CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7229|Reply: 79

[Tempatan] Kisah kru penerbangan MAS jadi pemandu teksi kini viral

[Copy link]
Post time 8-2-2016 06:16 PM | Show all posts |Read mode

BENAR kata orang, rezeki itu ada di mana-mana. Tertutupnya satu pintu, akan ada satu pintu lain yang terbuka luas. Apa yang penting adalah kesungguhan dan doa yang berterusan.

Mungkin itu pengajaran yang boleh diambil daripada kisah seorang bapa yang diberhentikan perkhidmatannya daripada sebuah syarikat penerbangan, namun tidak menjadikan itu sebagai penghalang untuknya mencari rezeki buat keluarga.

Lelaki yang dikenali sebagai Zullifan Che Din itu, baru sahaja memulakan tugas sebagai pemandu teksi beberapa hari yang lalu.

Difahamkan, dia sebelum ini merupakan seorang kru penerbangan.

Anak Zullifan, Mohd Zulhelmi, memviralkan kisah bapanya itu di akaun Facebooknya, sebagai satu inisiatif membantu bapanya itu mendapatkan lebih ramai penumpang.


Baru empat hari, kisah kecekalan Zullifan tersebar luas di laman sosial, sekali gus menerbitkan rasa kagum orang ramai.

Malah ramai juga yang memuji usaha Zulhelmi 'mengiklankan' teksi bapanya, yang dilihat boleh menjadi strategi promosi paling berkesan.
Status di akaun Facebook Zulhelmi sudah menerima lebih 3,000 perkongsian dengan lebih 21 ribu likes.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 06:24 PM | Show all posts
Edited by C.K at 8-2-2016 06:26 PM

Cis pekerja MAS ini stok2 acah2 glam sgt kan sis?....kena berhenti jd pemandu teksi pon kecoh di social media....kawan kakak engineer oil and gas kerja hampir separuh dunia sudah sampai jasanya....kena buang kerja....heols relax jah jd delivery boy isteri dia yg meniaga lunch on delivery sis tiada pula heols highlight dahulu kerja penuh berjasa ke org ramai kepelbagaian untuk raih simpati marketing...hidup mesti diteruskan sis... drama king betul meleis ini semua....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekas mAS tu yg mahal

All the best fela
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:26 PM | Show all posts
C.K replied at 8-2-2016 06:24 PM
Cis pekerja MAS ini stok2 acah2 glam sgt kan sis?....kena berhenti jd pemandu teksi pon kecoh di soc ...

kene buang sebab???
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
So? Driver teksi. Bukan peminta sedekah.


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2016 06:29 PM | Show all posts

Harga minyak dunia
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia yg buat promosi
Bukan bapak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
C.K replied at 8-2-2016 06:24 PM
Cis pekerja MAS ini stok2 acah2 glam sgt kan sis?....kena berhenti jd pemandu teksi pon kecoh di soc ...

Mengada2 sgt bekas pekerja MAS neh
Mcm le MAS dah x bleh nak fly lg kalo diorg dah takde pun...kompeni is kompeni la kan
Yg pekerja ke..bekas pekerja ke ...hidup perlu diteruskan
So pandai2 la berniaga
Kompeni lain pun buang orang gak...tapi takde lak.menagih2 simpati bagai
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:31 PM | Show all posts
ternyata didunia tiada jaminan

usaha tangga kejayaan

guna sebaik mungkin kelebihan PR tu...jadi driver teksi ke..ko tetap meletop!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck abg zull, u have all my support
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2016 06:34 PM | Show all posts
so jgn la pelik tetiba sekarang byk kawasan simpang gerai2 nasi lemak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 8-2-2016 06:31 PM
Mengada2 sgt bekas pekerja MAS neh
Mcm le MAS dah x bleh nak fly lg kalo diorg dah takde pun...ko ...

