CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2344|Reply: 21

[Tempatan] Curi gelang emas rakan sekerja yang sedang pengsan

[Copy link]
Post time 11-2-2016 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 11-2-2016 01:56 AM

Curi gelang emas rakan

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/curi-gelang-emas-rakan-1.483911

Wartawan Sinar Harian
11 Februari 2016


Mohd Al-Muizz dipenjara enam bulan selepas mengaku salah mencuri seutas gelang emas milik rakan sekerjanya yang sedang pengsan.

KUALA TERENGGANU - Gara-gara mengambil kesempatan mencuri gelang emas milik rakan sekerja yang sedang pengsan, seorang pekerja kedai kain terpaksa meringkuk di penjara selama enam bulan.

Keputusan itu dibuat selepas Mohd Al-Muizz Ali Hassan, 24, mengaku salah mencuri seutas gelang tangan emas milik rakan sekerjanya pada 23 Januari lalu di tempat kerja mereka yang terletak di Gong Badak, Kuala Nerus, kira-kira jam 3.30 petang.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan jenayah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur Adila Mat Zaidan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian itu, mangsa yang juga bekerja di premis sama secara tiba-tiba telah pengsan ketika sedang bekerja.

Mohd Al- Muizz dan beberapa rakan sekerja lain membantu mangsa dengan membawanya ke dalam surau disediakan di premis tersebut.

Semasa mangsa dalam separuh sedar, dia ternampak Mohd Al-Muizz telah mengambil gelang tangan yang dipakainya bernilai kira-kira RM2,000 sebelum memasukkan ke dalam poket seluarnya.

Selepas mangsa sedar sepenuhnya, dia mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan susulan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 10:00 AM | Show all posts

Tak guna punya kawan.. Kawan makan Kawan
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:26 AM | Show all posts
selayaknya meringkuk la ko dlm pgr besi tu...mati kutu weiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:28 AM | Show all posts
bugima punya org..merengkok lah kau.

p/s akak @MissNigga tak bergetar ke tgk duck face abg polisi tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:32 AM | Show all posts
sempat lg tue..mencuri
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama sikit punya islamic....

Baik bubuh nama Firaun je....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2016 10:50 AM | Show all posts
padan muka hang meringkuplah hang dalam pnjara tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:52 AM | Show all posts
Buruknya perangai pura2 membantu tapi ada niat nak mencuri rupanya.  Bila ada kes kemalangan jalanraya pun ada je kes sebegini habis barang mangsa kena curi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 10:55 AM | Show all posts
sebat je tangan tu. bese dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambik kesempatan ats kesusahan org layen
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:59 AM | Show all posts
perlu ke ambik kesempatan kat org mcm tu? lahanat btl.. ade bini ke x lg ni? wat malu bini je.

entah2 dia hadiahkan kat bini dia, konon2 bg surprise. bini pun hepi duk pungpang2 laki dia bg emas..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:34 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 11-2-2016 10:26 AM
selayaknya meringkuk la ko dlm pgr besi tu...mati kutu weiii

masuk penjara jgn lupa kena tonggeng skali lelagi muka jambu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nasib ada ramai..klu kena rogol
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:41 AM | Show all posts
muda2 dah mencurik. apa nak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
nate beghok mana dok ambik kesempatan ni pantang sungguh aku org cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 01:58 PM | Show all posts
kucen_miang replied at 11-2-2016 10:28 AM
bugima punya org..merengkok lah kau.

p/s akak @MissNigga tak bergetar ke tgk duck face abg polisi ...

tak taste ler uols ...

tapi kalo nengok molot tu .. pergh ... mesti kuat menyedut...... sekali dapat .... perghhhhhhhhh .. meraung tak hengat dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 02:00 PM | Show all posts
tukang curi tu mesti cakap camni "woi aku curi gelang kena tangkap, najib curi 2.6bilion tak kena tangkap ponnnnnnnnnnnnnnnnnn"
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 02:35 AM | Show all posts
kemaruk replied at 11-2-2016 02:00 PM
tukang curi tu mesti cakap camni "woi aku curi gelang kena tangkap, najib curi 2.6bilion tak kena ta ...

mamat sengkek macam ko ni mesti paham perasaan diaorang, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 08:30 AM | Show all posts
Ni rentetan kes histeria kedai kain la kot
Dalam histeria histera sedar jugak eh
Ingatkan orang histeria ni 'tak sedar kan diri'
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn pengsan terus...separuh sedar.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.074666 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list