ke dalam hutan sehingga bunyi unggas nyaring pun ikut terakam sekali.

Paparan fokus kepada sebuah rumah. Kereta memasuki perkarangan dan bunyi handbrake ditarik kedengaran. Selepas berbincang lebih kurang, semua keluar dari kereta dan kamera ikut beberapa lelaki itu menuju ke arah bonet.

Bonet di buka dan terdapat seorang gadis, mungkin berusia belasan tahun dari uniform sekolah yang dipakainya. Gadis itu kelihatan lemah dengan pergelangan kaki dan tangan berikat.

“Ohh dah nak start dah” kata Chee Seng. Jantung berdegup laju.

Salah seorang dari mereka menggendong gadis dan beramai-ramai mereka masuk ke dalam rumah. Keadaan gelap-gelita diterangi oleh lampu kamera. Seorang lelaki tua tidak berbaju dan bermisai tebal tidak senang dengan kamera dan adakala menekup lensa tiap kali dihala ke mukanya.
Gadis dibawa ke tengah ruang tamu, atau ruangan paling besar dalam rumah. Uniform sekolah disentap koyak hingga terbogel.

Tertelan air liur Chee Seng. Pertama kali dia melihat tubuh mungil wanita. Gadis itu tersedar, menjerit dan meronta-ronta. Sekumpulan lelaki mengelilinginya dan mengeluarkan zakar masing-masing.

Setiap dari mereka mengambil giliran merogol gadis tersebut.

Kalau tadi Chee Seng begitu teruja, sekarang dia rasa kebas. Apa yang ditontonnya terlalu disturbing. Jurukamera merakam dengan terperinci perlakuan kejam mereka dan Chee Seng lihat jelas bagaimana tersiksanya gadis yang mungkin sebaya dengan kakaknya yang mengambil SPM tahun itu.

Ini ke filem blue? tanya Chee Seng kehairanan.

Oleh kerana dah memulakan, dipaksa diri untuk terus menonton.Sekurang-kurangnya nanti boleh la berlagak dengan geng-geng disekolah bahawa dia pernah menonton tape blue.

Tubuh gadis yang terdampar lencun dengan air mani. Wajah gadis itu seolah pasrah dengan takdir menimpa diri.

Lelaki bermisai tebal itu kemudian mengikat tali ke salah satu buku lali gadis dan kemudian ditarik ke atas.

Tergantung lah gadis itu sambil menangis-nangis minta dilepaskan.

Pantas sebilah pisau merodok perut gadis dan darah memercik memenuhi ruangan sehingga jurukamera melompat kebelakang. Lelaki misai itu seterusnya memegang bukaan perut dengan kedua belah tangan lalu merobek...

Tergopoh-gapah Chee Seng menekan butang STOP.

Cukup. Terlalu ekstrem bagi minda 9 tahunnya memproses semua itu.

Kepala Chee Seng berputar dan seperti mau pengsan. Tangannya semut-semut.Berkali-kali dia menarik nafas panjang untuk menenangkan diri. Peluh menitik-nitik dari dahi macam baru lepas bersukan.

Setelah beberapa ketika, dia segera mengeluarkan tape tersebut dan menyusun sepertimana ia disusun sebelum ini. Sempat Chee Seng terperasan tape-tape bertanda “Tao Pun 23/2”, “Pengkalan Kubor 15/9” dan seterusnya.

Tape tersebut menghantui Chee Seng sehingga jatuh sakit, hingga berminggu-minggu demam tak kebah dan setiap malam dia termimpi babak-babak mengerikan dari tape blue itu. Walaubagaimana pun dia sudah nekad untukmenyimpan rahsia tape tersebut dari pengetahuan ibubapanya. Tak sampai hati nak susahkan abang sendiri.

Chee Seng beransur-ansur pulih dan kembali melepak di kedai abangnya. Tapi dia tidak lagi berani berada di belakang kaunter. Trauma.

Pada satu hari, seorang tokoh yang disegani di daerah tersebut singgah dikedai tape.

“Robert!” teriak lelaki itu kepada abang Chee Seng.

“YESS BOSS..LAMA TALAK JUMPA” balas abangnya pula dengan girang.

Senaskah surat khabar bulky diletak atas kaunter. Tangan Robert menyeluk celah surat khabar dan mengeluarkan sebuah tape.

