CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2062|Reply: 9

[Tempatan] Kenapa ye bgnn bersejarah mudah dilupuskan? Syabas Jbtn warisan bertindak pnts

[Copy link]
Post time 12-2-2016 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik Vivekananda Ashram gagal batal keputusan Jabatan Warisan Negara

Hari ini, 7:51 malam     Hari ini, 7:55 malam




Syarikat Vivekananda Ashram Kuala Lumpur hari ini gagal membatalkan keputusan Jabatan Warisan Negara untuk mewartakan kawasan bangunan Vivekananda Ashram di Brickfields, yang berusia 110 tahun, sebagai tapak warisan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan syarikat itu bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan itu.

Hanipah membuat keputusan itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk David Gurupatham, yang mewakili syarikat itu selaku pemohon.

Turut hadir dalam prosiding itu ialah Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob yang bertindak bagi pihak Jabatan Warisan Negara, Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara Dr Zainah Ibrahim, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai responden.
Mazlifah ketika ditemui pemberita berkata mahkamah turut menolak permohonan syarikat Vivekananda untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman atas alasan permohonan itu adalah pramatang dan bersifat akademik.

Mahkamah juga tidak membuat sebarang perintah berhubung kos, katanya.
Mazlifah berkata permohonan itu pramatang berikutan tindakan syarikat Vivekananda memfailkan permohonan itu lebih awal sebelum proses rayuan kepada menteri pelancongan dan kebudayaan Malaysia selesai.

"Pemohon telah membuat rayuan kepada menteri pelancongan dan kebudayaan menerusi sepucuk surat bertarikh 7 Oktober 2015. Bagaimanapun, sebelum menteri berkenaan membuat keputusan berhubung rayuan itu, permohonan ini difailkan pada 13 Oktober 2015," katanya.

Menteri berkenaan kemudian menolak rayuan itu dan mengekalkan kawasan berkenaan sebagai tapak warisan.

Pada 13 Oktober tahun lepas, syarikat Vivekananda yang juga pemilik hartanah berkenaan, memfailkan permohonan itu bagi memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan dan notis bertarikh 15 Julai 2015 jabatan berkenaan yang akan mewartakan kawasan bangunan Vivekananda Ashram, berkeluasan 43,558 kaki persegi (13,276.47 meter persegi) sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Syarikat itu juga memohon satu deklarasi bahawa kawasan sekitar bangunan itu tidak didefinisikan sebagai warisan semula jadi atau warisan kebudayaan untuk diwartakan sebagai tapak warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, sebaliknya hanya bangunan Vivekananda Ashram diwartakan sebagai tapak warisan.
Pemohon juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah mandamus supaya Jabatan Warisan Negara mempertimbang cadangan untuk mewartakan hanya bangunan Vivekananda Ashram sebagai tapak warisan dan membenarkan hartanah persekitarannya untuk dimajukan.

Syarikat itu turut memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan perintah perlindungan interim jabatan berkenaan dan secara alternatif, jabatan itu membayar ganti rugi kepada syarikat itu kerana telah dilucutkan kegunaan hartanahnya.

Selain itu, syarikat berkenaan juga memohon perintah injuksi interim untuk menghalang jabatan berkenaan daripada mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat dan tapak bangunan terbabit sehingga permohonan selesai.

Sehubungan itu, ia memohon gantirugi RM60,093,920 daripada Jabatan Warisan Negara sebagai pampasan kewangan kerana syarikat itu dinafikan hak asasinya untuk menggunakan hartanah berkenaan.
- Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak company tu...huhu tp kt mlaka ni... semua dh hlng...tingl sekerat dua ni hah bngunan dia... semua singapore pegang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus2, warisan sejarah dikekalkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:54 PM | Show all posts
aku tak suka syarikat pelahap
ni kerja nk buat rumah, tak pun commerical building lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 10:46 PM | Show all posts
Pelancong datang nak tengok bangunan bersejarah elok le dikekalkan bangunan bersejarah ni, kalau bangunan modern kat tempat dia org pun banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 10:53 PM | Show all posts
amboi classicnya senibinanya , ye?

apa sejarah ye , hmm interesting...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2016 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa dah tanah dia, dia punya bagunan, suka hati la nak roboh buat commercial atau perumahan. Setakat bagunan dah berumur 110 tahun terus nak jadi warisan sejarah. Rumah korang nanti nak masuk umur 90 tahun cepat2 robohkan nanti tanah korang tak dapat kat cucu cicit, government ambil jadi warisan sejarah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 13-2-2016 12:08 AM

Jgn main2.kwn i beli tnh kt gombak lsg x blh buat apa.dbkl dh zoning kan green.mmg x blh usik lsg.takat buat rumah kau sebijik lps la.dia beli kt area2 utan.konon utk future development.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2016 12:17 AM | Show all posts
kesian...... tak dapat bina kondo......  

tanah seekar tu boleh buat kondo pe?  
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kat brickfield kan...memang area ummah estet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 1.565149 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list