Edited by Mary_jane at 31-1-2016 11:02 PM
LEONARDO DICAPRIO HABISKAN 5 JAM UNTUK SOLEKAN KESAN KHAS GIGITAN BERUANG DALAM THE REVENANTTeam The Revenant bertungkus lumus menyiapakn solekan kesan khas untuk Leonardo DiCaprio. Foto - www.boredpanda.com
Hugo Glass, watak Leonardo DiCaprio ketika saat cemas dibaham beruang. Foto – www.dailymail.co.uk
Solekan diwujudkan bagi memberi kesempurnaan atau kecantikan kepada seseorang. Dengan solekan sahaja, ia mampu memberi karektor pada wajah. Solekan ini berlainan dengan solekan kesan khas.
Walaupun menggunakan peralatan dan bahan yang hampir sama tetapi solekan kesan khas berupaya mengubah wajah seseorang kepada sesuatu yang luar daripada normal (menjadikan muka cacat, mencipta luka).
Satu adegan dalam filem The Revenant yang menampilkan Leonardo DiCaprio menunjukkan watak utama rakus dibaham oleh beruang besar boleh dikatakan salah satu babak paling mengerikan mungkin pernah anda tonton.
Dan untuk membuat luka Leonardo DiCaprio supaya terlihat realistik, didedahkan bahawa pelakon itu terpaksa menghabiskan masa sehingga lima jam bersama Duncan James, jurumekap khas dari Watford, Hertfordshire.
Bayangkan hanya untuk solekan kesan khas gigitan beruang sahaja.
Untuk pengetahuan anda, Duncan sebelum ini telah bekerja untuk Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 2, The Grand Budapest Hotel dan The Last Samurai.
Untuk filem The Revenant, Duncan dan pasukannya membuat kajian yang teliti dan mendapatkan maklumat sejarah mengenai luka, supaya mereka boleh membuatnya kelihatan realistik yang mungkin.
Sinopsis
Seorang penjerat (Leonardo DiCaprio) yang diserang oleh beruang dan dirompak serta ditinggalkan untuk mati oleh rakan-rakannya kini terperangkap dan perlu hidup dalam persekitaran yang ekstrim, iaitu cuaca sejuk dan juga berperang dengan puak Orang Asli Amerika.
Dia juga ingin membalas dendam terhadap mereka yang mengkhianatinya.
-wanista
|