CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6824|Reply: 92

[Tempatan] Pelupusan kenderaan lama berusia 10 tahun tingkatkan jualan kenderaan baru

[Copy link]
Post time 9-2-2016 09:24 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Dasar pelupusan kenderaan lama merupakan langkah yang boleh dilaksana bagi memastikan pertumbuhan industri automotif kepada negara termasuk dari segi pembayaran cukai kepada kerajaan.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, industri automotif sahaja secara kasarnya menyumbang bayaran cukai lebih RM6 bilion setahun kepada kerajaan dan oleh itu penting untuk mengiktiraf kepentingan sektor automotif.

Katanya, selain dasar pelupusan kenderaan lama, antara pendekatan lain termasuklah insentif-insentif baharu untuk menggalakkan lagi pertumbuhan sektor kenderaan cekap tenaga (EEV).

“Dasar pelupusan kenderaan lama penting untuk mengalakkan pembelian kenderaan baharu dan seterusnya menyuntik permintaan dalam industri ini. Pada masa sama, bank-bank juga perlu lebih mudah memberikan pinjaman kenderaan bagi menjayakan industri ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, terdapat cadangan untuk memperkenalkan kaedah pelupusan kenderaan lama menerusi menerusi skim trade-in dengan membolehkan pemilik kereta berusia lebih 10 tahun mendapatkan rebat sehingga RM5,000 bagi membeli kereta baharu

Skim itu membolehkan pengguna membeli sebarang jenama kereta daripada syarikat pengeluar peralatan tulen (OEM) tempatan, meskipun kereta yang mahu dilupuskan itu berlainan jenama. Cadangan itu bagaimanapun ditangguhkan.

MAA mengunjurkan jumlah jualan industri (TIV) kenderaan yang lebih rendah tahun ini sebanyak 650,000 buah, meskipun telah mencatatkan TIV tertinggi dalam sejarah pada 2015 berjumlah 666,674 buah.

Kata Aishah, kenaikan harga kereta oleh syarikat-syarikat penjual disebabkan kemerosotan nilai ringgit serta syarat pinjaman kereta yang ketat oleh bank, akan menjejaskan jualan kenderaan sekali gus menjangka TIV tahun ini akan merosot.

Katanya, pemain-pemain industri tempatan sedar tentang risiko yang bakal dihadapi tahun ini serta mempunyai pengalaman untuk menghadapi cabaran-cabaran yang ada.

“Menjadi kebiasaan berlakunya putaran pasaran. Tahun ini mungkin sedikit mencabar, namun sehingga tempoh tertentu industri automotif akan kembali pulih bergantung kepada ekonomi negara,” katanya.

Menyentuh mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Aishah berkata, perjanjian itu lebih memberi kesan positif kepada vendor-vendor, pengeluar dan pembekal komponen kereta, kerana melalui perjanjian ini mereka boleh menembusi pasaran asing yang baharu khususnya di benua Amerika.

Bagaimanapun, Pengerusi Proton Holdings Bhd. (Proton), Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata, Proton selaku pengeluar dan pengeksport tunggal kereta negara tetap menganggap perjanjian itu memberi cabaran kepada syarikatnya kerana syarikat itu tidak mempu­nyai jumlah pengeluaran yang tinggi bagi mengambil kesempatan terhadap pembukaan akses pasaran menerusi TPPA.

Tambahnya, walaupun TPPA dikatakan bakal membuka pasaran automotif kepada pemain-pemain asing namun `negara itu’ mempu­nyai perundangan yang sangat ketat.

“Hal itu dapat dibuktikan beberapa kes jenama-jenama kereta ternama di ‘negara itu’ dikenakan tindakan dan terpaksa memanggil semula kenderaan masing-masing. Keadaan itu memberi cabaran kepada Proton,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak. Kereta ai dah 9 tahun, tapi sihat lagi. Masih boleh speed elok lagi. Jgn la diwajibkan pelupusan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Masak le nak berhutang lagi dgn bank
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kereta ai dah 12 tahun. Alhamdulillah OK lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:11 AM | Show all posts
Kete tak laku timbul plak idea idea caprut yg sondol montot rakyat....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:12 AM | Show all posts
Altis aku 13 tahun pun ok lg

tak sanggup nak berhutang 7 ke 9 thn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2016 11:17 AM | Show all posts
Boleh aje kalau harga on the road kereta baru turun at least 50%

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga kereta no2 termahal di dunia sapa nak beli selalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai kreta seken hend tutup la lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:23 AM | Show all posts
Nokiaman replied at 9-2-2016 11:11 AM
Kete tak laku timbul plak idea idea caprut yg sondol montot rakyat....

Awal-awal lagi dah mengaku idea ini bukan untuk menolong rakyat, tapi nak menolong pengeluar.


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengarut betul dia org ni
Nak suruh org berhutang xabis2 seumur hidup ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Make it 20 years old or above
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:30 AM | Show all posts
Mengarut.. Sales keta merudum la tu.. Ko kaya blh la nak lupus keta bagai yg kami rakyat marhaen ni x sanggup utg lagi.. Ko tuka keta mcm tuka baju kami nk bl keta sekali seumur hdup pn da syukur byk.. Asalkan msh elok dipakai
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat negara2 maju boleh la wat sistem camtu sebb harga jual kerete kt sana murah..kt sini mana la sesuai lagi sebb harga jual kereta dah mahal sgt disebbkn oleh pelbagai cukai oleh kerajaan..boleh jer nk buat camtu tp kerajaan kena ready la nk waive pelbagai tax unk kereta..diaorg yg cakp faham tak situasi rakyat sebenarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:38 AM | Show all posts
kalu rega kereta tu buat orang boleh beli cash bolehla..skrg ni nak beli axia pon ada yang berhutang 9 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat umpama ternakan yg digunakan utk bekerja dan membayar cukai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Even kt US pun org berjimat dkt kereta.kereta jepun20 tahun, boleh jalan journey 800 km.jimat dkt kereta boleh beli rumah,boleh travel.sbb tu diaorg dpt melancong tgk negara org.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah aku mereput dgn besi buruk drpd berhutang keliling pinggang dgn bank. :
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:47 AM | Show all posts
jual keta mahal2, cukai itu ini, lagi nk buat dasar camni... kalo rega keta murah boleh le nk beli keta every 10 years.. cam aku ni, dapat 1 pastu jaga elok2, 10 tahun pun elok lg...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
30 tahun ok ler
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.092031 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list