View: 8837|Reply: 54
|
Shah Iskandar-Siti Sarah sah bergelar suami isteri
[Copy link]
|
|
Edited by bini_fl at 18-1-2016 02:08 PM
Oleh Zaidi Mohamad [email protected]
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon kelahiran Singapura yang mencipta nama di negara ini, Shah Iskandar Mahfuz, 33, selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Siti Sarah Mohd Noor, 30.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di The Ballroom @east Coast, Singapura, jam 4 petang tadi. Pada upacara ringkas yang dihadiri lebih 200 tetamu itu, Shah yang berasal dari Woodlands turut menyerahkan mas kahwin iaitu sebentuk cincin emas dan wang hantaran berjumlah RM30,000.
Pasangan mempelai turut berbalas dua dulang hantaran. "Alhamdulillah, fasa baharu dalam hidup saya dan isteri sudah bermula. Tiada apa yang saya pinta, kecuali kehidupan kami akan terus diberikan Allah SWT. Memikirkan usia masing-masing sudah matang, kami memilih untuk terus bernikah tanpa bertunang bagi memudahkan segala urusan," katanya.
Shah yang pernah dua kali dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada edisi 2013 dan 2014 berkata, dirinya tertarik untuk menyunting Sarah sebagai suri hidupnya kerana wanita itu penyabar, baik hati serta memahami kerjaya seninya.
Pertemuan mereka diaturkan oleh kakak Sarah atas urusan perniagaan. Ketika itu, Sarah yang mengusahakan produk kecantikan ingin meminta bantuan Shah untuk mempromosikannya di Instagram. Hanya tahun lalu, hubungan mereka semakin akrab seterusnya membawa ke jenjang pelamin. "Sejak awal perkenalan, saya mengambil langkah selamat dengan tidak terlalu menggembar-gemburkan hubungan kami. Hanya selepas mengenali lebih rapat dan bertemu keluarga, saya yakin Sarah ialah jodoh yang tertulis. Alhamdulillah, niat suci kami diberkati Allah," katanya. Selesai majlis pernikahan disusuli resepsi di Singapura, pasangan ini akan sekali lagi diraikan di Shah Alam pada 16 April depan. Shah berkata, majlis resepsi mereka di ibu negara terpaksa dilewatkan disebabkan dirinya terikat dengan komitmen sebagai pengacara untuk program realiti pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan dan pengacaraan, Anugerah Skrin di Singapura selama tiga bulan. "Bakat saya dicungkil menerusi pertandingan itu dan kemunculan semula dalam program terbabit, seolah-olah mengimbau semula perjalanan yang saya lalui dulu. Cuma pengalaman kali ini berbeza apabila saya kembali sebagai pengacara," katanya. Shah mula dikenali di negara ini selepas menerima pelawaan Datuk Yusof Haslam dengan membintangi drama bersiri Gerak Khas pada tahun 2009. Dalam drama itu, Shah membawakan watak inspektor polis bernama Hisyam iaitu anak kepada Sarjan Misai lakonan A Galak.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/114983
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tahun depan mesti heshe menang lagi ABPBH.... banyak drama dia thun lepas yg meletop chuols ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tapi heshe menten sendu...camno? ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sesama seberang tambak ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 16-1-2016 07:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CrowneGlory replied at 16-1-2016 06:48 PM
Sesama seberang tambak ke apa..
bini dia asal malaysia kot |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah , semakin sendu lah ko nok . |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 16-1-2016 07:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
JENABREJAM89 replied at 16-1-2016 07:53 PM
Tahniah , semakin sendu lah ko nok .
Harus laa..sesendu threadss heols jua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kata pelakon tv lelaki popular..pesal tread ni sendu.. mana peminat heols ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dia nih guru mengajar kelas pendidikan khas kan? knp tinggalkn kerjaya mulia tu ye?berlakon nih apa la sgt bro |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik inai ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sendunya heshe. Apa pun tahniah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tred dibuka pd jam 5.58pm
Now dah 11.10pm baru 12 komen?
Nampak benor shah iskandar ni senduuuuuuuuuuu ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
selamat tepantin baru yang oi |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak ingat heols berlakon cerita apa ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu hero drama yg turn off |
|
|
|
|
|
|
|
Shah ni cepat sgt jadik sendu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sendunya benang kawen heshe ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Kalau mng lagi abp, tak tau nk ckp apa lagi |
|
|
|
|
|
|
|
elamor replied at 17-1-2016 12:44 AM
dah tak ingat heols berlakon cerita apa
Dia ni faizal af4 versi mandi ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dia sendu tp camne leh menang abp ye.![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|