Mata tak boleh berbohong !
kerana dari mata ia turun ke hati
dewan gamat dengan nyanyian ucap selamat
tapi kenapa kau terdiam berdiri ?
Walaupun diammu terpaku memerhati itu hanya beberapa saat cuma
tapi ia sangat bermakna
yang pasti mata sebenarnya mampu ‘berkata-kata’
lalu isi hati yang sebenar jelas tertayang disorot mata
Dan bila hati sarat dengan rasa yang tak terucap
hanya air mata pengganti emosi
cukup sekadar nak lahirkan rasa syukur yang terungkap
kerana dapat bersama sambut hari jadi
Barangkali impian yang di angan semasa di bumi epal besar dah jadi realiti ?
dapat tengok dengan mata sendiri si dia pegang kek hari jadi
walaupun sambutannya tiada privasi
tapi sangat bermakna..sebab sambut meriah sekali
malam ni si dara menang
malam ni si teruna tewas
si dara menang perhatian tak berbelah bagi
si teruna tewas tenggelam dengan perasaannya sendiri
Suasana emosi di saat riang
Bagaikan memberi jawapan yang kita nanti
Dalam dua keping hati ini tiapnya ada ruang
Untuk di isi sesuatu yang barangkali mereka sendiri tak pasti
Kerana hanya mereka berdua yang mengerti apa sedang terjadi
Dan doa kita semua di kampong ini akan sentiasa mengiringi
Setiap saat setiap masa agar mereka jaga diri jaga peribadi..
Sentiasa menerima dan memberi seikhlas hati
Semoga kejayaan sentiasa menyinari
Dengan izin tuhan ia pasti !
Dan bila selama ni kita dah salah sangka
kita kata si teruna tidak tetap hati dan tak tahu apa mahu diri
sebenarnya kita semua dah tersilap teka
Kita lupa si teruna lelaki biasa yang dirinya seringkali diuji
Maka dapatlah kita mengandaikan si teruna sebenarnya merindui si dara setengah mati
Buktinye bila mereka bertemu si teruna tak pernah sorok diri
Wajah sebenar itulah yang dipapari
Riang ketawa lepas bebas jadi diri sendiri !
Post time 1-2-2016 10:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
SalAm uol.. Terima kasih buat ain @shalady. Semoga kerangan kita memberi untuk impak positif buat sarip dan dik jan. Moga kita seronok berkerang dan saling mengingat agar tak jauh terjun di laut , tak tinggi gunung didaki.. Iol sayang semua ..
Post time 1-2-2016 10:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Assalamualaikum..morning..
Iols check in rumah baru dgn bismillah..
Thank u ain @shalady buat rumah yg cantik nie..
Semoga hari2 dikjan, sarip n org2 kg nie semua indah, indah dan terus indah..