CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51937|Reply: 433

[hapdate pg1] Bekas Isteri Salih Yaacob Kato Puncanya Ialah Kewangan!

[Copy link]
Post time 1-2-2016 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by otomatic_prince at 3-2-2016 10:14 AM

Baru-baru ini, pelakon Salih Yaacob, 55, telah menceraikan isteri keduanya Nor Raha Ahmad, 47, katanya atas permintaan Raha sendiri. Salih turut memberitahu antara puncanya ialah reunion skeolah yang dihadiri oleh Raha dan orang ketiga yang kini menjadi suami Raha.

Kepada Utusan Online, Raha memberitahu itu bukan sebab-sebab dia meminta cerai, sebaliknya dia sudah meminta untuk Salih menceraikannya sejak empat tahun lepas.


Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain.

Sebenarnya saya sudah lama meminta untuk dilepaskan iaitu sejak 2012 lagi tetapi, tahun lepas saya nekad untuk bercerai. Bukan kerana orang ketiga, cuma saya rasa sudah tiba masa­nya untuk saya me­ngundurkan diri.

Malah, Raha yang merupakan ibu kepada enam orang anak memberitahu punca perceraian mereka ialah masalah kewangan. Raha memberitahu dia juga telah lama memendam rasa kerana Salih tidak memberi perhatian padanya dan tidak berlaku adil sepanjang perkahwinan mereka.

Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak.

Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga.

Menurut Raha, dia mengenali suami barunya sejak kecil lagi dan tidak pernah bersekolah sama, jadi reunion mahupun kewujudan orang ketiga tidak sepatutnya dikatakan punca kegagalan perkahwinan mereka. Malah, Raha mengakui dia kini lebih bahagia setelah bercerai dengan bekas suaminya itu.

Begitulah, bila sudah bercerai perkara yang tidak sepatutnya juga terdedah. Lebih baik jika dianggap sudah tidak ada jodoh dengan pasangan itu dan move on supaya kita boleh membina kehidupan baru yang lebih bahagia.


---------------------------



Jika sebelum ini pengakuan Salih Yaacob yang tidak menolak punca penceraiannya bersama isteri kedua, Nor Raha Hamad adalah berpunca daripada majlis reunion sekolah, baru-baru ini melalui akhbar Kosmo!, Raha menafikan perkara tersebut.

“Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya”

“Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu. Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas,” katanya dipetik dari Kosmo!

Tambah Raha, dia mula berjumpa dengan suami barunya adalah selepas daripada dia diceraikan oleh Salih selain dakwaan yang mengatakan punca penceraian ini mempunyai kaitan dengan reunion mahupun kehadiran orang ketiga.

“Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai”

“Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga,” jelasnya. (rtky/s)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2016 02:52 PM | Show all posts
salam takziahh..
pls move on ye abg jem
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok pun si wife bersuara. Yg si ex suami pun satu. Pi canang sebab musabab bercerai kat public wat apa. Simpan sorang sudah la
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 02:56 PM | Show all posts
2 bulan kau tak balik rumah bini tu? adilkah gitu abang jem?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg saleh yaacob ni pun satu..satu lari kan masih ada 3 lubang lg tu..kecoh btul laa org tua ni..tamak lubang btul
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
abg jem pun, da tua, buat cara da tua, x perlu dicanangkan apa2..jd contoh pd lelaki lain yg berpoligami.. yg x berpoligami, dont simply kawen 2,3 & 4 :
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2016 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian isteri diaibkan. padahal 23thn menjadi isteri yg setia
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:06 PM | Show all posts
abam jem sila move on ...

setakat tu jer jodoh ..

doakan dia bahagia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2016 03:06 PM | Show all posts
men's............


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:10 PM | Show all posts
nazsh replied at 1-2-2016 02:56 PM
Yg saleh yaacob ni pun satu..satu lari kan masih ada 3 lubang lg tu..kecoh btul laa org tua ni..tama ...

ha ah... diam2 sudah..... ni dok cite menda yg tak patut....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:16 PM | Show all posts
ada lagi 1 kosong kan..cari jela lain...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:21 PM | Show all posts
senangnye la lelaki ..2 bulan x balik..

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Saleh yaacob kan ada lg satu kosong..tu kak engku ada..cuba laa usya2 kot kot dpt..ni duk pì kecoh pasai bekas bini yg dh kawin len..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia. Diburukkan di khalayak. Kalau pon benar, tak perlu pon. Acik ni dah elok2 bersuami baru pun. Udahlah tu.

Lain la klo citer berpisah tu baru semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:31 PM | Show all posts
gitu je? dasar sangat jantan koya nie..
mentang2 ada cawangan lain, sampai 2 bulan tak balik rumah... memang 'adil' sangat tuh.
rasakan, selama ni dok canang2 gah berlaku adil berbini 4, padahal....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:32 PM | Show all posts
smoga berbahagia bekas isteri n SY..
lupakan kenangan lalu... mulakan hidup baru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2016 03:36 PM | Show all posts
menayang bahagia di public bukan main lagi ...kepit empat2 isteri dengan tersenyum lebar...aduhai akhirnya berpisah jua...jodoh dah berakhir
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo en Saleh xbising
Mesti exwife x balas

Diam diam sudahlah...

Apadaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:43 PM | Show all posts
dah rasa dah pacik saleh ni drama king je lebih. dia ingat semua orang perangai macam dia... pasang 2,3. dia ye la xreti setia pada sorang
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:43 PM | Show all posts
ex-wife pun x dedah punca why dia minta cerai kan....yg laki dok canang blame reunion..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.106810 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list