Hoiii.. jgn hina ex staff mas. Iols sensitip. Lol

Bukan dia yg buat post fb tu la. Dia dah tua takdenak sebok nak berviral2. Asalnya anak dia yg post status fb utk kwn2 fb dia. Ala2 promote service teksi ayah dia la. Siap bg discount lagi. Tapi org dok share lama2 jadi viral. Tu je pun

Abg zull ni leading steward. Very nice guy. Lepas dia berhenti aritu dia dok tolong anak dia meniaga food truck. Ni baru dia nak bawa teksi lepas dpt lesen teksi semua. Pagi tadi pun org dok share dlm group wa sapa2 yg transport or smart cab tak mai amik boleh la call abg zull ni. Sekali tadi i cikcur dkt fb tgk dah masuk oh media
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 8-2-2016 06:34 PM
so jgn la pelik tetiba sekarang byk kawasan simpang gerai2 nasi lemak

Ni mmg betul tumbuh bagai cendawan. Mana sedap tak sedap tak tau dah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:41 PM | Show all posts
R2D2 replied at 8-2-2016 06:34 PM
so jgn la pelik tetiba sekarang byk kawasan simpang gerai2 nasi lemak

Negeri kakak...MB sudah bagi kelonggaran ke penguatkuasa yg penjaja kecil2 dihadapan rumah ga boleh dikenakan denda tanpa lesen dlm tempoh ekonomi tgh suram segini...kecuali jika mereka meniaga atas jalan atau tepi devider jalan utama...kawan kakak merangkap talibarut MB yg cite ke kakak matilanakkk kalau kawan kakak baca posting kakak tuduh dia talibarut
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:45 PM | Show all posts
matamata replied at 8-2-2016 06:30 PM
Anak dia yg buat promosi
Bukan bapak dia

abis tu DIA tu sapa??

sbb ko cakap anak DIA yg buat promosi, bukan bapak DIA.....so persoalan aku SIAPA DIA yg dimaksudkan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 07:09 PM | Show all posts
bagi ler support uols ..

korang ni .. kalo tak mengutuk .. mencela sehari ... mmg tak boleh erk.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ade sorang bekas pramugari MAS keje bawak bas rapidkl.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
juliez replied at 8-2-2016 06:38 PM
Hoiii.. jgn hina ex staff mas. Iols sensitip. Lol

Bukan dia yg buat post fb tu la. Dia dah tua  ...

Noks, meols bukan menghina
Tp meols heran sbb even skoolmates meols ex MAS pun x abih2 merintih2 bagai
Bila meols kasi idea buat itu ini..mcm2 alasan weh
Ni aku bagi satu contoh la
Kwn meols ni baru je berenti dr MAS...baru 30series
Bila aku bg idea pi la blajor mengurut...bleh buat biz urut dr rumah or jaga org dlm pantang or bleh jd mobile spa
Mcm2 alasan weh..padahal blajor mengurut ni bukannya keluar byk modal pun
Even tukang urut pun..kosnya minyak je
Makcik aku bukak servis mengurut kt rumah dia and jaga org dlm pantang (dia kat area kuantan bauksit sana)
Selagi ada org sakit badan...ada org bersalin
..biz urut tetap laku
Si wani blogger kesayangan uols tu pun bleh tlg promote biz confinement lady dia..1 hari rm150 wani amik
Kawan2 meols yg lain masih ada lg dl  MAS...tp depa selamat la..minah tu je kene retrenched
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 8-2-2016 07:52 PM
Noks, meols bukan menghina
Tp meols heran sbb even skoolmates meols ex MAS pun x abih2 merintih2  ...

Uols kena faham satu benda, yg most of them mostly takde skills. Lepas spm dah jadi crew, kerja berpuluh tahun, tu je la yg depa tau nak buat. Tup2 kena buang kerja, mmg terduduk noks. Unless u mmg masa kerja gaji berpuluh ribu saving pun byk mcm cth org kerja o&g dkt atas tu haa. Kerja crew ni glamer je lebih noks, gaji biasa2 je.

So maybe depa ambil masa nak berpijak dkt bumi nyata. Mcm abg zull ni i tak nampak pun knp org nak ckp benda mcm ni pun nak viral laa.. special sgt ker ex mas etc. Lets just give him all the support that he needs. Tak kisah la org tu ex staff company mana pun, support je la selagi kita boleh.

I pun kdg2 geram dgn acik2 yg dah berpuluh thn fly,yg dok meratib dpn maza tersedu sedan ckp tak boleh pakai tudung masa kerja etc. Most of the time mmg i menyampah mcm kan org letak pisau dkt leher u, pi je la cari kerja lain kan. Tu pun nak kecoh. Tapi tu la, depa ni dok fikir diri dah tua, nak kerja kerani pun tak layak experience takde, education setakat spm. Dah lama "terbang dkt awangan" sekali kena pijak bumi nyata tu yg tak habis2 meratib mcm kwn uols tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.338136 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list