CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14500|Reply: 206

[Tempatan] "Empat Tahun Kubelai, Rupanya Bukan Darah Daging Aku," - Suami Malang

[Copy link]
Post time 10-2-2016 03:20 PM | Show all posts |Read mode
"Empat Tahun Kubelai, Rupanya Bukan Darah Daging Aku," - Suami Malang



Selama empat tahun dibelai dan akhirnya sungguh mendukacitakan apabila mengetahui anak yang dibelai selama ini bukanlah anak sendiri, itulah nasib yang menimpa seorang bapa apabila menyangka anak bongsu yang dijaga dengan penuh kasih sayang bukanlah daripada darah dagingnya.

Apa yang lebih memeritkan anak berkenaan adalah hasil hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain yang disembunyikan selama empat tahun.

Semuanya terbukti selepas ujian DNA dilakukan yang dilakukan terhadap anak ketiganya itu berusia empat tahun menunjukkan 99.9 peratus sama dengan kekasih gelap isterinya.

Memetik laporan Sinar Harian, wartawan SARINAH MAT KASIM telah menemu bual Amirul di Seremban

Mengimbau kembali kejadian yang menimpanya, Amirul berkata, semuanya bermula pada 2010 apabila dia sering mendengar orang bercerita mengenai isterinya (yang kini bekas isteri) dikenali sebagai Rafidah (nama samaran) mempunyai hubungan sulit dengan rakan sepejabat berstatus suami orang.

Bagaimanapun, katanya, pada mulanya dia menganggap ia hanya 'cakap-cakap orang' dan tidak mempedulikannya.

Sehinggalah pada suatu hari, isteri kepada kekasih gelap Rafidah datang ke rumahnya di Seremban memberitahu mengenai hubungan sulit kedua-duanya.

“Saya terkejut mendengar berita itu, apatah lagi isteri lelaki itu yang datang sendiri berjumpa saya.

“Bagi mendapatkan penjelasan, saya bertanyakan sendiri kepada isteri. Akhirnya dia mengaku memang ada skandal dengan lelaki itu," katanya.

Menurutnya, disebabkan tidak sanggup menerima berita berkenaan, dia akhirnya menceraikan Rafidah dengan talak satu di hadapan ibu dan mentuanya pada Julai 2010.

"Saya buat begitu sebab sikapnya yang tidak pernah berubah walau pun sudah diberi peluang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, dalam tempoh penceraian itu, Amirul turut memberi peluang kepada bekas isterinya untuk berubah dan menginsafi diri demi masa depan anak.

Atas kesepakatan itu, katanya, mereka merujuk kembali pada November 2010 dan hidup bahagia memandangkan pada waktu itu isterinya hamil tiga bulan.

Cerai kali kedua

Bagaimanapun, kebahagiaan itu tidak lama, selepas rujuk kembali, isterinya berubah hanya seketika.

Menurutnya, pada November 2013, melalui rakan-rakan pejabatnya, Amirul dimaklumkan isterinya mula menjalin hubungan semula dengan kekasih lamanya sejak mereka dipindahkan ke pejabat sama di Rembau.

“Mereka yang merupakan penjawat awam di pejabat yang sama, tidak segan silu berkongsi kemesraan melalui laman sosial bersama teman-teman lain. Bahkan bersikap berani sehingga ke bilik tidur, walau pun kedua-duanya telah berkeluarga.

“Saya ambil keputusan menceraikannya buat kali kedua, sebelum mengetahui dia pernah ditangkap khalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel di Jempol," katanya.

Setelah berpisah, katanya, bekas isterinya bersetuju memberi dua orang anak dan hak penjagaan kepada Amirul, kecuali anak bongsu.

Menurutnya, dia kemudian mengesyaki ada tidak kena apabila abangnya menegur rupa paras anak bongsunya dengan adik beradik lain nampak tidak sama, malah jauh berbeza dari segi kulit dan gaya rambut.

Amirul berkata, setelah diteliti, paras rupa anak bongsunya mirip dengan anak keluarga lelaki kekasih gelap isterinya itu sehinggalah keputusan DNA keluar, barulah Amirul tahu anak itu sebenarnya bukan anaknya.

“Setelah empat tahun saya menjaganya, memberi kasih sayang dan menjaga sepanjang tempoh berpantang, ini balasan diterima.

“Saya tak pernah menyangka, hubungan mereka terlalu jauh sehingga melibatkan anak. Kini saya telah failkan ke mahkamah syariah bagi menentukan nasib anak itu yang selama ini ber'bin'kan nama saya,” katanya.

Amirul berkata, dia menceritakan kisah ini bagi memberi teladan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menjaga tingkah laku pasangan masing-masing. - Sinar Harian.

- Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca tadi dalam Sinar....ni lah bangsa yang Engkar tak melaksanakan hudud...tapi hujung2 Yahudi di persalahkan kenapa tak laksanakan hukum Taurat....

Senyum sinis je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka lah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:25 PM | Show all posts
woww.. hebat tul dugaan bro nie. anak jugak yg jadik mangsa di hujung hari.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nanti mesti mod potong kedit..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nasib anak itu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 10-2-2016 03:25 PM
woww.. hebat tul dugaan bro nie. anak jugak yg jadik mangsa di hujung hari.

betul tu.. harap dia tak salah kn atau benci anak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jalang nya pompuan tu..dah cerai tu skandal tu amek jadi bini ke ofkos tak kan..padan muka




bila mobile version nak elok ni..tensen betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 03:29 PM | Show all posts
kesian anak tu, anak tu tak berdosapun...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 10-2-2016 03:27 PM
jalang nya pompuan tu..dah cerai tu skandal tu amek jadi bini ke  ofkos tak kan..padan muka



nape uols.. ai pakai mobile version nih helok jew..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Munah_Sexy replied at 10-2-2016 03:30 PM
nape uols.. ai pakai mobile version nih helok jew..

taip kat quick reply tu 'space' macam tak function..kalau reply orang ok je
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:35 PM | Show all posts
oh my gucci bini yg x sedar di untung....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:39 PM | Show all posts
hebat betul sabar org ni.. aku salute.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:42 PM | Show all posts
masih ada lg rupa nya lelaki yg baik2..
bini pulak buat hal..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:49 PM | Show all posts
Cinta terlarang isterinya membuat suaminya derita......
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Test reply.. Ok jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau suami dia ada setitik rasa tak redha...tak cium bau syurga pompuan tu apetah lagi nak masuk....patut bersyukur suami ko izinkan engko kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 04:00 PM | Show all posts
Kalo benar terjadi pun siapalaah nak cerita kisah begini kat pekerja sinar harian yang lemah lagi hina. Buang masa saja
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 04:02 PM | Show all posts
haryatie replied at 10-2-2016 03:42 PM
masih ada lg rupa nya lelaki yg baik2..
bini pulak buat hal..

ramai je sis. cuma xmsuk berita lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
yg gigih nk rujuk2 lps cerai tu knp...dayus okay...aku sbg ppuan bc berita mcm ni pun rs nak marah.ko yg suami blh acah2 mcm tu plk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.091938 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list