CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3994|Reply: 52

[Tempatan] Najib - Kurangkan persiapan karpet merah, hidangan istimewa

[Copy link]
Post time 11-2-2016 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Kurangkan persiapan karpet merah, hidangan istimewa
10 Februari 2016


Perdana Menteri dan rakyat.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perbelanjaan yang digunakan untuk majlis sambutan lawatan kerja dan rasmi beliau serta menteri-menteri Kabinet dikurangkan selaras dengan langkah berjimat cermat kerajaan.

Berdasarkan pemerhatiannya melalui lawatan-lawatan kerja yang dilakukan baru-baru ini, Najib berkata beliau melihat masih ada perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dielakkan.

"Saya berterima kasih untuk segala persiapan menyambut kehadiran saya. Saya faham sekiranya ada protokol yang perlu diikuti, tetapi di mana boleh, kita kurangkan persiapan seperti karpet merah, hidangan istimewa dan sebagainya.

"Fokus utama kita adalah rakyat, bukan protokol," kata perdana menteri dalam entri terbaharu beliau dalam blog NajibRazak.com.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pada mesyuarat Jemaah Menteri pertama 2016 di Putrajaya pada 6 Jan lepas, beliau telah mengingatkan Kabinet dan kementerian-kementerian untuk membelanjakan peruntukan yang diberi secara berhemat.

Perdana menteri berkata setiap lawatan kerja yang dilakukannya adalah bertujuan untuk bersama rakyat, mendengar masalah mereka dan mencari jalan penyelesaian bersama.

"Alhamdulillah, saya nampak rakyat menerima baik pendekatan sebegini agar masalah mereka mendapat perhatian dan penyelesaian secepat mungkin," katanya.

Menurutnya dalam setahun dua tahun ini, beliau telah merasmikan banyak majlis dan membuat lawatan kerja di seluruh negara. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.ini lah antara langkah langkah yang mula mula Almarhum Tok Guru buat ketika menjadi MB Kelantan.selain daripada tak menggalakkan perempuan kerja malam kecuali bidang tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 03:54 PM | Show all posts
inilah yang sewajarnya diamalkan

kurangkan belanja-belanja yang tidak perlu
sekadar untuk hiasan dan kosmetik, dan tumpukan
kepada agenda dan pengisian sebenar setiap satu program itu

syabas
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 03:57 PM | Show all posts
hurmmm next...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak mah cmne?dia nak sambutan extravaganza
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:04 PM | Show all posts
hidup najib
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2016 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak tau Nak gelak ke apa....patutnya dari dulu dah Buat camni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:06 PM | Show all posts
Apsal aku rasa nak muntah ni???!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 04:07 PM | Show all posts
lor.. patut dah lama pun buat. dunia jek ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:12 PM | Show all posts
Elections nearing......

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:14 PM | Show all posts
dizeck replied at 11-2-2016 03:54 PM
inilah yang sewajarnya diamalkan

kurangkan belanja-belanja yang tidak perlu

Kalau 2.2 billion tak dipulangkan balik....boleh ler enjoy sakan dulu...kasi sampai abis...kheenen?


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
harap betul la
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:17 PM | Show all posts
honeylynn replied at 11-2-2016 04:06 PM
Apsal aku rasa nak muntah ni???!!

Ko baru nak muntah, aku dah muntah kuning.................
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:17 PM | Show all posts
kenapa tidak dimulakan dari awal
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:18 PM | Show all posts
bagus la klu macam tu......
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:20 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 11-2-2016 04:17 PM
Ko baru nak muntah, aku dah muntah kuning.................

awat xde ke muntah hijau? aku dh hilang kata2 kalu citer psl makhluk ni. Ayat cerca yg ada pun terlalu baik rasanya. hakhakk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 04:24 PM | Show all posts
yer ker tu..
mcm x caye jerk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:40 PM | Show all posts
dizeck replied at 11-2-2016 03:54 PM
inilah yang sewajarnya diamalkan

kurangkan belanja-belanja yang tidak perlu

kalau kau kenal dgn jailani,  suruh dia jgn mengada2 lebih2 sgt.  sebab dia yg menyebabkan imej najib tercalar teruk....  

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:50 PM | Show all posts
zeed replied at 11-2-2016 04:03 PM
Kak mah cmne?dia nak sambutan extravaganza

kak mah mana pergi lawatan2 pprt kpg2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah tu.... propa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.398376 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list