CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1507|Reply: 5

[Dunia] Pengetua Gangster

[Copy link]
Post time 14-2-2016 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Majlishpur (India): Seorang budak lelaki yang keluar sebentar dari pekarangan sekolah untuk melambai kepada ibu bapanya maut selepas dibelasah pengetuanya sebagai hukuman.

Keluarga Shamim Mullick, 13, menuduh kakitangan di Al Islamia Mission School di Majlishpur menyebabkan kematian mangsa dan polis mengesahkan sudah menahan pengetua terbabit selain pemilik sekolah itu.

Shamim dilaporkan dimarahi gurunya selepas melambai untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapanya yang datang melawat anak tunggal mereka di sekolah berasrama penuh berkenaan pada hujung minggu lalu.

Namun, pengetua yang berang dengan tindakan keluar dari pekarangan sekolah tanpa izin dilaporkan memukulnya sehingga mengakibatkan kecederaan teruk. Dia kemudian dibawa ke hospital, tetapi doktor mengisytiharkannya mati.

Ibu bapanya berkata, mereka cuma dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas pihak sekolah menghubungi mereka pada tengah malam untuk memberitahu Shamim meninggal dunia.
Pihak sekolah mendakwa Shamim cedera akibat terjatuh, namun pihak hospital mengesahkan kematiannya akibat dibelasah teruk.

Ibu bapanya membuat laporan polis selepas dimaklumkan Shamim dipukul pengetua, Hanif Sheikh yang ditahan polis bersama pemilik sekolah, Shahzada Al Mamun.
Superintendan Polis Murshidabad, C Sudhakar mengesahkan pihaknya menyiasat kes itu sebagai bunuh.

Ayah Shamim, Jugnu berkata: “Pihak sekolah mempunyai nombor telefon bimbit saya, namun mereka tidak langsung memaklumkan Shamim sakit.

“Malah, pada awalnya sekolah mendakwa Shamim jatuh sakit ketika belajar. Kami cuma tahu dia dipukul pengetuanya di hospital.”




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/114817#sthash.bq5btoF2.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai mati kena belasah. Teruknya pengetua.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Islamia     
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 06:20 PM | Show all posts
Pengetua strict tak bertempat... Kan tak psl2 masuk jel sbb membunuh. Setan punya org.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2016 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 14-2-2016 06:20 PM
Pengetua strict tak bertempat... Kan tak psl2 masuk jel sbb membunuh. Setan punya org.

Tu la. Bukannya budak tu memonteng pun. Kot ye pun marah je dah la. Ni belasah pulak. Buduh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 07:09 PM | Show all posts
yew, skeri

kesian budak tu, bukan dia buat salah pon..ee, sedih nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059775 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list