CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Z,Sudah-sudahla Burukkan Ulama.Sudah2 lahhhh-Dr Maza

[Copy link]
Post time 8-2-2016 09:51 PM | Show all posts
Innrukia replied at 8-2-2016 09:05 PM
Maza sewajar letak cermin utk suluh diri jugak. Akhlak & tindakan seolah meludah ke langit & kena di ...

asri dan zamihan perlu cermin diri. islam versi siapa sebenarnya tulen dari tuhan allah? dari bukit mertajam atau gua musang? dari pejabat mufti atau pejabat kdn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 09:56 PM | Show all posts
PE-DX03 replied at 8-2-2016 09:49 PM
sendiri cabar konon ready 24hour.

akhirnya, ada temu janji dengan banduan jadi alasan.

I suppose DrMaza kena buat rayuan pada banduan untuk tunda tarikh aktiviti dengan zamihan ni. err.. banduan2 ni pun hadap sangat kah dengan zamihan ni?


mmg lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:59 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 8-2-2016 09:21 PM
Ada telur itik dek non hahaha

hhaha.. besor la sikit dari telur kucing aku...
harap2 zamihan kotakan apa yang dikata. ya lah, bak kata orang jawa, you must show that you can walk the talk, otherwise, sampai kiamat la orang panggil dia mihan notello.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
PE-DX03 replied at 8-2-2016 09:51 PM
asri dan zamihan perlu cermin diri. islam versi siapa sebenarnya tulen dari tuhan allah? dari buki ...

So-called ulamak yg mencapup di social media. Ego & riak pakat rasa diri betul & bawak skali ummah bertelagah utk buktikan diri betul. Selayaknya dicurah air longkang saja...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin berkata beliau akan berdebat dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin di tempat tertutup.

Katanya, beliau membuat keputusan itu selepas dinasihatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya debat tersebut tidak diadakan di lokasi terbuka yang dikhuatiri hanya mencetuskan perbalahan sesama umat Islam.

"Saya dinasihati oleh IGP supaya debat itu diadakan secara tertutup.
"Kita tak nak cetuskan perbalahan yang merugikan orang Islam, nanti timbul persepsi negatif terhadap orang Islam," katanya dalam satu sidang

media di Kuala Lumpur.

Katanya, ia bermakna hanya tetamu yang terdiri daripada ahli akademik, agamawan dan pegawai agama sahaja yang dibenarkan menyaksikan debat tersebut.

Zamihan sebelum ini didakwa menyerang Asri dengan mengaitkannya dengan aliran Wahabi dan keganasan. Asri menafikan perkara itu dan menyifatkan Wahabi sebagai sebuah istilah "misteri".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memilih menamatkan perbalahan mereka dengan menawarkan untuk menganjurkan debat antara kedua-duanya pada 10 Februari.

Walaupun Asri menerima cadangan itu, Zamihan bagaimanapun berkata beliau tidak dapat hadir pada tarikh tersebut kerana dijadualkan untuk memberi ceramah kepada banduan.

Beliau berkata akan mengadakan pertemuan dengan setiausaha Shahidan malam ini untuk membincangkan bagaimana debat itu akan dijalankan.

Zamihan berkata demikian selepas seminar bersama antara polis dan Aswaja untuk melatih anggota Aswaja dalam mendidik orang ramai memerangi ideologi militan IS.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 11:13 PM | Show all posts
skinsandstars replied at 8-2-2016 11:08 PM
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin berkata beliau akan berd ...

Eh...skrip Sama mcm sipolan tu...IGP nasihat katanya.....telur kecut zamihan asjawa ni rupanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2016 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Perbezaan pendapat ni dh lama..dr zaman dulu lagik.apelah yg kome nk heran sgt?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 8-2-2016 09:01 PM
Ulamak sama ulamak bergaduh
Sis Changa tepuk tangan

Jangan lupa sis @kemaruk jua. Beliau tersengih hangguk smbil menjamah spegeti nya yg sedang berterbangan itteww...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 11:37 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 8-2-2016 11:26 PM
Perbezaan pendapat ni dh lama..dr zaman dulu lagik.apelah yg kome nk heran sgt?

puurrr puurrr kurrr tuurrrr

comelnye fluttershy


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
skinsandstars replied at 8-2-2016 11:08 PM
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin berkata beliau akan berd ...

Alahai dulu dia cabar siap suruh dr maza resign drpd jadu mufti lgi. Ujong2 bagi alasan igp suruh buat tmpat tertutup. Dah macar sekor lagi pondan xsiap tuh yg kecut xde telur nak berforum lepas gigih provoke org sana sinim perangai xsemenggah cmni buat malu jah la zamihan oiii...tuhan bayar cash terus dgan keangkuhan kau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
'Which am I, liberal or terrorist?' mufti asks as ustaz war rages on
8 Feb 2016, PM 5:00
Updated 8 Feb 2016, PM 5:10


Perlis mufti Mohd Asri Zainal Abidin has chided a rival religious scholar for the latter's seeming confusion on how to categorise him.

Asri said despite his moderate views, Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) chief Zamihan Mat Zin can't seem to decide if he (Asri) is right or left wing.

"Zamihan accused me of being a liberal. But at the same time he said I have terrorist ideologies.


"I'm not sure who is the one confused," Asri said in a Facebook posting today.

Asri and Zamihan have been trading barbs for over a week with the latter challenging the mufti to a debate.

