CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23020|Reply: 160

Cerita di Kg Baru

[Copy link]
Post time 15-1-2016 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Intro penghuni rumah:
1. Asha
2. Afifah
3. Jazlin (aku)
4. Jasmin (adik aku)
Asha & Afifah adik beradik

nak cerita sebab baru jadi malam tadi..

Nama aku Jazlin. aku duk menyewa dengan kawan & adik aku kat Kg Baru KL. Minggu ni kat rumah cuma tinggal aku dan Afifah sebab Asha & Jasmin takda - sorg outstation, sorg lagi pi bercuti.

pastu malam tadi dalam pukul 11pm Afifah dah masuk tidur. pastu tiba-tiba pukul 12 lebih dia keluar bilik dengan muka cuak pandang aku. aku masa tu tengah tgk tv, tanya la "ko kenapa? tak tidur lagi ke?"
pastu terus dia tanya "boleh tak aku nak tidur dengan ko?" kami bilik asing2. Rumah ada 3 bilik.
Aku pun tanya kenapa? Dengan muka cuak dia cakap dia sesak nafas macam kena tindih. AKu pun suruh dia masuk bilik aku.
Pastu masa dalam bilik aku, dia cakap dia rasa macam ada orang cekik dia. Aku pun suruh dia tidur je takyah cakap banyak2. Kang elok2 aku tak takut jadi takut pulak.
So aku sambung tengok tv.

Sampai pukul 1pagi dekat pukul 2 jugak la aku baru nak tidur sebab sempat tgk siaran ulangan cerita Cinta Si Wedding Planner.

Aku masuk tidur.. dan baring la nak tidur macam biasa..

Pastu aku mimpi.. aku naik kapal laut.. laut pulak bergelora, air golap hitam pekat.. pastu kapal berlabuh kat mana tah datang satu susuk tubuh laki nak rogol aku. Yang aku ingat susuk tubuh laki tu gelap hitam.
Dalam mimpi tu aku jerit sekuat hati. Sekuat kuat hati aku jerit sampai lah aku terjaga dan aku tengah menjerit. Aku terkejut berdebar-debar terus jantung.
Kawan aku yang tidur kat sebelah ni lagi lah terkejut, dia pegang tangan aku tanya "beb, ko ok tak. Apsal ko jerit?"
Aku pun cakap "Aku mimpi..dah la tidur"
"kuat nya ko jerit, ko mimpi apa" dia tanya.
"dah la tidur, takde pape, mimpi." tu je aku jawab.
hati aku terus rasa tak sedap.jantung dupdupdupdup laju gila.

*notes: kami dua2 tengah period.

Pastu terus aku bukak phone tgk jam 3am, bukak youtube, bukak bacaan ayat kursi. ayat tu continuos dibaca selama sejam (habis baca habis baca) aku tgk timing habis bacaan dalam sejam.
aku letak bawah bantal, pastu ikut baca dalam hati dan aku pun tidur dengan tenangnya...

Rupa2nya masa aku tidur tu.. Kwn sebelah aku ni dengar aku menangis. Dia sangkakan aku yg menangis sebab nightmare sampai jerit pastu aku nangis.
Sampai la tiba2suara orang nangis tu betul2 kat tepi telinga dia dan org nangis tu mengongoi tepi bahu dia terus kawan aku tersentak dan masa tu meremang bulu roma dia dan dia tak dapat tidur sampai dekat nak azan.

Pagi bangun mandi nak gi keja, dia tanya aku kenapa nangis. aku pun tnya balik bila aku nangis? Pastu dia pun bgtau la dia dengar orang nangis masa aku bukak ayat kursi tu.
dia tnya aku lagi memang bukan aku ke yg menangis. aku cakap tak. bukan aku. aku tidur tenang dan lepas bukak ayat kursi tu aku terus dapat tidur sedap.

Pastu aku cakap la kat dia, aku rasa ko balik la umah mak ko harini (jumaat) lepas kerja. balik bgtau mak ko. family dia duk Rawang so dkt je la nak balik. pastu dia cakap mmg dia nak balik.

.............................
Bila dah jadi mcm tu malam tadi, aku teringat la cerita tahun lepas. Hari Ahad aku ingat lagi.
Aku dah turun beli breakfast, dah basuh baju sidai baju, sapu sampah, mop rumah, pastu lepak depan tv. Budak umah aku ni takde. Masa tu duk rumah tu cuma aku dan Asha. Afifah & Jasmin belum menyewa dgn kami lagi.
Asha pulak memang selalu outstation. Minggu tu dia kena ke Miri.
Masa tgh lepak depan tv tu aku tiba2 rasa ngantuk-tgk jam ehh awal lagi lebih kurang dalam 11.30pagi.
Aku pun ambik bantal tidur depan tv - atas carpet. Sebijik bantal alas kepala, sebijik bantal lagi aku letak atas kepala. Kira nya badan aku selevel dgn lantai dan kepala kena kepit dgn 2bijik bantal macam burger.
macam ni.


pastu tidur......
Masa tgh tidur tu tiba2 aku dengar orang berjalan. Aku pun celik mata intai di celah2 bantal, nampak ada kaki berjalan dalam rumah. Aku pun dalam hati cakap "oh Asha dah balik outstation"
Pejam mata , tidur balik. Pastu tiba2 Asha ni jalan dia pijak nya kepala aku. Aku terkejut trus maki dalam hati je la "sial pijak kepala gua. agak2 la aku tgh tidur ni" tapi position tetap tidur takmo bangun sbb mmg tgh sedap.
Ingat nak sound jap lagi lepas bangun tidur. Sambung tidur.

