Edited by GhostWalking at 12-1-2016 06:32 AM
Pemilihan novel Pantai Kasih dipersoalkanPemilihan novel Pantai Kasih oleh Kementerian Pendidikan dipersoalkan orang ramai. - Foto Facebook Faiez Ali
[size=100%]KUALA LUMPUR, 11 Januari:Pemilihan novel Pantai Kasih untuk komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan empat oleh Kementerian Pendidikan dipersoalkan orang ramai menerusi laman media sosial.
Menerusi Facebook, seorang pengguna, Faiez Ali meluahkan rasa tidak puas hatinya ke atas pemilihan novel itu, kerana berpendapat, novel yang mengisahkan para doktor dan jururawat itu tidak sesuai untuk diketengahkan sebagai bahan pendidikan buat pelajar tingkatan empat.
Menurutnya, novel itu menceritakan tugas doktor dan jururawat di sebuah hospital swasta yang melayan datuk, datin dan golongan kaya serta kereta mewah yang dinaiki mereka.
“Dalam cerita ini, ada doktor naik Porsche, ada doktor naik Volvo 960. Ada doktor tinggal di kondominium yang macam hotel. Ada doktor miang suka menggetis dengan jururawat. Ada doktor psycho dan angkuh. Ada doktor yang sakit jiwa dan delusional. Ada doktor bercinta dengan doktor. Ada doktor nak bercinta dengan nurse.
“Entah kenapa la novel macam ini boleh masuk dalam silibus pendidikan kita?” soalnya
Tambah Faiez, perbezaan kualiti novel itu serta novel bagi Bahasa Inggeris tingkatan lima, iaitu Catch Us If You Can (CUIYC) pada 2015 dan Sing To The Dawn (STTD) pada 2016, umpama langit dengan bumi.
Jelasnya, novel CUIYC mengajar anak-anak untuk menjadi tabah, walaupun mereka anak yatim, selain berdikari, manakala STTD pula mengajar anak-anak supaya menghormati kelebihan golongan wanita, di samping membawa suara golongan petani yang sering diperah pemodal kapitalis dan elitis nan tamak haloba.
“Jika ada pun, pengajaran yang berbaloi dipelajari dalam novel Pantai Kasih ini adalah tentang bagaimana manusia jangan bergantung kepada manusia, sebaliknya berserah kepada Tuhan sepenuhnya.
“Lihat kualiti penulisan Bahasa Melayu kita sejak akhir-akhir ini. Rasa sedih betul,” ujarnya.
Status itu menjadi viral di media sosial, apabila mendapat lebih 1,400 like serta dikongsi sebanyak 496 kali.
Pendapat Faiez itu turut dikongsi pengguna Internet lain, apabila Fareez Abidin turut mempertikaikan bagaimana novel itu boleh terpilih untuk pendidikan pelajar.
“Novel mcm ni masuk silibus? Apa pengajaran dr novel ni?” soalnya.
Nur Afifah pula berpendapat, pemilihan novel itu tidak memberi manfaat kepada pelajar.
“Sampah! Tambah merosakkan anak muda,” tegasnya.
s
|