|
SINGAPURA – Seorang pembantu rumah di sini dihukum penjara dua setengah tahun selepas didapati bersalah mencuri barang kemas milik majikannya yang bernilai hampir AS$278,000 (RM1.2 juta).
Menurut akhbar Straits Times, tertuduh, Mary Jane Importante Escalona, 48, didapati bersalah mencuri barangan kemas dan wang tunai antara tahun 2014 hingga Oktober 2015.
Escalona yang berasal dari Filipina telah menjual barangan kemas berke­naan di kedai pajak gadai tetapi hilang semua wang itu selepas kalah semasa berjudi di kasino.
Dia bekerja dengan keluarga majikannya sejak enam tahun lalu dan mencuri barangan seperti cincin dan subang berlian.
Kesemua barangan berkenaan bernilai antara AS$3,000 (RM13,100) hingga AS$100,000 (RM437,000), malah satu gelang emas yang bernilai (RM21,850) ditemui di dalam biliknya.
Mengikut undang-undang, seseorang amah yang mencuri boleh dikenakan hukuman se­hingga tujuh tahun penjara atau denda bagi setiap satu kesalahan. – dpa
|
|