“Amacam yang ni?” tanya Robert.

“Kureng sikit la bert. Cepat na matinye. Aku nak macam haritu, henjut dulu sampai takde suara lepas tu lenjan. Bersepai otak haha” lelaki berkopiah itu ketawa berdekah-dekah, sesekali membetulkan kain keffiyeh yang membaluti bahu.

Chee Seng pasti dari wajah ketat abangnya, dia memaksa untuk senyum dan ketawa. Pelanggan itu tiba-tiba merapati Robert dan dengan wajah serius;

“Yang betine bunting punye boleh carik ke bert?”

“I cube la tuan haji” jawab Robert sambil dengan cermat menyusun semula tape dari celah surat khabar ke susunan tape bawah rak. Tertera nama tape “Bangkok 19/01”.

Bersambung ke cerita untuk tahun 1991  dan 1992


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:38 PM | Show all posts
Wah dammm..thank you so much. New story
firstly, congratulations jadi ayah.







Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:40 PM | Show all posts
dammerung replied at 27-4-2018 12:47 PM
Salam semua.
I am back. Sorry sebab lama tak update kerana empat sebab.

erkk..baca entri ni terbayang pulak kes Junko Furuta tu
kes rogol beramai2 then seksa sampai mati

sadis gilerr..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:02 PM | Show all posts
Kureng sikit la bert. Cepat na matinye. Aku nak macam haritu, henjut dulu sampai takde suara lepas tu lenjan. Bersepai otak haha” lelaki berkopiah itu ketawa berdekah-dekah, sesekali membetulkan kain keffiyeh yang membaluti bahu.
Chee Seng pasti dari wajah ketat abangnya, dia memaksa untuk senyum dan ketawa. Pelanggan itu tiba-tiba merapati Robert dan dengan wajah serius;
“Yang betine bunting punye boleh carik ke bert?”
“I cube la tuan haji” jawab Robert sambil dengan cermat menyusun semula tape dari celah surat khabar ke susunan tape bawah rak. Tertera nama tape “Bangkok 19/01”.

amboi tuan haji tak sedar diri
aku ada pengalaman dengan orang lelaki tua pakai kopiah ni
gatal nak mampus kot
kejadian dalam bas, bertolak malam ke kampus masa belajar dulu
orang tua tu duk sebelah seat aku, dah tengah malam semua terlelap,
pastu terasa ada benda duk kat paha,
sekali tengok tangan dia merayap,
sekali aku sound, boleh pulak dia pura2 mengigau
rasa nak lempang je
minta tukar seat dengan orang lain.

sekali lagi naik bas, lelaki muda duk sebelah(agak sebaya aku)
elok je mamat tu, tak ada kacau
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:38 PM | Show all posts
tq damm sbb tagged
dlm hati menjerit kesorakan dh ni
seb baik kt ofis..heheh

tp xbc lg
nk reply dulu

btw...tahniah!dah jadi ayah
panggil daddy damm lah

dan jgk tahniah utk keje kt tmpt baru nnt
lps raya atau tgh puasa
kt negara mana tu
anyway...syukur alhamdulillah murah rezeki
moga sampai bila2lah hendaknya
jgk utk semua forummers

ok2...nak start baca dah ni



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:46 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-4-2018 02:02 PM
“Kureng sikit la bert. Cepat na matinye. Aku nak macam haritu, henjut dulu sampai takde suara lepas ...

lelaki tak guna

anyway...video tape tu based on real action lh ye
rsnya hollywood pnh buat filem yg mcm ni
tp xigt filem ape


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:59 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 27-4-2018 02:46 PM
lelaki tak guna

anyway...video tape tu based on real action lh ye

snuff film kalo tak silap saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 03:20 PM | Show all posts
archilless replied at 27-4-2018 02:59 PM
snuff film kalo tak silap saya

bukan

tp bc jgk lh kt wiki psl snuff movie tu
origin jepun rupanya
back in 80s

real sgt smpaikn pelakon charlie sheen report ke fbi







Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 03:49 PM | Show all posts
dammerung replied at 27-4-2018 12:47 PM
Salam semua.
I am back. Sorry sebab lama tak update kerana empat sebab.

