CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5277|Reply: 78

[Tempatan] Z,Sudah-sudahla Burukkan Ulama.Sudah2 lahhhh-Dr Maza

[Copy link]
Post time 8-2-2016 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Zamihan, sudah-sudahlah burukkan ulama - Dr MAZA
Mariah Ahmad, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 08, 2016 19:55 MYT

Zamihan, sudah-sudahlah burukkan ulama - Dr MAZA
MOHD ASRI: Walaupun saya menganggap Zamihan saudara seagama, sekali pun saya tidak bersetuju dengan akhlak, cara dan fahamannya.
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin dinasihatkan untuk tidak memberikan gelaran yang buruk kepada ulama.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebagai seorang yang berpendidikan, tidak wajar bagi Zamihan untuk memaki hamun, membuat tuduhan yang bukan-bukan serta mengucap perkataan yang tidak sepatutnya.

"Marilah kita hidup secara harmoni walaupun kita berbeza fekah. Agama tidak menyuruh kita seragam dalam semua perkara tapi menyuruh supaya tahu menguruskan perbezaan.

"Adapun saya, saya menganggap Zamihan saudara seagama, sekali pun saya tidak bersetuju dengan akhlak, cara dan fahamannya," kata Mohd Asri dalam satu status Facebooknya hari ini.

Beliau juga berkata golongan ilmuan agama sepatutnya bersama rakyat memperjuangkan masalah mereka, bukan sibuk menuduh sesama orang Islam yang tidak terbabit sebagai sesat dan pengganas.

Sementara itu, Mohd Asri memberi tempoh kepada Zamihan sehingga 17 Feb ini untuk menentukan tarikh berdebat dengannya.



"Selepas tarikh 17hb berkenaan, jika beliau masih tidak mahu, saya anggap 'tutup kes'.

"Saya akan banyak ke luar negara selepas itu. Saya harap beliau berhentilah mencerca dan memfitnah. Jika beliau tidak mahu dialog, saya tidak memaksa. Beliau yang sebenarnya memulakan idea ini," tambah Mohd Asri dalam kenyataan yang sama.

Mohd Asri dan Zamihan difahamkan akan menyertai satu sesi wacana ilmu yang dianjurkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pada 4 Feb lepas, Shahidan menerusi Facebooknya menulis, satu wacana ilmu berhubung ekstremisme agama akan diadakan, di mana panel yang dijemput untuk membincangkan diskusi berkenaan adalah Mohd Asri dan Zamihan.



Shahidan juga berkata hanya 500 tetamu di kalangan kerajaan dan para ilmuan dijemput untuk menghadiri majlis berkenaan.

Jumaat lalu, Shahidan telah mencadangkan 10 Feb sebagai tarikh bagi wacana berkenaan dan ia dipersetujui Mohd Asri dan Zamihan.

Namun pada Sabtu, Shahidan berkata Zamihan sibuk pada tarikh tersebut kerana urusannya di Penjara Machang.

"Saya merayu kepada Zamihan agar menerima tarikh tersebut seperti yang dicadangkan. Saya akan pastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Kita boleh memilih moderator yang adil.

"Saya sanggup minta Dr Mohd Asri untuk memberi masa yang lebih kepada Zamihan," kata Shahidan dalam status Facebooknya Sabtu lepas.


Semalam, Shahidan kemudiannya mencadangkan beberapa tarikh kepada Zamihan untuk menyertai wacana ilmu tersebut.
Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamihan xnak debat plak ke? Hari tu kemain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:42 PM | Show all posts
Zamihan, kau nak aku sedekahkan telur kucing aku kt nko ke? Ada 4 bijik nih.. nak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2016 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
nenekglamer replied at 8-2-2016 12:42 PM
Zamihan, kau nak aku sedekahkan telur kucing aku kt nko ke? Ada 4 bijik nih.. nak?

Aku upkan bagi 8
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Phrase mana yg zamihan buruk2kan ulama?

Dedua bg aiyol ulama....