Zamihan has also threatened to take legal action against Asri for allegedly pro-Shia, and deviant views.

Minister in the Prime Minister's Department Shahidan Kassim decided to put an end to the fighting by offering to hold a debate between the two on Feb 10.

While Asri has accepted the proposal, Zamihan, however, said he could not make it on that date as he is scheduled to give a talk to prisoners.

Asri said Zamihan has until Feb 17 to agree on a new date for the debate.

"After that, if he still doesn't accept then I will consider this case closed.

"I will be travelling overseas a lot after that date," Asri said.

He added that he would not force Zamihan to accept the debate and also called on his rival to put aside their differences and live in peace.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 8-2-2016 11:37 PM
puurrr puurrr kurrr tuurrrr

comelnye fluttershy

Mengong betul bangkem dua tiga menjak ni..jgn lupa mkn ubat tido k.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Asri nasihat Zamihan henti gelar ulama 'anjing'
8 Feb 2016, petang 3:54
Dikemaskini 8 Feb 2016, petang 4:00


Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin hanya mempunyai masa sehingga 17 Februari ini untuk berdebat dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri berkata selepas dari tarikh itu beliau menganggap tawaran untuk berdebat dengannya sebagai 'tutup kes'.

Ini kerana, menurut Asri beliau akan kerap berada di luar negara selepas tarikh berkenaan.

Justeru, Asri menasihatkan Zamihan agar berhenti mencerca serta menggelar ulama sebagai "anjing" sekali gus mengajak beliau hidup dalam harmoni.
"Selepas tarikh 17 Februari jika beliau masih tidak mahu, saya anggap 'tutup kes'. Saya akan banyak ke luar negara selepas itu.

"Saya harap beliau berhentilah mencerca, memfitnah dan mengkafirkan sesama muslim seperti yang selalu kita saksikan dalam video-videonya.

"Walaupun kita berbeza. Agama tidak menyuruh kita seragam dalam semua perkara tapi menyuruh kita tahu menguruskan perbezaan.

"Tidak perlu maki hamun, tuduh yang bukan-bukan, ucap perkataan yang tidak wajar seperti memanggil mufti "anjing" kerana perbezaan fekah," kata Asri dipetik melalui laman Facebook beliau.

Asri dan Zamihan dikatakan bakal berdepan antara satu sama lain menerusi satu wacana anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tidak akan paksa debat

Mengulas lanjut, Asri berkata adalah tidak wajar bagi Zamihan memberikan gelaran yang buruk kepada sesama muslim.

"Amat tidak wajar, apatah lagi bagi seorang yang berpendidikan. Lebih dahsyat lagi sampai mengkafirkan sesama muslim seperti beliau katakan kepada Datuk Dr Zahazan 'mu la kafir'.

"Wajarkah begitu? Adapun saya, saya menganggap Zamihan saudara seagama, sekali pun saya tidak bersetuju dengan akhlak, cara dan fahamannya," kata Asri.

Malah, Asri berkata beliau tidak akan memaksa Zamihan untuk berdebat dengannya meskipun presiden Aswaja itu yang memulakannya.

"Jika beliau tidak mahu dialog, saya tidak memaksa. Beliau yang sebenarnya memulakan idea ini," jelas Asri.

Sebelum ini, Asri berkata beliau setuju menerima cabaran Zamihan berdebat isu ekstremisme agama bertujuan memberi penjelasan kepada orang ramai, bukan bagi menentukan siapa menang, siapa kalah.

Sesi wacana bertajuk "Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Perbincangan" itu dirancang diadakan di Auditorium Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, menampilkan Pengarang Astro Awani, Nazri Kahar sebagai moderator.

Sebelum ini, Zamihan dilaporkan sedia mengambil tindakan undang-undang dan mengadakan perdebatan dengan Asri sekiranya mufti itu terus mengaitkan dirinya dengan elemen pro Syiah, ekstremis takfir dan sesat.

Melihat keadaan kian meruncing, Shahidan menerusi posting di Facebook mencadangkan keduanya hadir dalam satu program wacana bagi menjernihkan keadaan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Copy paste dr FB.... aku setuju pendapat ni... biatkan aje ahli2 aganma ni bersandiwara semasa... hahaha

Pada ahli2 agama yg suka nak bergaduh ni...

23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku."
23:53. Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada ahli2 agama yg suka nak bergaduh ni...

23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku."
23:53. Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka.
23:54. Maka tinggalkan mereka dalam kekusutan mereka untuk satu waktu.

depa ni dok konpiuskan kita je.. pecah belahkan kita je.... biarkan aje.. jgn folo 2-2..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 12:52 AM | Show all posts
Tengok caranya, Dr Asri ni pun tak kurang 'evil' juga kalau dia balas balik. Aku nampak macam sekarang dia tengah bagi peluru berdas-das kt zamihan, this time, publicly...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 12:57 AM | Show all posts
Ada time perlu diam, ada time perlu lawan dan bersemuka
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:07 AM | Show all posts
Bagus jugak kalau lobai lobai ni berdebat pasal aurat dan hukum cukor bulu dalam Islam supaya ummah lebih faham.....

Wallahulam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
xda kesudahan pn klu berdebat...lg brmusuh ada
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak tertutup pulak...haish....
Pung pang pung pang tuduh maza macam2...
Bila maza suh dia pilih tarikh xmau pulak...hartu dia kata kenapa nak ikut tarikh maza saja.. peliknya dia ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.069701 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list