View: 6178|Reply: 62
|
[Tempatan]
Sirap bandung RM4 segelas di kedai mamak terkenal di Ampang
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 13 Feb. – Akibat mengenakan harga makanan yang melampau, sebuah restoran nasi kandar terkenal dekat Ampang di sini diminta memberi penjelasan dalam tempoh tujuh hari kepada Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Malah, restoran berkenaan juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 apabila mengenakan kadar harga yang berbeza dengan harga dile­takkan di papan tanda dinding restoran terbabit.
Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat beberapa jenis makanan di restoran tersebut telah dijual pada harga tinggi.
Sebagai contoh, katanya, makanan seperti maggi goreng telah dijual pada harga RM6.50 sepinggan, mi goreng daging RM11.50 dan sirap bandung berharga RM4 segelas.
“Malah, kita juga mendapati harga roti telur yang dipamerkan di dinding adalah RM2.90 tetapi harga bayaran pula sebanyak RM3 dan ini merupakan satu kesalahan yang kita boleh ambil tindakan.
“Oleh itu, kita telah keluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 apabila pemilik restoran diberi tempoh seminggu untuk memberi maklum balas bagi kita melihat sama ada perbuatan pencatutan berlaku atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di restoran tersebut di sini hari ini.
Mohd. Roslan berkata, restoran berkenaan juga didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1991 apabila menyimpan 200 kilogram gula tanpa permit yang sah.
“Kita telah melakukan pemeriksaan di ruang simpanan bekalan restoran dan mendapati mereka telah menyimpan gula dan kita akan ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1991,” jelasnya.
Dalam pada itu, Mohd. Roslan turut mengingatkan semua pengusaha restoran nasi kandar agar tidak menaikkan harga makanan dengan sewenang-wenangnya.
“Saya memberi amaran kepada restoran nasi kandar agar tidak menaikkan harga kerana ini merupakan satu kesalahan dan jika kita dapat mengesan, mereka boleh diambil tindakan tegas,” jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Roti telor 2.90? Ko pakai telor ostrich ka |
|
|
|
|
|
|
|
qronaldo7 replied at 14-2-2016 07:34 AM
Roti telor 2.90? Ko pakai telor ostrich ka
Telur ostrich beso sgt...die pakai telur masin kot..mahal skit dr ayam |
|
|
|
|
|
|
|
mrk bukan bangsa Malaysia kan ?!!
jadinya mcm nak songlap , nak rentap semua duit rakyat Malaysia ,apa cara ,apa kaedah janji masyukkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelita ke line clear |
|
|
|
|
|
|
|
roti telur 2.90
mmg parah, klu dibiar akan jadi rm5 dlm setahun |
|
|
|
|
|
|
|
Masa duk kt utara, iols mmg mkn kt kedai mamak,..
Tapi kalau kt kl, atau lain2, xrasa nk mkn kt situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
penat dh aku nk cite, tpi org x phm2 lgik
segelas sirap bandung rm4 merangkumi
gaji,pekerja,epf,socso,sewa kedai, bil letrik,air,indhwater, astro, stremyx, tol,minyak, sabun, span, cukai pintu,cukai pendapatan, cujai tanah dll. ang pa mkn gaji mne pikir suma ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Hadap sgt makan di restoran nasi kandar. Order minum air sirap bandung sebab bayangkan harga murah. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm fmly,aku sorang je x suka roti telo..rasa hanyir jer.ank2 aku blh mkn sampai 2 keping sorang.skrg ni aku perasan mmg roti telur dh melebihi rm2 kan!!dlm 2.50-2.70 gitula kot.slu nye aku main bayar je..aku mmg x minat g kedai mamak tp ank2 suka sgt mkn roti telur,roti tisu,maggi goreng,roti nan segala.slu melepak dgn kwn2 kot time belajo |
|
|
|
|
|
|
|
Roti tulur RM2.90 tapi harga bayaran RM 3.00.......macam lahanat jerk....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahai untuk restoran taraf biasa...tp restoran mewah ok ja harga tu |
|
|
|
|
|
|
|
mahai mahai tapi dok lepak jugak kan? tapi order air je lah, dok 4-5 jam sembang. |
|
|
|
|
|
|
|
Air kat mamak puas hati la mahal pun. Milo dia memang rasa milo. Teh,kopi dia memang pekat, terasa. Cuba lepak kedai acik melayu. Teh,milo rasa skyjus je. Tapi kalau lebih rm3 tu mahal la. |
|
|
|
|
|
|
|
Susu pekat naik harga,gula naik harga...pekerja pun minta naik gaji |
|
|
|
|
|
|
|
X terasa nk lepak di kedai2 makan mamak nih. Mahal semacam jer. Kalo pergi pon, sebab member ajak. Everytime nak bayar harga minuman, aku selalu bayangkan yang cashier kedai mamak adalah pencuri duit aku. Disgusting creature ever. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini lagi mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg sgtlah betul.. Saya kalau mkn kedai melayu, air suam, sirap. Kopi, teh nescafe mamak still the best tak kedekut..
|
|
|
|
|
|
|
|
kedai mamak subaidah kat tempat iols senyap2 je naikkan harga...ada beberapa kali iols sound direct, sekarang dah turun balik...tapi still mahal lagi...macam syialllll |
|
|
|
|
|
|
| |
|