CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 888|Reply: 9

[Tempatan] {5} Pengemis asing terus bertambah: Kenapa tiada tindakan?

[Copy link]
Post time 10-2-2016 11:40 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Apa sudah jadi? Itulah persoalan yang timbul apabila memperkatakan mengenai kemunculan semakin ramai pengemis terutama dalam kalangan warga asing di seluruh negara.


Walaupun ia bukanlah isu baru namun pihak berkuasa seolah-olah buntu mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Pergilah ke mana sahaja waima di persimpangan lampu isyarat sekalipun anda pasti terserempak dengan pengemis asing tersebut.

Pelbagai kaedah dan cara digunakan bagi meraih simpati orang ramai. Ia termasuklah menggunakan kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan mengemis kononnya bagi mencari wang menampung kos perubatan.

Adalah sesuatu yang menghairankan kenapakah sehingga ke hari ini tiada tindakan yang benar-benar tegas bagi membanteras perbuatan tersebut. Kelompok ini menjalankan kegiatan bukan sahaja di gerai-gerai tetapi juga pinggir-pinggir jalan.

Sama ada di gerai, restoran mahupun pinggir jalan, mereka akan menghampiri orang ramai dengan menawarkan tisu, naskhah surah Yasin, tasbih atau hiasan tertera ayat-ayat suci al-Quran.

Begitu juga jika kita ke Jalan Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong-pelancong Asia Barat. Pengemis-pengemis asing itu ‘bersepah-sepah’ di pinggir jalan termasuk berhampiran hotel-hotel bertaraf lima bintang.

Sebahagian besar mereka sudah memasuki warga emas dan dipercayai berasal dari India, Bangladesh dan Myanmar, paling menyedihkan bukan sahaja kanak-kanak malah bayi juga diperalatkan.

Soalnya, kenapakah mereka boleh dibiarkan menjalankan aktiviti itu tanpa sekatan? Di manakah silapnya? Apakah sindiket jauh lebih berkuasa dan bijak berbanding pihak berkuasa? Tidakkah perbuatan itu melibatkan kesalahan dari segi Akta Imigresen? Kenapa tiada tindakan?

Begitu juga apabila kita memperkatakan soal pengemis warga tempatan khususnya melibatkan pelajar-pelajar tahfiz. Siang dan malam kanak-kanak dikerah untuk mencari wang kononnya bagi kegunaan pembangunan sekolah tahfiz mereka. Tetapi malangnya apa yang kita dengar daripada pihak berkuasa hanyalah sekadar amaran, tindakan entah ke mana.

Oleh itu sudah tiba masanya, masalah pengemis di negara ini tidak kira melibatkan warga asing mahupun tempat perlu dibanteras habis-habisan. Kita sudah bosan mendengar kenyataan demi kenyataan atau nasihat ‘tidak berisi’ yang mahukan orang ramai tidak menghulurkan sumbangan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.DKvIX9Zl.dpuf




p/s nilai wang dah la turun, currency pun asik ngalir keluar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2016 11:42 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 11:44 AM | Show all posts
no way nak kasi kat org2 asing nie.. sedangkan rakyat sendiri pun ramai yg susah2 merempat tak cukup makan.. bila kte bagi, lagi menggalakkan.. nanti dia ajak puak2 dia, anak beranak,sedara mara semua datang mintak sedekah. indirectly, dia dah amik bahagian org tempatan yg selayaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 12:00 PM | Show all posts
Berhenti dari bagi kat golongan sebegini bila tak ada yg bagi tak ada le mereka mengemis kat kawasan tu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 12:17 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 10-2-2016 12:00 PM
Berhenti dari bagi kat golongan sebegini bila tak ada yg bagi tak ada le mereka mengemis kat kawasan ...

susah..ummah melayu ni pemurah..kasi je derma..dia nak buat apa pun tak kisah janji penderma dapat pahala katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:00 PM | Show all posts
pihak penguatkuasa makan komisen derma?   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2016 01:04 PM | Show all posts
Acong replied at 10-2-2016 01:00 PM
pihak penguatkuasa makan komisen derma?

Harloooo...cuba istilah komisen tuh ko ubah sikit jadi levy atau gst...bukankah molek, sayu kedengarannya?


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat depan plaza alam sentral kan ada gerai2 makan. Yang serve warga indo, siap bernyanyi bagai. Tak lama lepas tu wanita myanmar anak 4 datang minta sedekah. Berbau sis. Tak selesa dibuatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 01:21 PM | Show all posts
pakai tudung dan kopiah...pastu cakap Assalamualaikum.......ramai la bg sedekah. try cakap Melayu ngn diorg ni, haram tak reti!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:24 PM | Show all posts
blablablabla kita jenuh cakap, orang atasan buat apa je entah. kes2 minta sedekah ni daripada la orang rohingya yang minta sedekah, sampai la bebudak tahfiz, sampailah sindiket orang buta, sampai ke orang asing skarang, masih tak selesai n tak tamat2. tired of it.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.062384 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list