CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2765|Reply: 10

[Dunia] Potong rumput guna pengisar

[Copy link]
Post time 1-2-2016 09:32 AM | Show all posts |Read mode
BRASILLIA 31 Jan. – Tidak perlu lagi mesin rumput untuk memotong rumput di halaman rumah, kini alat pengisar yang sering digunakan untuk mengisar cili boleh digunakan untuk melakukan tugas yang sama.

Seorang lelaki menggunakan alat pengisar untuk memotong rumput di halaman rumahnya di Brazil. Agensi

Perkara itu dibuktikan oleh seorang lelaki di sini apabila menggunakan pengisar yang diikat pada sebatang kayu untuk memotong rumput di rumahnya.

Menurut Mail Online, aksi lelaki itu yang dimuat naik dalam laman YouTube menunjukkan cara dia mengendali alat tersebut dengan hanya menekan butang yang terdapat pada pengisar ber­kenaan.

Lelaki tersebut mendakwa, dia mencipta mesin rumput baharu itu yang turut dilengkapi tempat pemegang, malah alat berkenaan lebih mudah digunakan dan mampu berfungsi dengan baik seperti mesin rumput biasa.

Walaupun alat berkenaan mampu memotong rumput dengan pantas, namun hasilnya tidak begitu memuaskan.
Ini kerana rumput yang dipotong tidak rapi seperti menggunakan mesin rumput berikutan terdapat beberapa bahagian yang tidak rata.

Namun inovasi yang dihasilkan oleh lelaki berkenaan disifatkan penyelamat jika anda yang benar-benar ‘terdesak’ untuk memastikan rumput di halaman terjaga rapi.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.d1ckMwqX.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerja bodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 11:45 AM | Show all posts
Lepas potong rumput kat lawn, bleh lah blend jus plak. Halusnya font tu tt. Naik power silau dibuatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Potong rumput tempat kucing kencing berak tu dgn blender?
Pastu bw masuk umah cuci2, blend cili plak ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 12:00 PM | Show all posts
takde video ke? teringin nak tengok kekreatifan beliau
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 12:10 PM | Show all posts
blender murah.........   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2016 12:21 PM | Show all posts
Mau.nya terbakor motor tu.  Dan bini beliau pun boleh terbakor time nak blender sayur tak jumpa blander.......
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 12:31 PM | Show all posts
ni projek aku dulu ni guna blender potong rumput panjangkan wire sbb still kene cucuk kat plug
kalo cara dia mmg nampak dummy sikit sbb pakai kayu je tp kalo buka housing blender tu pastu welding batang besi kat kedai besi akan nampak lebih real
nak pemotongan lebih sempurna kene guna mata dawai halus tp bahaya kalo dawai putus dan terbang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2016 01:10 PM | Show all posts
Tiada rotan akar berguna boleh guna time emergency je.  Untuk kegunaan harian elok le guna mesin sebenar, kang hasilnya tak rata mengcacatkan pemandangan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 09:31 AM | Show all posts
kreatif la jgk....

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 09:44 AM | Show all posts
chinatsu replied at 1-2-2016 12:00 PM
takde video ke? teringin nak tengok kekreatifan beliau


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.306999 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list