Tahniah Dam
jadik ayah dan selamat berhijrah tempat tinggal semoga maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 04:00 PM | Show all posts
tq for the stories bang damm. & congrates dh jadi ayah.

the 2nd story tu sgt disturbing. sangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2018 05:43 PM | Show all posts
Seleksi Cerita -Cerita Pendek Terpilih – Nostalgia 1989 hingga 1992 (Bahagian II)

Tangga Batu (1991)

Cuti akhir tahun 1991, seperti biasa Linda yang ketika itu berusia 7 tahun dihantar pulang ke kampung halaman di Melaka. Ketika itu musim tengkujuh dan satu-satunya padang di kampung telah menjadi tempat istirehat kerbau-kerbau belaan berkubang.

Terdapat sebuah tinggalan rumah berdekatan rumah kampung Linda. Hanya tangga batu yang tinggal. Disebabkan terdapat kawasan simen luas bersambung dengan tangga tersebut, ia menjadi tempat bermain Linda dan anak-anak kampung lain sekitar umurnya.

Sebelum cerita diteruskan, ingin aku sampaikan makluman dari pencerita bahawa ini bukan kisah hantu, dan iya, cerita ini berkenaan dengan tangga batu dan merupakan pengalaman aneh yang tak akan dilupakan Linda. Kalau ada yang expect ada jembalang ke pontianak muncul di tangga tersebut, nope, tak ada. Tapi...

Begini sambungan ceritanya...

Sedikit lagi penerangan tentang tangga batu. Ia agak besar, boleh muat 10 orang budak sekolah rendah kalau duduk memanjang di anak tangga paling bawah. Kalau tangga batu melayu Melaka biasanya kecil molek, ini ada dua bahagian. Bahagian pertama lurus naik ke atas, sekitar 20 anak tangga. Terdapat serambi atau beranda lebih kurang 2m x 2m kemudian bersambung ke kiri naik atas sekitar 10 anak tangga lagi.

Di belakang tangga dulu merupakan bahagian bawah rumah tradisional melayu dimana masih terdapat beberapa tinggalan tiang kayu yang masih utuh.

Memang seronoklah waktu itu semua orang main sama-sama. Budak-budak lelaki conquer kawasan simen lapang buat main bola, kejar-kejar dan sebagainya manakala budak-budak perempuan dapat tangga batu.

Ada kalanya budak lelaki main game budak jantan dan budak perempuan dengan main masak-masaknya,  dan ada waktu mereka main sama-sama lelaki dan perempuan. Seingat Linda memang tak pernah bergaduh dan senang semua main bersama samada main masak-masak/kawin-kawin mahupun main polis sentri.

Tangga batu itu pun sendiri memang unik. Ditekap dengan jubin-jubin seramik, tangga tersebut dihiasi lukisan pemandangan yang cantik. Seingat Linda ada burung bangau, matahari naik, terbenam dan pantai macam itu lah. Di tiang pemegangnya pula terdapat ukiran halus motif geometri macam yang terdapat di masjid-masjid besar. Apa yang anehnya, dah bertahun-tahun ditinggalkan, struktur tangga masih lagi kelihatan baru, tak nampak pudar macam hari-hari ada yang polish jubin-jubinnya.

Pada satu hari, mereka bermain polis sentri. Tangga jadi rumah pencuri jadi memang riuh lah kawasan tangga. Kejar dan lari sana sini, tolak-menolak, salah seorang tersiku satu jubin di struktur pemegang sebelah kiri.

Jubin terbuka, seperti pintu peti besi. Di dalamnya ada kunci besi berkarat. Seronoklah semua orang. Ada yang bergurau pergi naik sampai hujung tangga dan pura-pura buka pintu pakai kunci tersebut.

Linda teringat akan sesuatu. Dinding belakang tangga ada sebuah pintu besi. Selama ini mereka tak ambil peduli akan pintu tersebut kerana berkunci dan tak ada pemegang. Lagipun pintu itu mungkin stor tempat simpan barang. Tapi sekarang mereka ada kunci, dan ada lubang kunci, mungkin kah...

"Jimi, tu kunci pintu belakang tangga ni tak?" kata Linda membuatkan semua tiba-tiba senyap.

Pantas semua berkumpul di belakang tangga. Jimi, de facto leader budak-budak lelaki disitu memasukkan kunci karat ke lubang kunci pintu setinggi lebih kurang 1 meter.

