CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2534|Reply: 0

Kuih Bakul- Kuih Simbolik Tahun Baru Cina!

[Copy link]
Post time 1-2-2016 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto : google image



Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina.




Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya 'nian gao' di mana perkataan 'gao' bermaksud 'kuih' yang sebutannya sama seperti perkataan 'gao' yang bermaksud 'tinggi'.




Jadi 'Nian Gao' membawa maksud "semakin tahun semakin tinggi" atau ringkasnya "setiap tahun baru tiba, setingkat lagi kemajuan dicapai".




Bagi masyarakat Cina yang berkepercayaan Taoisme, Kuih Bakul atau Nian Gao merupakan makanan utama yang digunakan untuk upacara sembahyang kesyukuran terhadap Tuhan pada 6 hari sebelum tahun baru.




Ianya dipercayai kuih manisan yang melekit ini dipersembahkan untuk memujuk hati Dewa Dapur kerana ianya akan dapat 'memaniskan serta melekitkan mulut' semasa Dewa Dapur bakal pergi ke syurga untuk memberi lapuran tahunan kepada Maha Dewa Syurga.




Dengan ini ianya akan dapat memastikan Dewa Dapur memberi lapuran yang baik nanti mengenai rumah tangga tersebut.





sumber foto: google image



Kuih 'Nian Gao' hanya popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Malaysia, Tahiland, Vietnam dan Myamar ketika masyarakat Cina tempatan meraikan perayaan Tahun Baru Cina.




Di Indonesia, nama lainnya ialah 'Kue Keranjang' yang popular di Bogor and Yogyakarta semasa perayaan Imlek atau Tahun Baru Cina.





sumber foto: google image



Disebabkan keadaan kuih ini yang kenyal dan kental, ianya dapat tahan disimpan lama sampai berbulan-bulan sekirannya disimpan atau disejuk-beku dengan baik untuk dimakan lagi. Ianya gemar dimakan dengan digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek.




Bagi sesiapa yang berkeinginan untuk menghasilkan kuih bulan, berikut adalah langkah-langkah dan bahan-bahan yang diperlukan.






Bahan-bahan:
250 gm tepung pulut (di ayak)
80 gm gula pasir
200 gm gula merah
250 ml air
Beberapa helai daun pisang
Beberapa utas tali rafia (untuk mengikat tin berukuran 5cm lebar dan tinggi 10cm




Cara-caranya:
Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam mangkuk. Kacau sehingga larut dan biarkan selama 15 minit.
Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.
Tuangkan larutan gula tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.
Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahaguan atas tin, agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah)
Didihkan air dan kecilkan api
Tuangkan separuh adunan ke dalam tin. Kukus selama 10 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.086706 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list