CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11552|Reply: 33

MENONGKAH KASIH [8.30PM TV9, 2PM TV3]

[Copy link]
Post time 4-2-2016 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 18-2-2016 08:19 AM

Aku dah search tak ada lagi thread ni.so.. jom sembang pasal cerita baru ini.



Drama terbaru 'Menongkah Kasih' bakal mengisi slot Azalea. Dibintangi oleh Ayda Jebat, Ana Dahlia, Aidil Aziz, Beego, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Drama yeang menitik beratkan masalah dan kasih sayang dalam keluarga. Saksikan Menongkah Kasih yang akan disiarkan di TV9 mulai 26 Januari 2016, pada setiap hari Selasa hingga Jumaat jam 8.30 malam, manakala siaran ulangannya pula disiarkan di TV3 mulai 1 Februari 2016 pada hari Isnin hingga Khamis jam 2.00 petang.

JUDUL : MENONGKAH KASIH
EPISOD : 20 Episod
TARIKH / MASA : TV9 (Selasa-Khamis, 8.30 malam) | TV3 (Isnin-Kahmis, 2.00 petang)
SKRIP : Soleha
SIARAN : Slot Azalea ( TV9 & TV3 )
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Sha's Media Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Ana Dahlia, Beego, Aidil Aziz, Fikhree Bakar, Zarina Zainuddin, Laila Nasir, Adam Lee, Mas Hadzeem Khan, Yra Fauzi, Afique Hussain

WATAK PELAKON
Zarina Zainuddin sebagai Datin Rahmah
Ayda Jebat sebagai Riyana
Ana Dahlia sebagai Reffa
Aidil Aziz sebagai Ayie
Beego sebagai Helmi
Fikhree Bakar sebagai Shahrul
Laila Nasir sebagai Hamidah
Adam Lee sebagai Jo
Mas Hadzeem Khan sebagai Ismail
Yra Fauzi sebagai Hamidah


LAGU TEMA / OST MENONGKAH KASIH
Lagu : Halang
Penyanyi : Fahmi Esmail

SINOPSIS MENONGKAH KASIH
Mmengisahkan ibu tunggal iaitu Datin Rahmah (Zarina Zainuddin) sibuk mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan dua anaknya, Reffa (Ana Dahlia) dan Riyana (Ayda Jebat). Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknya.

Datin Rahmah berasa sunyi dari kasih sayang anak-anaknya, Reffa dan Riyana meskipun mereka tinggal serumah. Setiap pagi Datin akan bersarapan seorang diri. Biarpun Reffa bekerja di syarikatnya namun Reffa sangat jarang untuk pergi kerja bersama-sama Datin. Riyana pula sering sahaja tersalah memilih rakan sejak dari zaman sekolah sehingga kini. Kadang kala Datin merasa cemburu dengan kehidupan pemandunya, Pak Mid. Biarpun anak-anak Pak Mid ke semuanya tinggal di asrama, namun mereka sentiasa berhubung dan bertanya khabar. Datin menyalahkan dirinya kerana di usia mudanya, dia sering sibuk dengan kerja sehingga akhirnya menjarakkan kasih sayang anak-anak dengannya. Di usia tua ini, Datin berusaha mencari semula kasih sayang anak-anaknya itu. Suatu hari ketika di pejabat, seorang demi seorang stafnya pulang dan Datin tinggal keseorangan di pejabat walaupun sudah menjelang senja. Ketika Datin Rahmah mahu pulang secara tiba-tiba dia merasa pening dan jatuh pitam di dalam bilik.




sumber: http://www.myinfotaip.com/2016/01/menongkah-kasih.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
meol suke cite ni...lite2 aja..xde adegan terpekik terlolong atau bahasa yang kurang menyenangkan. walaupun mcm cliche je cite anak org kaya tp phm ape yg nk disampaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sy pn follow crita ni,..malam ni ayda jebat kna lempang dgn mama die sbb curi duit mas kawen kakak die
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 04:08 PM | Show all posts
bagi aku, cerita ni agak realistik berbanding drama lain.
sebab tu aku follow.
dia tak ada watak yang buat kita rasa "eeii bodohnya.. takkan itupun tak tahu.."

semua karakter nampak matang.
pelakon pun tak over.

dan yang paling best, cerita macam 'semua benda kau buat akan dapat cash..'
1. kena tumbuk sebab mintak duit ayda jebat.
2. aida jebat kena lempang sebab curi duit.
3. jumpa ex-senyap2 pastu kantoi..
4. mak mertua tak suka sebab tak sekufu (well, memang nampak kejam, tapi itu realiti ok).

aku suka juga watak ex-boifren Reffa yang tidak membelakangkan ibu ayah. "mereka tak restu, so baik kita putus.."