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzarai replied at 8-2-2016 08:32 PM
Zamihan xnak debat plak ke? Hari tu kemain.

Dari dia debat dgn zamihan tu... baik dia debat dgn mufti johor... barulah sama level.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2016 08:46 PM | Show all posts
zamihan ni sape? google image tunjuk rupa pecah jamban ...
sape dia ni takde nur langsung di wajah
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:53 PM | Show all posts

Hahahaha.. kakahantu pun ada telur extra nak sedekah?

Aku nak panggil mat mihan ni ostat pun tak selera noks... cakap belagak, cakap sedia berdebat within 24 jam, whatever format, whatever tajuk..sekali orang tu sahut, siap tepek bukti.. dia bagi pulak alasan ada aktiviti dengan banduan lah bla bla bla.. mmg dasar takde telur!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 08:54 PM | Show all posts
FYI, aku takde la setuju dengan semua pendapat DrMaza, tapi at least, DrMaza ni perangai civilised sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:59 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 8-2-2016 08:46 PM
Dari dia debat dgn zamihan tu... baik dia debat dgn mufti johor... barulah sama level.

Dia yg dok cabar DrMaza dulu... kawan tu akhirnya sahut lah..

Aku pernah try dengar ceramah si mihan ni kt youtube.. tak leh terima lah dengan segala mak nenek maki hamun tu. . ostat lain ok jah.. walaupun berbeza pendapat... derang tetap jaga akhlak sebagai orang agama..

So, bila dah dengar dua2 aku rasa seronok juga nak tengok derang ditemukan. cakap belakang apa barang kan?  DrMaza pun dah biasa dengan debat2/wacana nih.. So, once and for all, settle kan differences and move on.. Kita as rakyat marhaen akan menilai...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ulamak sama ulamak bergaduh
Sis Changa tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
melimpah ruah mencurah curah rahmat bila dua ulama ni berselisih
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Maza sewajar letak cermin utk suluh diri jugak. Akhlak & tindakan seolah meludah ke langit & kena diri sendiri. Maaf hilang respect utk dia yg asyik2 salahkan org len, padahal diri sendiri 2x5...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:11 PM | Show all posts
Ulamak pe bendanya, level2 ustaz blh la, jauh beza ulamak dgn 2 org ni, org2 skg senang2 je bg gelaran ustaz & ulamak bila ada induvidu bahas soal agama.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:13 PM | Show all posts
2 org ni ulamak ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
nenekglamer replied at 8-2-2016 12:53 PM
Hahahaha.. kakahantu pun ada telur extra nak sedekah?

Aku nak panggil mat mihan ni ostat pun ta ...

Ada telur itik dek non hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cupu at 8-2-2016 09:27 PM

explain maza dkt page dia sgt menyejukkan.jadi maza sudah menang disitu.bg aku klu bdebat live nant zamihan yg biasa maki hamun tentu xdpt tahan sabar.bkn satu dua video dia mengajar sambil maki hamun.bhsnya kasar akhlaknya kasar.mata marhean yg biasa ni pun dan blh tgk bezanya akhlak mereka.akhlak ni termasuk bab munafik.ckp degar2 mhu berdebat.alih2 byk alasan.jd bhn jenaka shjlah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:34 PM | Show all posts
bagi akak dua2 ada kesilapan

yang kesilapan besar zamihan

akak tak suka zamihan perangai dia teruk sangat

tak sesuai jadi idola

sebab tu islam datang dengan dakwah ahlak rasulullah s.a.w. terpuji

bukan ahlak buruk
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:48 PM | Show all posts
umat moslem berbelah bahagi. islam versi asri atau zamihan yang benar? versi zamihan mengatakan asri masuk neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:49 PM | Show all posts
nenekglamer replied at 8-2-2016 08:59 PM
Dia yg dok cabar DrMaza dulu... kawan tu akhirnya sahut lah..

Aku pernah try dengar ceramah si  ...

sendiri cabar konon ready 24hour.

akhirnya, ada temu janji dengan banduan jadi alasan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.095395 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list