'Ketak' satu bunyi besi berlaga sebaik kunci diputar. Perfect fit.

Daun pintu terkuak membolehkan mereka membukanya. Di dalam seperti apa yang dijangka, ruang stor dengan dua rak besi karat kosong mengapit dinding.

Di hujung terdapat bukaan. Didapati ia merupakan tangga menuju ke bawah. Oleh kerana dah tengahari, eksplorasi penemuan terbaru terpaksa ditangguhkan kerana semua kena balik makan tengahari, kalau tak kena piat telinga.

Sebelum bersurai, mereka berpakat untuk kembali lepas mak masing-masing tidur siang (lebih kurang 3pm) dan membawa peralatan ekplorasi seperti lilin dan ubat nyamuk.

Dipendekkan cerita dari 10 orang tadi, cuma 4 orang yang berjaya keluar rumah tengahari itu. Linda dan dua sepupunya, Kasih dan Omar dan Firdaus, teman rapat Jimi.

Firdaus memberitahu bahawa Jimi dikurung emaknya kerana tak lancar sifir 6. Manakala yang lain rata-rata tak dibenarkan keluar rumah kerana panas terik, takut demam.

Mungkin kerana 4 orang itu tinggal dengan atuk dan nenek jadi tak ada masalah nak merayau tak tentu hala di kampung. Anyway, back to the story. Berbekalkan lilin yang dipacak atas piring kopi, Omar selaku orang paling tinggi di antara mereka mengetuai delegasi.

"Woii aku takutla..aku takutlaa..." kata Omar tak henti-henti sewaktu mereka menuruni anak tangga. Nyamuk bermain riang di telinga dan kalau tak kerana batang-batang ubat nyamuk Fumakilla yang menyengit hidung mungkin dah kering darah dalam tubuh mereka disedut nyamuk-nyamuk durjana.

Mereka menuruni tangga perlahan-lahan sehingga tiada lagi anak tangga untuk dituruni. Bengang dengan perangai penakut si Omar, Linda menyentap piring lilin dari tangan sepupunya. Disuluh sekeliling.

"Damm, mungkin susah kau nak percaya, tapi kat bawah tu macam...basement" kata Linda sambil menyalakan sebatang rokok.

"Maksud kau?" tanya aku sambil kembali menyimpan dalam poket kotak rokok aku yang hanya tinggal beberapa batang, takut dihabiskan Linda.

"Camane aku nak cakap eh" asap berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidung gadis genit berkulit sawo matang itu.

"Ada tiang-tiang kayu"

Linda mendapati tiang-tiang tersebut penuh dengan kesan cakar. Palitan-palitan merah seperti darah memenuhi ruangan setiap kayu.

"Aku takutlah Linda, jomlah balik" pujuk Kasih yang dah nak menangis.

Tanpa banyak cakap, mereka segera naik semula ke atas dan terus pulang ke rumah tanpa berkata apa-apa.

Malam itu sewaktu makan malam ada orang memberi salam. Di luar mak dan ayah Firdaus berserta Firdaus yang bengkak mata menangis berdiri di depan rumah.

"Cik Ecah, ni haa bebudak main-main kat rumah lame tuu" kata mak kepada Firdaus. Nenek dah menjeling kepada Linda dan sepupu-sepupunya.

Dipendekkan cerita, selepas itu kawasan tangga batu menjadi kawasan larangan. Tiada siapa dibenarkan mendekatinya. Pihak jabatan daerah pun mengambil tindakan memagar kawasan tersebut.

Tahun berlalu dan tak salah Linda ketika bersekolah menengah, barulah nenek menceritakan bahawa rumah itu dulu merupakan rumah pembesar kampung itu dan sewaktu Perang Dunia Kedua dijadikan markas tentera Jepun.

Basement yang mereka jumpa itu dikatakan tempat tentera Jepun menyimpan gundik-gundik habuan seks dan setiap malam boleh terdengar wanita-wanita malang terpekik melolong diseksa.

Apa-apa pun kata Linda "Nasib baikkk aku tak nampak hantu time tu" dan tiada perkara aneh terjadi kepadanya mahupun sepupu-sepupunya. Firdaus? Wallahualam.

Bersambung ke cerita untuk tahun 1992

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.149228 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list