View: 4620|Reply: 49
|
[Tempatan]
Tidak salah pakai baju Cina
[Copy link]
|
|
SIMPATI saya kepada Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman. Walaupun telah memohon maaf secara terbuka, beliau masih menjadi kontroversi baik dalam kalangan parti juga orang luar parti.
Semuanya gara-gara tersilap pakai baju. Seperti yang dilaporkan media Adun Paya Jaras itu menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Monyet anjuran masyarakat Tionghoa di Wangsa Permai, Kepong.
YB berkenaan telah memakai baju Cina yang dipercayai menyerupai Dewa Cao Guo Jiu. Beliau tidak tahu apa yang dipakai itu ada kaitan dengan dewa berkenaan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sesetengah orang Islam.
Dengan ikhlas wakil rakyat berkenaan telah memohon maaf kepada seluruh umat Islam, juga kepada pucuk pimpinan parti, dan sedia menerima apa sahaja tindakan parti.
Beliau dicemuh. Ada yang menuduh beliau menggayakan pakaian Cina hanya untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu dalam PRU akan datang. Kenapa pakai baju Cina ketika menyambut Gong Xi Fa Cai? Ada yang sinis: Pakai baju Tokong Cina pun jangan harap dapat undi Cina!
Kalau betul apa yang dipakai itu mirip dewa sembahyang Cina, para ulama lebih arif untuk menilai dan mentakrifkan hukum. Tetapi kalau yang dipakai itu baju Cina biasa mengikut adat, saya fikir tidak ada salahnya.
Sama ada beliau memakai baju Cina itu untuk memikat hati pengundi Cina atau saja suka-suka sempena kedatangan Tahun Monyet, hanya beliau yang lebih tahu. Sepatah kata orang sekarang ‘sendiri mahu ingatlah!’
Cuma beliau orang politik, kalau ada kesilapan tentu sahaja orang politik lain menjadikan itu sebagai isu. Malah mungkin ada orang bukan politik pun ingin tumpang sekaki sengaja hendak menghangatkan isu.
Almaklumlah dalam masyarakat kita apabila tercetus isu ada sahaja nasi tambah @ kaki sibuk. Kerap pula nasi tambah terlebih acah, sehingga isu yang kecil diapi-apikan menjadi besar. Telah banyak terbukti benda-benda kecil boleh menyebabkan kita berpecah.
Berbalik kepada baju Cina, pada saya masyarakat bukan Cina – termasuk Melayu @ Islam – boleh sahaja memakainya. Malah, bukan sahaja pakaian Cina, kita juga boleh memakai pakaian India, Banggali, Portugis, Pakistan, Arab, Dayak dan lain-lain pakaian kaum.
Bagi orang Melayu mereka boleh berpakaian dan berfesyen ikut mana-mana kaum dan budaya, selagi apa yang dipakai dan ditiru itu tidak bercanggah dengan hukum syariah. Contoh, wanita Melayu tidak sesuai memakai ceongsam, sebab pakaian tradisi Cina itu mendedahkan aurat.
Maka, janganlah dijadikan isu Melayu pakai baju Cina, atau India pakai baju kebaya, atau Cina memakai sari India yang nampak pusat itu. Hatta jangan kisah juga sekiranya Shah Rukh Khan memakai baju Melayu lengkap samping, tanjak, capal dan keris.
Lagi pun selama ini kita lebih banyak memakai baju orang putih. Seluar panjang, kemeja, tali leher dan jaket, kasut kulit, topi, tali pinggang, semua itu adalah pakaian mat salih.
Kalau boleh berpakaian cara mat salih, apa salahnya pakai baju Cina? Tetapi biasalah, kita mengamalkan double standard dalam banyak hal. Kalau makan menggunakan sepit @ chopstik dikatakan kafir, tetapi jika makan bersudu dan bergarpu tidak pula dianggap kafir pada hal sudu dan garpu bukan cara Melayu!
Secara peribadi sebagai orang Melayu totok, saya suka sekali sekiranya kita semua menggayakan pakaian tradisional Melayu setiap hari, di mana sahaja. Wanita berbaju kurung, lelaki baju Melayu lengkap.
