CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16507|Reply: 279

[Tempatan] Putrajaya kini dilingkari rumah dan kondo mewah

[Copy link]
Post time 10-2-2016 07:17 PM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA 9 Feb.  -  Sejak Putrajaya diumumkan untuk dibangunkan kira-kira 20 tahun lalu, tiada siapa pun menyangka sebuah kawasan ladang getah dan kelapa sawit yang terletak di sebuah kawasan terpencil di Prang Besar, Sepang bakal membangun dengan ciri-ciri moden dan futuristik.

Pada awal pembinaannya, permintaan terhadap hartanah di Putrajaya amat perlahan dan ramai menganggap bandar pintar ini hanya sesuai didiami oleh golongan pesara kerajaan dan penjawat awam sehingga menyebabkan harga seunit rumah teres di sini berada pada harga kira-kira RM200,000 seunit.

Namun, selepas Putrajaya rancak membangun sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, harga hartanah di sini mula meningkat naik malah, perumahan mewah di sini mula menjadi rebutan golongan elit sama ada untuk menetap atau memiliki aset.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings (PjH), Datuk Azlan Abdul Karim, perumahan di Putrajaya telah dirancang dengan terperinci untuk didiami dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat selain daripada pelbagai peringkat pendapatan.

Jelasnya, sebanyak 50 peratus kawasan perumahan diperuntukkan untuk kediaman kakitangan kerajaan (kuarters kerajaan) dan selebihnya untuk orang awam.

“Sejak awal pembinaan, PjH telah menyediakan pelbagai jenis rumah untuk pilihan, iaitu daripada jenis banglo, rumah berkembar, rumah teres, pangsapuri dan kondominium yang harga jualannya adalah berdasarkan harga pasaran.

“Di Putrajaya kini, terdapat sejumlah 2,538 unit rumah mampu milik yang telah dijual pada harga sekitar RM49,000 yang telah lama disiapkan dan diduduki di Presint 9 dan juga Presint 11, pada masa sama, PjH turut dalam perancangan untuk membina sejumlah 2,860 unit lagi rumah mampu milik ini pada masa hadapan di Presint 19,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tambahnya, pada tahun lalu, pihak PjH juga telah berjaya menyiapkan dan menyerahkan sejumlah 560 unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 yang mana rumah-rumah ini berharga antara RM120,000 untuk keluasan 850 kaki persegi dan RM150,000 untuk keluasan 1,006 kaki persegi.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan membina sejumlah 7,872 unit Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang dikhaskan untuk penjawat awam di Presint 5, Presint 11 dan Presint 17 dengan harga rumahnya adalah di bawah harga pasaran.

“Oleh itu, dakwaan yang mengatakan harga rumah di Putrajaya adalah terlalu tinggi, atau Putrajaya dilingkari rumah dan kondo mewah, serta tidak mampu dimiliki adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Azlan berkata, pihaknya tidak menafikan terdapat permintaan yang tinggi untuk rumah berprestij dan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ia dirancang secara terperinci, mempunyai alamat paling unggul di Malaysia dan mempunyai jalinan jalan raya dan sistem pengangkutan yang moden serta efisien.

Faktor lain, katanya, pembangunan yang mampan dan mengamalkan amalan binaan mesra alam seperti 40 peratus kawasan hijau, penggunaan bahan kitar semula dan berbagai lagi aspek turut menjadikannya pilihan golongan elit untuk menetap di sini.

"Selain itu, faktor PjH sendiri yang merupakan pemaju yang boleh diyakini mendorong pembeli mempunyai keyakinan bahawa kami dapat menyiapkan projek seperti yang dijanjikan selain, nilai hartanah yang sentiasa meningkat," jelasnya.

Ditanya jenis pembeli rumah yang berprestij di sini, katanya, kebanyakan pembeli rumah berprestij merupakan golongan korporat daripada berbagai kaum dan sektor.

Malah, katanya, pihaknya turut menyediakan kemudahan diskaun kepada kakitangannya, kakitangan KLCC dan Petronas supaya menjadi pendorong untuk sesetengah warga kerja Petronas dan anak syarikat Petronas memiliki hartanah di Putrajaya.

