CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1481|Reply: 10

[Dunia] China sokong negara Palestin

[Copy link]
Post time 23-1-2016 11:10 AM | Show all posts |Read mode
China sokong negara Palestin
23 Januari 2016


Jinping menzahirkan sokongan kepada penubuhan negara Palestin di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah, kelmarin. - Foto AFP

KAHERAH - MESIR . China telah menyatakan sokongan mereka terhadap penubuhan negara Palestin dan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Presiden Xi Jinping mengeluarkan kenyataan itu ketika berucap di ibu pejabat Liga Arab selepas memeterai perjanjian kerjasama dua hala bernilai berbilion dolar dengan Presiden Abdel Fattah al-Sisi di Kaherah, kelmarin.

"Penubuhan negara itu perlu dibuat berdasarkan garisan sempadan 1967.

"Saya menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak bagi menyambung semula rundingan damai Palestin-Israel yang tertangguh kerana kedegilan Tel Aviv untuk menghentikan projek penempatan haram Yahudi. Isu

Palestin menjadi asas penting kepada keamanan di Timur Tengah," katanya.

Menurutnya lagi, mereka sedang menyediakan satu mekanisme baharu bagi menggalakkan keamanan di rantau Arab selain menyokong usaha Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke arah matlamat itu.  

Beijing turut menyalurkan bantuan berjumlah AS$7.53 juta (RM32.2 juta)  kepada penduduk Palestin yang hidup di bawah sekatan haram Israel sejak sembilan tahun lalu. - Press TV
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2016 11:26 AM | Show all posts
akhirnya Dewi Kuan Yin bersetuju membantu Elohim
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 11:34 AM | Show all posts
lava kelakar sgh gambar avatar ko hari ni hahahahaha..... menangis la Yahudi berkerak dalam ni tengok berita ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 11:46 AM | Show all posts
lavapaus replied at 23-1-2016 11:26 AM
akhirnya Dewi Kuan Yin bersetuju membantu Elohim

bodo piang ko
komunis mn ada tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
China yg atheis pn tau gune sel2 otaknya pkir bahawa palestin ni ditindas oleh zionis israel.. Tapi yg idung pesek feeling yahudi kt sni lak gagal pkir dgn sempurna ttg apa yg berlaku selama ni kt palestin

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
lavapaus replied at 23-1-2016 11:26 AM
akhirnya Dewi Kuan Yin bersetuju membantu Elohim

Hey this is not the real lava.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2016 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamas x iktiraf garisan hijau...diorang nak complete negara Israel jd Palestin....so??? X nak lahar Hamas???
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 05:19 PM | Show all posts
batmana replied at 23-1-2016 11:59 AM
China yg atheis pn tau gune sel2 otaknya pkir bahawa palestin ni ditindas oleh zionis israel.. Tapi  ...

Bro, China memang berkerajaan komunis tapi tak bererti rakyatnya atheist. Semua rakyatnya bebas beragama walaupun mereka dari kumpulan minoriti.
Kalau China atheist, macam mana puak Han celebrate CNY? Kan kena pergi tokong sembah Buddha jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2016 05:21 PM | Show all posts
Btw, China memang selalu buat apa yang bertentangan dengan kuasa Barat terutama Amerika Syarikat. Selalu China dan rakan baiknya Russia akan gunakan kuasa veto untuk menentang hasrat kuasa Barat.

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
zonan4 replied at 23-1-2016 03:34 AM
lava kelakar sgh gambar avatar ko hari ni hahahahaha..... menangis la Yahudi berkerak dalam ni tengo ...

Tu bukan lava....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape2pun kite nak china hentikan penaklukan ke atas pulau spratly kalu x mmg china pun serupe yahudi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.085834 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list