Tetapi kita sendiri tidak membanggakan dan memuliakan pakaian tradisional Melayu. Kita berbaju Melayu hanya pada majlis-majlis tertentu. Sesetengah jabatan menggalakkan kakitangan berbaju Melayu setiap Jumaat.
Tetapi baju Melayu dipakai tidak lengkap. Ada yang berbaju Melayu digayakan dengan seluar biasa; baju merah, seluar hitam. Ada yang berbaju Melayu tanpa samping, tanpa songkok. Malah, ada yang baju Melayu pakai topi.
Pada saya kalau hendak dijadikan isu bukan orang Melayu pakai baju Cina atau baju India. Isu yang lebih besar dan patut diambil perhatian ialah orang Islam, termasuk gadis dan wanita, menggayakan fesyen yang terbuka atas bawah, depan belakang.
Orang kita mendedahkan betis, paha, lengan, ketiak dan dada sama seperti mempamerkan buah betik dan mangga siam di pasar lambak atau pasar malam. Itulah isunya!
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/abdul-jalil-ali/tidak-salah-pakai-baju-cina-1.483850
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah pun nak pakai baju cina ke, baju india ke, baju portugis ke.. Tapi bukan la sampai pakai baju menyerupai dewa ke, sami ke, jesus ke.. Cash la untuk pemimpin PAS itu |
|
|
|
|
|
|
|
inilah org melayu...
benda cam ni yg jadi isu..
hmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
rupa mana baju nya
pelik sgt ke baju nya... |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam ada kan gambarnya?
Lengkap siap janggut pelesu gitew |
|
|
|
|
|
|
|
Ni la org melayu, benda macam ni pun nak sentap.. Otak letak kat lutut..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku besa je pakai baju Cheongsum time raya cina |
|
|
|
|
|
|
|
Takat pakai baju tu ok
Tp dia pakai costume dewa tu yg isunya.
Pakaila costume shaolin kungfu ke apa ke, siapa pun x berbunyi |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh berpakaian cara mat salih, apa salahnya pakai baju Cina? Tetapi biasalah, kita mengamalkan double standard dalam banyak hal. Kalau makan menggunakan sepit @ chopstik dikatakan kafir, tetapi jika makan bersudu dan bergarpu tidak pula dianggap kafir pada hal sudu dan garpu bukan cara Melayu!
X pernah pula dengar mkn guna dikafirkan.
Pandangan peribadi penulis agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
OMG.. sape punye keje ni ckp cenggitu? aku slalu guna chopstik bila makan mee..
|
|
|
|
|
|
|
|
At least dia menutup aurat, dan niat di hati bukan nak menyembah dewa ke ape just sekadar menyambut cny je bkongsi rasa bsama masyarakat cina,iols rs xsalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lina66 replied at 11-2-2016 09:44 AM
OMG.. sape punye keje ni ckp cenggitu? aku slalu guna chopstik bila makan mee..
Encik Jalil Ali penulis artikel tu.
Mungkin 29 thn dulu ada org kata gitu..
Now i x pernah dgr pun.
I even hv chopsticks at home. Doesnt make me less muslim |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupon aku xsetuju dgan pas, tpi dlm hal ni takde salah pon nak pakai baju cina. Babi rasis mana yg dok mencemuh pelbagai tu? Sikit2 paranoid dgan cina. Dasar meleis caprut pprt, baik balik yendon je la kalau nak duduk dgan puak2 meleis. Bongok betul |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
isu melayu semenanjung. patutlah saleh keruak bilang 2020 gagal itu wawasan. |
|
|
|
|
|
|
|
tp kan..dalam hal ini pacik tersebut mmg agak sedikit over dalam berpakaian..less is more okeh
|
|
|
|
|
|
|
|
u less melayu sebab guna chopstick
|
|
|
|
|
|
|
|
spesis perasan lebih islam dr org lain gitu la.... sunnah nabi taknak ikut katanya...... agak2 la nak bodoh pun mkn mee sup nak ngan tgn...
|
|
|
|
|
|
|
|
cash? dewa pas sudah 'bersihkan' ini yb lah. tiada dosa. cuma missunderstanding. cash returned
|
|
|
|
|
|
|
| |
|