Sementara itu, ditanya faktor yang mendorong hartanah di Putrajaya menjadi begitu tinggi, jelasnya, ia disebabkan terdapat permintaan untuk kediaman untuk golongan yang berpendapatan tinggi, lokasi yang strategik dan terancang serta pembangunan mampan.

“Kebanyakan rumah yang berprestij pada harga yang tinggi dibina di pesisiran tasik Putrajaya, pembangunan hijau dan jenis kediaman banglo dan town villa yang mempunyai keluasan melebihi 5,000 kaki persegi.

“Hiasan dalaman yang menggunakan produk bermutu tinggi dan kos tanah yang mahal disebabkan kos infrastruktur dan kemudahan awam yang bertaraf dunia juga merupakan faktor harga hartanah meningkat,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi rumah binaan pjh ini berkualiti lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Putrajaya adalah bukti kemampuan melayu merancang, membangun dan memiliki perbandaran yang maju dan lestari, dengan ekosistem yang seimbang, selain gaya hidup kondusif antara keduniaan dan keagamaan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
RM150000 utk 1000sqft??? Arghhhh... Lagi murah drpd Rumah Selangorku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
aku klo beli umah, aku beli area shah alam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 07:35 PM | Show all posts
macai ketuanan melayu KImK dah masuk, bukti ketuanan melayu bla22, rasuah xnk komen ka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2016 07:43 PM | Show all posts
taman2 perumahan kat putrajaya cantik sebab x de ubahsuai yg melampau dan pelik2..

kalu kt tmpt lain mula2 buat tu lawa la...sbb nampak seragam..pastu bila dah renovate ntah pape semua tu trus nmpk cacamerba..buruk
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 10-2-2016 07:30 PM
aku klo beli umah, aku beli area shah alam.

Boleh kongsi sebab2nya? Tq ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 10-2-2016 07:30 PM
aku klo beli umah, aku beli area shah alam.

Haah. Npe shah alam. Dan bukan bangi ke ..putrajaya ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
PriMA vs skim perumahan bawah kerajaan negeri biasanya bawah state lagi murah..baik johor dan selangor
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Residential area Putrajaya ni nampak tersusun dan bersih jah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 08:26 PM | Show all posts
iols klu ade duit dan mampu pon teringin rumah sekitar putrajaya....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Putrajaya mmg best utk family settle down juga. Byk park, garden dan lake.pagi or ptg bole la pegi riadah jogging.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 08:49 PM | Show all posts
Wait for more dev peps
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 09:11 PM | Show all posts
mana la peon tak sakit hati

orang lain beli rumah

dia sibuk bayar hutang along, AKPK
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kondo depan Alamanda harga setengah juto siap perabot semua.
Aku rase macam ok jek.
800+++sqf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 09:27 PM | Show all posts
Dah 8 tahun stay putrajaya, kerja putrajaya, bosan nak mam

jarak Presint terlalu luas antara satu sama lain... cepat je bergerak mileage aku utk next service.

shoping mall Alamanda bosan nak mam... asyik bertukar lot je... IOI CIty Mall besar tapi terasa jiwa kosong berbanding pesaing dia mcm Mid Valley

stesyen minyak sikit.... sebelum masuk putrajaya silalah singgah isi minyak dulu di mana-mana petrol station di LDP highway tu.. kalau tak nescaya minyak akan habis nanti pusing2 cari stesyen minyak tak jumpa

signboard dia guide ikut jalan jauh.... dan korang akan berpusing di tempat yg sama kalau tak biasa

kedai makannya tak sedap & mahal pulak tu... termasuk pasar tani dan pasar malam dia. cthnya, tmpat lain jual santan 1.80, putrajaya genapkan terus jadi 2 ringgit

rumah kalau nak renovate luar tak boleh

takde pagar

takde disco atau bar

org2 kat sini jurang yg kaya terlalu jauh dgn middle income sebab sini banyak government servant
org putrajaya jangan lahariku

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 09:33 PM | Show all posts
dah abang2 akak2 PTD pun ramai kat Putrajaya, maka ramai sangat yang mampuuuuuuuuuuuuuuu beli kondo rega sejuta bagai
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 09:53 PM | Show all posts
yup2..kawasan kt putrajaya nmpak cantik..tersusun..kemas...bersih je kan..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:19 PM | Show all posts
aku tak suke putrajaya, taktau ngapa. rasa kosong bila ada kat sana..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.097614 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list