CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2265|Reply: 21

[Tempatan] {4} Lagi ikan paus mendarat ke pantai...3 tan & masih idup katanya!

[Copy link]
Post time 8-2-2016 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 8-2-2016 07:20 PM

08/02/2016 6:56pm

PONTIAN- Kira-kira 200 penduduk di sekitar kawasan ini terkejut apabila seekor ikan paus seberat 3 tan dan sepanjang 20 meter sesat di perairan di Pantai Rambah kira-kira pukul 2 petang tadi.

Penemuan ikan paus itu menarik perhatian penduduk setempat yang disifatkan cukup unik kerana mamalia itu hidup di kawasan beriklim sejuk dan tidak terdapat perairan negara ini.

Gerakan menyelamatkan ikan paus tersebut dilakukan oleh penduduk dan anggota penyelamat terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pontian dan Jabatan Pertahanan Awam  (JPAM.).

Ketua Operasi Khidmat Khas, Balai Bomba Pontian Baru, Jumaat Sailan berkata, bot nelayan tempatan digunakan bagi menarik ikan paus yang berada hanya kira-kira 50 meter daripada kawasan tebing Pantai Rambah.

"Ikan paus itu masih lagi hidup. Justeru gerakan menyelamatkan mamalia itu dilakukan dengan bantuan penduduk dan nelayan tempatan.

"Kami cuba membawa ikan paus itu ke laut dalam, kerana kawasan di tepi pantai Rambah agak cetek.

"Ekor ikan paus telah diikat dengan tali, yang kemudiannya ditarik oleh sebuat nelayan tempatan ke laut dalam kira-kira 50 meter,"katanya.

Jelasnya, selepas ditarik ke kawasan laut dalam   kira-kira jam 3.30 petang, ikan terbabit dilepaskan.

"Ini kali pertama gerakan menyelamatkan ikan paus  dilakukan di kawasan pantai di daerah Pontian.

"Kerjasama yang begitu baik penduduk dan nelayan kepada pasukan penyelamat memudahkan kerja-kerja menyelamat dilakukan,"katanya. - K! ONLINE

p/s semoga ikan itu terus hidup ...Amin!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 07:21 PM | Show all posts
paus [pun nak mengadu kat mat maslan tue .... pasai stresss ngan laif jaman skrg .,..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 07:23 PM | Show all posts
Pontian?

Kampong peynolegend....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2016 07:30 PM | Show all posts
Edited by tongkatwaran75 at 8-2-2016 07:46 PM
MissNigga replied at 8-2-2016 07:21 PM
paus [pun nak mengadu kat mat maslan tue .... pasai stresss ngan laif jaman skrg .,..

ahmad maslan tgh kegembiraan terima menantu baru...
mana sempat nak dengar paus berbisik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2016 07:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2016 07:43 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2016 07:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 07:51 PM | Show all posts
Humpback whale ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 08:34 PM | Show all posts
Sib baik sempat tolak ke laut balik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat sama si tenang ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:47 PM | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 8-2-2016 07:30 PM
ahmad maslan tgh kegembiraan terima menantu baru...
mana sempat nak dengar paus berbisik...

amat maslan teruk kena bash oleh rakyat malaysia...
tapi anak dan bini heols tetap kool ... low profile ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat Indon dah kena kerat2 dibahagi samarata rejeki katanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:04 AM | Show all posts
Alhamdulillah.. mudah2an paus tu doakan orang2 yg tolong dia..

err.. kalau biarkan mati susah juga kan? Unless ada yang nak makan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2016 09:01 AM | Show all posts
apa kesudahan ikan paus tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
hyunniesSS501 replied at 8-2-2016 09:18 PM
Teringat sama si tenang ...

Aku macam ingat2 lupa dengan si tenang.sape ye?dugong ke paus.dulu glemer kisah si tenang tapi nih duk recall binatang apa tak dapat2.otak beku pepagi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 02:43 PM | Show all posts

Ketua Operasi Khidmat Khas, Balai Bomba Pontian Baru, Jumaat Sailan berkata, bot nelayan tempatan digunakan untuk menarik ikan paus yang berada  kira-kira 50 meter dari kawasan tebing Pantai Rambah.


“Ikan paus itu masih hidup. Justeru gerakan menyelamatkan mamalia itu dilakukan dengan bantuan penduduk dan nelayan tempatan.

“Kami cuba membawa ikan paus itu ke laut dalam kerana kawasan di tepi pantai Rambah agak cetek.


“Ekor ikan paus itu diikat dengan tali terlebih dulu sebelum ditarik oleh sebuah bot nelayan tempatan ke tengah laut yang mempunyai kedalaman kira-kira 50 meter,” ujarnya.


Jumaat berkata, ikan paus itu berjaya ditarik ke kawasan laut dalam pada pukul 3.30 petang untuk dilepaskan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
spenderterselit replied at 9-2-2016 09:05 AM
Aku macam ingat2 lupa dengan si tenang.sape ye?dugong ke paus.dulu glemer kisah si tenang tapi nih ...

Si dugong yg pernH terdampar.. x sure kt mana.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:40 PM | Show all posts
Ada jumpa kat Batu Pahat lak, tak sure yg sama ke tak, dah mati.

http://www.bernama.com/bernama/v ... eral.php?id=1214279
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:41 PM | Show all posts
Seekor Lagi Ikan Paus Ditemui Mati Dekat Batu Pahat


JOHOR BAHARU, 9 Feb (Bernama) -- Seekor lagi ikan paus ditemui mati di pesisir Pantai Sarang Buaya, Semerah dekat Batu Pahat, petang Selasa.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt Komander Maritim, Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata mamalia tersebut ditemukan nelayan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

"APMM menerima laporan pada 4.47 petang tadi. Sebuah bot kilat 47 bersama empat anggota APMM kemudian dihantar ke lokasi terbabit bagi bantuan menyelamat, namun, ikan itu didapati telah mati," katanya menerusi kenyataan.

Muhammad Zulkarnain berkata usaha untuk menarik bangkai ikan paus tersebut masih gagal sehingga 9 malam ini kerana faktor air surut dan ia akan disambung pagi esok.

Semalam, seekor ikan paus sepanjang 20 meter dan seberat empat tan ditemui di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat Pontian dan haiwan itu kemudian berjaya ditarik ke laut.

Bagaimanapun, buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada haiwan yang ditemukan mati di Pantai Sarang Buaya terbabit adalah ikan paus yang sama ditemukan di Pantai Rambah.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tunggu pauspenyo legeng terdampar dkt Pontian krn ramai tgh nak melaukkannnya ni. Mail dh suruh masak asam pedas JDT katanya.
Donload Tungku,beribu upload kami sembahkan.
Nurfififuyoh Bin Tumiran
Pontian
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.071699 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list