CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2828|Reply: 8

Malihom Penang! Percutian Di Bangsal Padi Yang Mewah

[Copy link]
Post time 18-1-2016 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Percutian di dalam kawasan rimbunan hutan dan jauh dari kesibukan bandar menjadi trend masa kini.

Malihom di Balik Pulau, Pulau Pinang ini terletak di sebuah ladang yang seluas 16 ekar di atas puncak bukit. Tetapi ia bukanlah ladang biasa. Ia asalnya merupakan bangsal padi. Terdapat koleksi mewah dalam bangsal padi ini yang telah ditukar menjadi sebuah penginapan untuk percutian orang ramai.

Diberi nama Malihom bermaksud 'kampung beras wangi'. Setiap bangsal juga mempunyai nama yang tersendiri.

Lokasi ini terletak 16 kilometer (km) dari Spice Arena iaitu Stadium Tertutup dan 18 km dari Kelab Golf Pulau Pinang.

Mempunyai 8 bangsal padi atau beras tradisional Thai direka secara berasingan untuk disewa dan mempunyai taman-taman atau dek peribadi yang esklusif. Setiap bangsal mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan disediakan dengan penyaman udara, TV skrin- rata, pemain DVD dan bar mini. Terdapat juga buaian buluh dan kolam renang. Perkhidmatan urut juga disediakan.

Harga bilik adalah daripada RM670 semalaman. Bercuti satu keluarga pasti seronok! - CARI Infonet






































Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 04:15 PM | Show all posts
pergghhhh RM670 semalaman???? kalau honeymoon berbaloi ke x eh??
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 11:09 AM | Show all posts
klu betul2 nak release tension..bole la mai sini...tp anak2 kena tinggal umah tok..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 12:40 PM | Show all posts
vionna007: klu betul2 nak release tension..bole la mai sini...tp anak2 kena tinggal umah tok..


kenapa tggalkan anak2 tu?? nak bg adik ler tu... heeeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 01:28 PM | Show all posts
xtau pun ada malihom ni...ingat nk pegi la...skali tgk harga mak aiii...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 11:11 PM | Show all posts
Cantiknye tempat ni......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2016 11:20 PM | Show all posts
Cam seramm jahh..hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 08:40 PM | Show all posts
Malaysia pon ada tempat yg best.tp nape mahal sgt.hurrrmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2016 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Da lama tak pegi penang..last pegi zaman skola kot.. Skrg anak da nak masuk 3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.078847 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list