Pastu bangun tidur tgk2 jam dalam pukul 2ptg dah. Bangun. Tgk kiri kana "eh mana Asha"
Jenguk bilik tgk "eh.. mana beg2 dia" Sebab kalau dia dah balik aku tau ada beg2, tudung atas katil. Mana pulak dia pegi.

Aku pun wassap dia tnya dia kat mana keluar ke.
Dia reply - dia masih di Miri. Seminggu lagi kat sana.
Aku trus glupppp aduhhh
Tapi aku terus bangun gi bilik belakang terus hentak pintu bukak sbb nak tahu sapa yg jalan dalam rumah aku tadi. Tgk2 takde orang.
Pastu serbu bilik air, bukak tgk2 takde sapa kosong.

Haihh.. duk jap. Pastu aku cakap dalam hati, biarlah. Janji aku tak cedera sudah. Sebab aku rasa mungkin kaki yang pijak kepala aku tu marah agaknya aku tidur tgh2 rumah dia nak lalu susah. Agaknya lah.

Itu lah kisah aku. Kalau tak seram sorry ya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2016 12:33 PM | Show all posts
EH kuang hajo nye hantu.
main pijak2 kepala lak dia. x sakit ke masa ko kena pijak tu?
even alas bantal
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh selambe main pijak. Kepala pulak tu. Mungkin la kot dia nak lalu tempat tu tapi u dok dekat laluan dia kot.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Best tt harap ada lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 01:13 PM | Show all posts
sory nak tny....mengongoi tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kg baru tu dh penuh yindon je...takut gak la ada yg try2 ilmu ke...teringat bideo yindon 2 ekor tabur2 apa ntah depan satu kedai tu..single girls ddk sama better be xtra careful
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2016 01:52 PM | Show all posts
hantu bangun tengahari kot..
jalan mata tertutup..
tu yg terpijak tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 01:58 PM | Show all posts
kg baru area mana cik jazlin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2016 02:13 PM | Show all posts
satu cerita je ke? aku pn penah duduk area kampung baru
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 02:13 PM | Show all posts
Pergh umah tuh mmg ade penghuni lain kut..as long as dia tak menampakkan muka ..die usik ringan2 je..tp kiranya ko berani lah gak walaupun dh dipijak kepala dek hantu itu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 02:36 PM | Show all posts
errr...ko mmg berani jazlin

jazlin..ko penah post kat memana ke?
aku mcm penah tgk nama jazlin n citer pasal seram2 ni tp x ingat kat mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 02:47 PM | Show all posts
beldandy replied at 15-1-2016 02:36 PM
errr...ko mmg berani jazlin

jazlin..ko penah post kat memana ke?

takda di mana2. ni baru pertama kali cerita. pastu nama tu bukan nama sebenar aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 02:48 PM | Show all posts
Noyen replied at 15-1-2016 12:33 PM
EH kuang hajo nye hantu.
main pijak2 kepala lak dia. x sakit ke masa ko kena pijak tu?
even alas b ...

takde rasa sakit tapi senget jugak la position kepala mak kene pijak hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 02:49 PM | Show all posts
nsmj replied at 15-1-2016 12:44 PM
Pergh selambe main pijak. Kepala pulak tu. Mungkin la kot dia nak lalu tempat tu tapi u dok dekat la ...

tu lah pasal selamba dia main pijak kepala aku. mungkin dia lalu , aku pulak gi tdo. dipijaknya trus pala aku. siot punya hantu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 02:50 PM | Show all posts

hehehe kalau cerita dalam forum best lah.. sian kat budak umah kalau kena usik.. harap2 takde dah laa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 02:51 PM | Show all posts
MizzTyco replied at 15-1-2016 02:13 PM
Pergh umah tuh mmg ade penghuni lain kut..as long as dia tak menampakkan muka ..die usik ringan2 j ...

nak kata berani sgt tu tak, tapi aku fikir selagi hantu tu tak mendatangkan kecederaan kat aku takpe lah duduk jelah serumah.
dah la duduk free tak bayar sewa, harap takde la dia usik teruk2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2016 02:54 PM | Show all posts
fulusss replied at 15-1-2016 02:13 PM
satu cerita je ke? aku pn penah duduk area kampung baru

tu je cerita nya... kalau ada bila2 nanti aku cerita lagi.. tapi harap dah takde dah la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 02:59 PM | Show all posts
vionna007 replied at 15-1-2016 01:13 PM
sory nak tny....mengongoi tu apa?

ni ha maksudnya. aku pun tak reti nak explain gugel sajok


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 03:01 PM | Show all posts
fulusss replied at 15-1-2016 02:13 PM
satu cerita je ke? aku pn penah duduk area kampung baru

pernah duduk kg baru ke? kat mana? best duduk sini sbb dekat dgn LRT ni ha senang nak gi keje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2016 03:02 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 15-1-2016 01:58 PM
kg baru area mana cik jazlin?

flat kg baru tu. sebelah lrt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.439722 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list