CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5999|Reply: 80

[Tempatan] Mulai 1 Mac, Zoo Negara turunkan kadar tiket 27 peratus kepada RM43

[Copy link]
Post time 9-2-2016 11:23 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Zoo Negara bakal menurunkan kadar tiket sehingga 27 peratus, bagi menarik lagi ramai pengunjung melawat ke zoo berkenaan.

Timbalan Presidennya, Rosly @ Rahmat Amat Lana berkata, harga tiket terbaru tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Mac nanti.

"Jawatankuasa Zoo Negara bersetuju untuk menurunkan harga tiket di mana kedua-dua tiket zoo dan tiket melawat panda gergasi tidak lagi akan dijual berasingan.

"Kalau dulu harga tiket dewasa yang membawa MyKad, temasuk melawat panda gergasi adalah RM55. Nanti harga tersebut akan diturunkan kepada RM43. Bagi yang tidak mempunyai MyKad kekal pada harga RM85," tambah Rosly.


Sambut Tahun Baru Cina di Zoo Negara

Sementara itu bagi harga tiket kanak-kanak yang memegang kad MyKid, Rosly berkata, harga tiket akan turun kepada RM16, berbanding harga asal tiket dan melawat panda gergasi yang kini berharga RM22.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Zoo Negara pada tengah hari tadi.

Pelbagai aktiviti diadakan di Zoo Negara sempena sambutan Tahun Baru Cina tersebut, termasuk pertunjukan tarian singa dan pertandingan makan limau terbanyak.

Acara kemuncak sempena Sambutan Tahun Baru Cina di zoo berkenaan adalah pada Isnin, apabila panda Liang-Liang dan anaknya dilepaskan ke Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara, selepas lima bulan ditempatkan di unit pemeliharan khas.

Liang-Liang, anak panda dilepaskan ke Pusat Konvensi

Kedua-dua panda berkenaan kini dipamerkan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang bersama ibunya di pusat konservasi berkenaan, berbanding hanya satu jam sebelum ini.

Zoo Negara diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Zoologi Malaysia. Ia dibuka secara rasmi untuk kunjungan orang ramai pada 14 November 1963.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
membazir je...stakat nk tgk panda baik tgk dlm tv
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:34 PM | Show all posts
xpayah pergi maaf akak nangis tengok haiwan kt sana

bayangkan beruang tak de

masa akak pergi beruang tak silap akak masuk hospital

kandang2 lain tak terjaga

yang terjaga panda

maaf tak payah lah pergi kalau nak tengok haiwan lain

nak tengok panda ok

tengok haiwan lain dh tak rupa zoo

rumah setinggan lagi lawa
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:35 PM | Show all posts
elok juga harga turun.. kesian parents yang bawa anak anak ke sana....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:36 PM | Show all posts
camni punya rega, pikir byk2 kali la nk gi zoo ni.. iskkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:40 PM | Show all posts
tengok kat nat geo je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2016 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyedihkan tengok Zoo negara kita. I baru pergi baru2 ni......sedih tengok binatang yang bergayut sekor jer. Kadang 2 ekor je jantan betina. Rumput panjang, sampah sarap merata, akuarium tak berlap dan berlumut, jaring berkarat. Kawasan busuk (padahal zoo lain tak sebusuk ni) . Senang citer Zoo kita kene upgrade dan pindah ke tempat lain . Tak sesuai binatang nak duduk sebelah rumah Banglo.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Zoo negara ni since iols kecik sama je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 11:50 PM | Show all posts
Rakyat nak toll diturunkan harga. Zoo buat apa! .
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:53 PM | Show all posts
nangis tgk zoo negara nih..yg hidup mewah cuma panda jer..
jauh sangat beza dgn zoo singapore
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 11:58 PM | Show all posts
baru tau tu harganya. mahal juga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Double standard k...
Sadis...elok lepaskan je binatang2 dok dlm hutan

Sekilas pandang panda macam muka rosmah je
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
xyahla pegi
baek ko gi farm in the city ke..zoo taiping ke.. berbaloi sket
nyesal aku bawak anak aku gi zoo..sedeh nya sun bear ...
rimau pon tua bebenor..
x best lah..
last aku gi tahun 2013...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 12:24 AM | Show all posts
Baik tutup jah zoo tuh... Mcm nak tak nak jaga kebajikan hewan tu semua.

Setakat mendedahkan org ramai utk belajar benda basic psl hewan... tuh belajar dgn channel Nat Geo, Discovery dan Animal Planet etc
Let wild animals be wild. Gituh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
sad indeed for these animals were taken away from their natural habitat, captived in limited space and in dire condition with minimum care just so that some selfish humans can get some kind of 'education'
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:22 AM | Show all posts
aku pergi tahun 2010, 2013 dan 2014, masa tu dewasa rm 30
tak tahu pula dah naik rm 55
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 06:18 AM | Show all posts


Tengok panda pun kena bayar 20 hengget lebih.
Oii... rakyat mesia pun tak lapar laa nak tengok panda.
Populasi panda pun 1800 ekor lebih dah.
Kalo nak banding dengan rimau made in malaysia, sekitar 300-250 ekoq jer.... dan dijangka semakin menurun.


Kenapa mengutamakan makhluk yang asing dari bumi malaya,
....sedangkan rimau kat hutan malaya nak terberak pun dah takde tempat.


Ni idea sapa yang gatai bijik sangat pi 'sewa' panda aritu..?



Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 06:26 AM | Show all posts
sewa panda tu idea strategik utk hubungan dgn china
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 06:32 AM | Show all posts
sekngucing replied at 10-2-2016 06:26 AM
sewa panda tu idea strategik utk hubungan dgn china

Hubungan strategik...?

PRC ni opportunist.... kalu buleh dicabut-pasang semula Tembok Besar Cina tu untuk disewakan, memang dah lama dorang buat.
Setakat panda yang dah beranak pinak tu apa laa sangat.

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 06:35 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 10-2-2016 06:32 AM
Hubungan strategik...?

PRC ni opportunist.... kalu buleh dicabut-pasang semula Tembok Besar Cin ...

ya hubungan strategik jangka panjang
kita mahu hubungan baik dgn semua kuasa besar, amareka, russia, china
kalau bleh israel sekali

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.090882 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list