CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4356|Reply: 43

[Tempatan] 10 juta wanita di Malaysia sudah memakai tudung

[Copy link]
Post time 9-2-2016 07:21 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Terdapat seramai 8.48 juta wanita Islam daripada 17.3 juta penganut Islam yang meliputi majoriti penduduk di negara ini, mengikut bancian yang dijalankan lima tahun lalu.

Jumlah itu berkemungkinan meningkat sehingga 10 juta pada tahun ini jika melihat kepada trend pertambahan jumlah penduduk sebanyak 5 juta iaitu 23 juta pada tahun 2000 kepada 28.3 juta pada tahun 2010 mengikut bancian penduduk.

Angka berkenaan jelas menunjukkan potensi pasaran perniagaan untuk wanita Islam amat besar di negara ini terutama dari segi pemakaian tudung.

Jika diukur daripada kecenderungan wanita untuk membeli-belah pula, seramai 3.75 juta berkemungkinan besar akan memenuhi keperluan mereka itu mengikut nisbah umur daripada 15 hingga 49 tahun.

Ini bermakna, jika mereka membeli sehelai tudung, sebanyak 3.75 juta tudung perlu ada di pasaran sekali gus membuktikan industri perniagaan berkaitan amat besar.

Sekiranya harga sehelai tudung bernilai sekurang-kurangnya RM10, nilai pendapatan dalam industri itu boleh mencecah sehingga RM37.5 juta dalam pasaran negara ini sahaja.

Maka tidak hairanlah ramai usahawan fesyen tudung tumbuh bagaikan cendawan sejak lima tahun kebelakangan ini, apatah lagi golongan wanita bertudung kini semakin obses untuk memakai hijab mengikut fesyen dan trend terkini.

Trend penggayaan fesyen hijab semakin popular apabila ia diviralkan menerusi laman-laman sosial selain kemudahan untuk membeli-belah yang disediakan para peniaga menerusi dalam talian.

Melihat kepada persaingan pasaran itu, ramai pereka fesyen tudung mendaftarkan rekaan tudung mereka untuk menjadikannya sebagai hak eksklusif sehingga memberi impak besar dalam industri fesyen tudung tanah air.

Ia sekali gus membuktikan fesyen bertudung telah mencetuskan senario sekali gus memberi pendapatan berganda kepada para usahawan berkenaan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), sebanyak 115 permohonan dite­rima untuk rekaan tudung di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian sejak tahun 2010 hingga tahun lalu.

Peningkatan tersebut paling ketara berlaku antara tahun 2013 dan 2014 apabila sebanyak 50 peratus permohonan meningkat kepada 46 permohonan berbanding 22 pada tahun 2013.

Statistik itu menjelaskan, walaupun hanya empat rekaan tudung didaftarkan pada tahun 2010, namun ia meningkat sehingga 46 rekaan dalam tempoh lima tahun berikutnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk ntah spa2... Kalau 10 juta bertudung makna 100% pompuan islam mesia brtudung which tak betul langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 07:42 PM | Show all posts
amboiiii ramainya.. yakin berhijab sepenuhnya atau masih singkat hijabnya sehingga menampakkan apa yg tak patut terlihat
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
memang ramai yg dah berhijab. dalam opis, tingkat aku la kan...aku sorang je x pakai tudung.
digabung dua-tiga opis pun aku sorang je xpakai tudung.

so rasanya btul kot statistik tersebot
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbeca replied at 9-2-2016 11:29 AM
Tajuk ntah spa2... Kalau 10 juta bertudung makna 100% pompuan islam mesia brtudung which tak betul l ...

Yg 2 juta tu wanita jadi2an spt Sajat agaknya...

Baidewei kaka @Changa dan sis @famri7 bila lagi nak bertudung litup?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bungkus kepala tapi kopek bersepah kiri kanan  dikira tutup aurat juga ke sis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2016 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji bertudung...
Ni lah mesia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla kurang skit dosa...jgn pakai tudung pasal fesyen atau nk tutup rambut dawai...dah jd lain pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bandingkan je anak bashah yg btudung dgn anak mukhriz yg free hair, yg manekah perangai hauk..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berhijab dah jadi trend...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 08:46 PM | Show all posts
hamdalah sukurrr
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak teh bila dah start bertudung nanti cadang nak pakai bawal je...
Malaslah nak berfesyen2 hijabista.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 09:01 PM | Show all posts
abangbeca replied at 9-2-2016 07:29 PM
Tajuk ntah spa2... Kalau 10 juta bertudung makna 100% pompuan islam mesia brtudung which tak betul l ...

belum kira yang kapir dan yang masih bayi....



Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg jual tudung skang nii...  Macam2 pesen
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 9-2-2016 11:46 AM
Bungkus kepala tapi kopek bersepah kiri kanan  dikira tutup aurat juga ke sis?

Mcm si neelofa ni ha persis apa saja bam gost tengok
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak buat tudung robotik?letak jah atas kepala terus lilit sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 09:21 PM | Show all posts
hmm...interesting...good market share lah ni. tapi kan dalam bebanyak style tudung, tudung bawal yg okay  dan yg i suka. yg tebal sikit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 9-2-2016 07:46 PM
Yg 2 juta tu wanita jadi2an spt Sajat agaknya...

Baidewei kaka @Changa dan sis @famri7 bila lag ...

bkn kaka changa hari tu confess dia dah bertudung fareedah ke kaka mod?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 9-2-2016 09:30 PM
bkn kaka changa hari tu confess dia dah bertudung fareedah ke kaka mod?

Changa ori nya laki...buat apa nk bertudung hijab bagai
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 9-2-2016 10:11 PM
Changa ori nya laki...buat apa nk bertudung hijab bagai

hahahaha tau. tp dia sendiri yg confess hari tu yg dia dah pakai tudung fareeda. tp tau pun dia gurau je. eh tak tau la kut betul2 dia pakai. kikikiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.380382 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list