so.. i think ada value dalam cerita ini yang boleh mendidik masyarakat untuk berpijak di bumi yang nyata.

gitew review hakak.. kau mampu? haha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 04:12 PM | Show all posts
oh.. ada satu la yang tak berapa logik (atau beretika).
orang gaji kat umah laki tu.. dia duduk rumah tu ke?
sebab family tu asalnya ada Datok tu dengan Beego je.
so by right, makcik tu takleh la duk rumah tu..
(Datok tu kan tak ada bini..)

aku assume makcik tu cuma orang gaji yang balik hari.. so..no issue la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 takde lah follow sangat cerita ni. Tapi lepas berita tv9 je terus drama ni main. Lama2 serasi plak dah nak episod 7 dah malam ni. Cerita yang ringan, jalan cerita not bad, pelakon pandai bawa watak masing2, ost drama ni pun kena.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2016 01:06 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 4-2-2016 05:17 PM
Mula2 takde lah follow sangat cerita ni. Tapi lepas berita tv9 je terus drama ni main. Lama2 serasi  ...

Rasanya jalan cerita yang logik dek akal sebab tak blown out of proportion. Kaya pun tak melampau, nampak kesulitan di sebalik tu. Lakonan on the whole bagus kecuali bapak si Beego tu,mcm baca script n mimik muka macam akward. Yg lain semua superb especially si Ayda yg memang mcm nak bagi lempang se dass jer, menipu mak mcm ai ni. Dulu ai tak suka Beego but lately dia dah banyak improve.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 01:13 PM | Show all posts
SitiRopeah replied at 4-2-2016 04:12 PM
oh.. ada satu la yang tak berapa logik (atau beretika).
orang gaji kat umah laki tu.. dia duduk rum ...

Rasanya duduk serumah. mungkin dah lama kerja sampai dah jadi part of family or mungkin bersaudara. Dedulu ramai kott yang arrangement camtu, kerja dari muda, anak baby sampai anak dah kawen. takkan bila dah tua nak buang camtu jerr. Boleh bela cucu pulak walau tak buat kerja berat
( mood terkenang my family helper, kak Jah, yang membesarkan weols dari kecik sampai almost kawen )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2016 02:11 PM | Show all posts
tapi Datok ayah si beego tu awatlah pakai seluar pj sekolah masa main badminton..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape2 tau nama sebenar watak kwn baik ayda tu? Yg watak name onie ? Tomboy2 tu? Nak sangt tau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 01:32 PM | Show all posts
iols suka drama ni..drama lakonan ayda jebat yg iols boleh hadap..pandai dia berlakon..cast2 lain pun best kecuali ayah beego tu je kayu sikit
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 01:58 PM | Show all posts
episod brp dh ni chuols
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 08:39 AM | Show all posts
kelakar plak yg jadik mak aidil tu. hihihi. best mkcik tu berlakon.



p/s: canteks plak tgk si riyana dlm persalinan putih and pink tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2016 09:30 AM | Show all posts
misspolarisz replied at 19-2-2016 12:39 AM
kelakar plak yg jadik mak aidil tu. hihihi. best mkcik tu berlakon.

makcik tu macam dah naik pangkat satu level kan?dulu taraf2 makcik gosip tepi jalan kat kampung je.
sekarang jadi mak pelakon tambahan pulak.
lama2 boleh ganti rosnah mat aris tu.. ada potensi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 09:35 AM | Show all posts
SitiRopeah replied at 19-2-2016 09:30 AM
makcik tu macam dah naik pangkat satu level kan?dulu taraf2 makcik gosip tepi jalan kat kampung je ...

yg buat ai tergelak, smpt plak dia cubit pipi riyana lepas peluk cium tu. hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 11:26 AM | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 18-2-2016 01:32 PM
iols suka drama ni..drama lakonan ayda jebat yg iols boleh hadap..pandai dia berlakon..cast2 lain pu ...

hakhak nasib ayah beego tu dh mninggal..xboleh nk hadam dengar dia cakap mcm bahasa baku gtu..watak lain okay
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2016 09:20 AM | Show all posts
baru tengok cita ni. menarik juga. lakonan semua ok je takde nak over2 sangat. zarina masa muda tu muka lebih kurang zarina yag betul. lipstik terang benderang. saya tgk tv3 punya episod. mungkin lambat sikit dari tv9. memang  tak sabar nak tau apa kisah lama datin tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2016 10:08 AM | Show all posts
sekarang ni berebut dengan siaran bola kat tv9.
sabar je menunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nti shahrul keje kat pelangi emas ke. kire adik beradik dgan rifa n yana la ek
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 10:28 PM | Show all posts
Lately menongkah kasih asyik postpone je, bagi laluan kat match bola.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.586461 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list