CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11327|Reply: 192

[Tempatan] Hina sangat ke kerja potong rumput? – Dr Azizan

[Copy link]
Post time 18-1-2016 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Hina sangat ke kerja potong rumput? – Dr Azizan
Pakar motivasi yang juga usahawan, Dr Azizan Osman berkata bahawa beliau memberikan contoh perniagaan tanpa memerlukan modal besar seperti upah potong rumput, cuci karpet, basuh dan basuh kereta, namun penjelasan yang diterimanya mengundang rasa marah individu tersebut. - Foto Facebook Azizan Osman



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 18 Januari:
Seorang pengguna sosial yang tidak dikenali berang setelah mempertikaikan jawapan yang diberikan pakar motivasi yang juga usahawan, Dr Azizan Osman mengenai berniaga dengan permulaan modal kecil.

Di Facebooknya, Dr Azizan berkata bahawa beliau memberikan contoh perniagaan tanpa memerlukan modal besar seperti upah potong rumput, cuci karpet, basuh dan basuh kereta, namun penjelasan yang diterimanya mengundang rasa marah individu tersebut.

“Orang ini marah bila saya cakap berniaga boleh berjaya dan bermula dengan modal kecil. Mulakan apa yang mampu.

“Saya beri contoh, dia boleh mulakan dengan ambil upah potong rumput, cuci karpet, basuh kereta kerana ini semua berniaga yang boleh mula tanpa modal besar, tiba-tiba dia marah bila saya cakap begitu.

“Ha, itu jawabnya. Apa hina sangat ke kerja potong rumput?,” katanya.

Sebelum itu, individu itu dengan marahnya mempertikaikan cadangan contoh perniagaan yang diutarakan Dr Azizan dengan menyamakan diri seperti ‘indon dan bangla’.

“Encik ingat saya ini Indon dan Bangla ke…nak buat kerja macam tu.. encik pun tak nak suruh anak encik kerja macam tu kan,” kata individu tersebut.

Namun dalam jawapan balasnya, Dr Azizan berkata kerja-kerja yang dicadangnya itu disifatkan sumber rezeki halal di mana pernah dilakukannya satu ketika dulu.

“Kenapa nak tunggu jadi Bangla baru nak berniaga? Satu haru 10 rumah boleh dapat RM300-RM500, 30 hari? RM9,000-RM15,000.

“Lepas setahun dua, kumpul duit ada RM60,000-RM100,000 dah boleh mula berniaga karpet. Lama-lama jadi tauke karpet dan ada pekerja potong rumput dalam 20-40 orang. Dapatlah income RM50k ke atas sebulan.

“Yang tak Bangla ni buat apa? Dok berangan nak buka bisnes besar-besar pakai modal banyak? Tak nak mula dari bawah, kan?” soalnya.

Status tersebut mendapat sokongan daripada netizen yang setuju dengan Dr Azizan.

Zaidi Sanusi berkata: “Bangsa asing pun tahu negara ini lubuk rezeki berduyun-duyun berebut nak masuk sini. Macam-macam kerja ada semuanya berduit, ada kerja ada gaji jangan la memilih sangat.”

Farah Shahzaliana berkata: “Maaf cakap. Kadang-kadang orang Malaysia terutama sebahagian Melayu lebih suka disuap untuk bekerja. Tak nak susah. Semuanya nak disediakan depan mata.

Bagi Shahrin Mohamed: “Inilah orang yang tiada sikap untuk memajukan kehidupan. Bila tengok warga asing hidup senang salahkan warga asing.”


S

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2016 06:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 06:27 PM | Show all posts
tp betul ke dr azizan kenakan bayaran utk seminar?

hina sangat ke kalau bagi free
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Even tak suka dr azizan ni..ai setuju ckp dia.
Esp org susah yg anak byk tu, iftak byk modal utk berniaga..apa kata amik upah potong rumput, bersihkan keliling rmh/kebun, or kemas rumah. Ajak anak2 yg ramai tu lps sekolah buat keja sesama or during weekend.
At least kita nmpk usaha diorg drp meratib tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 06:34 PM | Show all posts
dewimalam78 replied at 18-1-2016 06:32 PM
Even tak suka dr azizan ni..ai setuju ckp dia.
Esp org susah yg anak byk tu, iftak byk modal utk be ...

upah  harga patut buat kerja bagus mesti ramai nak    ambil kan


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 06:34 PM | Show all posts
tp Dr. Azizan berniaga xguna kudrat , jual air liur saja....juta2 masuk masyukkkkkkkk katanya


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2016 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagendas replied at 18-1-2016 06:27 PM
tp betul ke dr azizan kenakan bayaran utk seminar?

hina sangat ke kalau bagi free

Minyak keta dan mknnya siapa blanje ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 06:37 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 18-1-2016 06:34 PM
Minyak keta dan mknnya siapa blanje ye

kongsi ilmu dapat pahala incik ..
tp betul kata2 dia tu


melayu malu nk buat keje2 mcm tu

potong rumput. kutip sampah.

sanggup melepak kedai kopi main dam haji ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb org yg berpikiran mcm mamat melayu tu la kerja2 potong rumput, cuci kereta, angkut sampah semua tu rakyat asing yg buat. padahal tak ada salah dan hina pun keja2 tu. hujung2 gaduh kenapa ramai pendatang cari mkn kat sini. keja ko mmg kemplen je kan pakcik?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 06:51 PM | Show all posts
Edited by _______ at 18-1-2016 08:10 PM

Hina sikit je. Macam jual kapet gak. .
-edit-
@menjad
Lu miskin pemalas lagi mau bersyarah . Porah




Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 06:55 PM | Show all posts
melayu pemalas... nak jadik boss jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 07:19 PM | Show all posts
soalan simple....

babun ni buat tak keje potong rumput tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju
tak sangka coming from his mouth
i dont like him
@axl_bach
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 07:42 PM | Show all posts
yg pasti mmg hina bisnes modal air liur je

tapi super hina sitolol2 yg bayar mahal lepas tu takde hasil pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la ckp dia tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 07:46 PM | Show all posts
Dia ni idola @axl_bach


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja mulia .tapi orang kita pandang hina.tak percaya suruh anak kita yg ada degree tapi menganggur apply kerja kutip sampah dia nak tak? Jangan kata anak kita .kita pun malu. Ikhlas cakap la toksah tipu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 18-1-2016 06:23 PM
@axl_bach

Siot ko,  tau jer makanan aku..... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bateesta replied at 18-1-2016 07:19 PM
soalan simple....

babun ni buat tak keje potong rumput tu

Klu bc comment dia... Dia ada ckp pernah potong rumput n cuci kete klu x silap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.114440 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list